Penulis : Nor Azila Zainal Abidin, Jumlah Muka surat : 176
Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.
Wang adalah nadi organisasi perniagaan. Justeru itu Pengurus Kewangan Korporat adalah orang terpenting dalam syarikat. Kerjaya ini sesuai untuk anda yang sukakan cabaran, bercita-cita tinggi dan mementingkan kepuasan dalam hidup.
Ironiknya Pengurus Kewangan Korporat diperlukan semasa keadaan kewangan syarikat amat baik dan lebih-lebih lagi sewaktu keadaannya amat genting. Selain itu peluang dan masa depan dalam bidang ini amat cerah. Banyak tokoh-tokoh korporat berjaya bermula dengan kerjaya ini.
Buku ini menerangkan tentang dua kategori utama kerjaya Pengurus Kewangan Korporat iaitu Pengurus Kewangan Korporat yang berkhidmat dengan organisasi perniagaan selaku pentadbir dan pengurus kewangan organisasi perniagaan dan Pengurus Kewangan Korporat yang berkhidmat sebagai perunding dengan syarikat perunding antarabangsa dan bank-bank pelaburan sebagai penasihat kewangan kepada organisasi perniagaan.
Selain itu dibincangkan juga tentang syarat dan kelayakan, perancangan laluan kerjaya, teknik memohon kerja, ciri-ciri penting kerjaya, tip-tip motivasi dan juga berbagai rujukan berguna tentang kerjaya dan institusi berkaitan dengannya.
Buku ini ditujukan khas untuk para pelajar lepasan SPM/STPM/Sijil/Diploma mahupun ijazah pertama yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang pengurusan kewangan korporat. Ia juga boleh menjadi bahan rujukan kepada guru-guru, para kaunselor kerjaya, ibu bapa dan juga eksekutif-eksekutif muda dalam bidang kewangan dan yang berkaitan dengannya. Diharapkan ia boleh memberi manfaat yang berguna kepada anda semua.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Sejarah dan Pengenalan Bab 1 : Sejarah Kerjaya Bab 2 : Definisi dan Pengenalan Kerjaya Bab 3 : Subjek-subjek Kewangan Bab 4 : Ciri-ciri Pengurus Kewangan Korporat
Bahagian 2: Kelayakan dan Institusi Berkaitan Bab 5 : Syarat dan Kelayakan Bab 6 : Biasiswa dan Pinjaman Bab 7 : Institusi Pengajian Berkaitan Bab 8 : Cara-cara Memohon
Bahagian 3: Peluang Kerjaya Bab 9 : Skim Perkhidmatan Bab 10 : Faedah dan Kelebihan Bab 11 : Skala Gaji dan Elaun
Bahagian 4: Bidang Tugas Bab 12 : Pengurus Kewangan Korporat dengan organisasi perniagaan Bab 13 : Pengurus Kewangan Korporat sebagai Perunding
Bahagian 5: Organisasi Berkaitan Bab 14 : Jenis-jenis industri perniagaan Bab 15 : Syarikat perunding dan bank pelaburan Bab 16 : Persatuan-persatuan dan institut Bab 17 : Agensi dan badan kerajaan
Bahagian 6: Maklumat Tambahan Bab 18 : Tokoh berkaitan
Bahagian 7: Penutup Bab 19 : Cabaran kerjaya Bab 20 : Tip-tip kejayaan