Penulis : Suhana Shoib, Majidah Mat Jusoh,
Jumlah Muka surat : 144 Pages
Sinopsis
Bidang rekaan menawarkan pelbagai kerjaya menarik kepada sesiapa yang berminat menceburi sektor ini. Kenali kerjaya sebagai pereka fesyen dengan lebih lanjut di dalam buku ini.
Pereka fesyen dianggap antara kerjaya yang glamor. Bidang ini juga dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan serta tidak mengecewakan.
Kepelbagaian permintaan dan budaya masyarakat sekarang, memberikan inspirasi kepada pereka-pereka fesyen dalam menghasilkan pelbagai jenis rekaan yang dapat diperagakan. Oleh yang demikian, masyarakat sekarang terutama para pelajar mula berminat mendalami peluang pekerjaan dalam bidang rekaan fesyen.
Bagaimana hendak menjadi seorang pereka fesyen yang profesional dan terkenal? Apakah syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan? Di manakah institusi yang menawarkan kursus yang boleh melayakkan diri menjadi seorang pereka fesyen? Bagaimanakah cara-cara memohon bidang pengajian yang berkaitan rekaan fesyen?
Buku Kerjaya Sebagai Pereka Fesyen adalah salah satu daripada siri buku kerjaya. Siri buku kerjaya ini membincangkan lebih lanjut berkenaan:
- Syarat dan kelayakan memohon kerjaya
- Cara-cara Memohon
- IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus berkaitan
- Bidang tugas kerjaya
- Peluang kerjaya, faedah dan kelebihan
- Badan dan organisasi berkaitan.
Pelbagai soalan-soalan yang berkaitan bidang rekaan fesyen bakal terjawab dalam buku ini.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1 : Sejarah dan Pengenalan
Bab 1 : Pengenalan Kerjaya
Bab 2 : Definisi Fesyen
Bab 3 : Etika, Ciri-ciri dan Kemahiran
Bahagian 2 : Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 4 : Syarat dan Kelayakan Umum
Bab 5 : Pengenalan Kursus Berkaitan
Bab 6 : IPTA dan IPTS Berkaitan
Bahagian 3 : Peluang Kerjaya
Bab 7 : Bidang Kerjaya
Bab 8 : Gaji dan Kelayakan Khusus
Bahagian 4 : Bidang Tugas
Bab 9 : Bidang Tugas
Bab 10 : Panduan Memulakan Rekaan
Bab 11 : Panduan Perniagaan Rekaan Fesyen
Bab 12 : Penjenamaan Semula
Bahagian 5 : Maklumat Tambahan
Bab 13 : Tokoh-tokoh Kerjaya
Bab 14 : Perkembangan Fesyen
Bab 15 : Anugerah-anugerah Bidang Fesyen
Bab 16 : Tip Tingkat Keupayaan Bekerja
Bab 17 : Berita Fesyen
Bahagian 6 : Penutup
Bab 18 : Cabaran dan Harapan
Bibliografi