Penulis : Zinaida Ariffin, Jumlah Muka surat : 126 Pages
Sinopsis
Masih wujudkah peluang bagi orang kurang upaya (OKU) menceburi kerjaya yang diminati? Kursus apakah yang yang boleh diikuti?
Penulisan buku ini berdasarkan pengalaman dan penglibatan penulis yang banyak bergaul secara langsung dengan golongan orang kurang upaya sama ada di peringkat sekolah mahupun peringkat kementerian.
Ia bertujuan memberikan pengetahuan dan perkongsian berkaitan golongan orang kurang upaya daripada segi kerjaya dan persekitaran mereka. Buku ini mudah difahami dan dihayati kerana penerangan dan contoh yang diberikan adalah mudah.
Buku Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya ini adalah salah satu daripada siri buku kerjaya. Buku Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya ini membincangkan lebih lanjut berkenaan:
- Peluang kerjaya kepada OKU - Perkembangan kerjaya OKU - Peranan sektor awam dan swasta - Kaunseling kerjaya - Cadangan kepada pelbagai pihak
Memandangkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang berkaitan orang kurang upaya adalah terhad, diharapkan buku ini dapat memenuhi memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat dan sebagai bahan rujukan dan perkongsian maklumat.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1 : Pengenalan
Bab 1 : Latar Belakang Orang Kurang Upaya
Bahagian 2 : Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 2 : Peluang Pekerjaan Golongan OKU Bab 3 : Tinjauan Terhadap Kajian Lalu
Bahagian 3 : Bidang Tugas
Bab 4 : Perkembangan Kerjaya Orang Kurang Upaya
Bahagian 4 : Badan-badan Berkaitan
Bab 5 : Peranan Sektor Awam dan Swasta Bab 6 : Peranan Badan-badan Bukan kerajaan (NGO) Bab 7 : Peranan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Bab 8 : Peranan Pusat Latihan Gurney (Gurney Training Centre)