Penulis : Ainon Mohd, Abdullah Hassan, Jumlah Muka surat : 310
Sinopsis
Bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.
Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampai-kan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid. Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.
Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.
Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.
Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.
Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya. Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.
Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama: 1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan mengajar. 2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan. 3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.
Mudah-mudahan buku ini membawa manfaat sebagaimana yang dihajati.
Isi Kandungan
Daripada Pengarang Kisah Sebenar Manusia Paling Pintar Zaman Ini
Bahagian 1 1. Pengenalan Teori Motivasi 2. Teori-teori Motivasi 3. Teori Keperluan 4. Teori Pengukuhan Berkesan bagi Mendorong Pelajar
Bahagian 2 5. Menggunakan Ganjaran sebagai Pengukuh Positif 6. Dorongan Dalaman dan Dorongan Luaran 7. Menggunakan Maklum Balas sebagai Pengukuh Positif 8. Pengukuh Sosial yang Berkesan sebagai Pendorong 9. Mengelakkan Kesan Negatif daripada Ganjaran 10. Prinsip Memilih Ganjaran yang Berkesan sebagai Pendorong 11. Menggunakan Pelbagai Ganjaran Tambahan sebagai Pendorong 12. Strategi Melaksanakan Program Pengukuhan
Bahagian 3 13. Teori Konsep Diri Berguna bagi Mendorong Pelajar 14. Peranan Konsep Diri dalam Kejayaan Akademik 15. Dari Mana Pelajar Mendapat Konsep Dirinya 16. Pentingnya Membina Konsep Diri Positif
Bahagian 4 17. Mendorong Pelajar dengan Meningkatkan Estimnya 18. Mengapa Ramai Pelajar Melayu dan India Berestim Rendah 19. Pengharapan Guru Dapat Menjatuhkan Estim Murid 20. Meningkatkan Estim Pelajar Menggunakan Ganjaran 21. Jangan Gunakan Cabaran bagi Mendorong Murid 22. Teknik Mendorong Murid Pemalu 23. Latih Pelajar supaya Menggunakan Gaya Bahasa Positif 24. Strategi Membantu Pelajar Meningkatkan Estimnya
Bahagian 5 25. Mengenal Pasti Kejayaan dari dalam 26. Melatih Murid Berbual secara Positif dengan Diri Sendiri 27. Perkaitan antara Kejayaan dengan Nasib 28. Melatih Pelajar supaya Mengubah Skrip Kehidupannya 29. Mendorong Murid Membuang Kepercayaan Berbahaya 30. Melatih Pelajar supaya Bersikap Optimis 31. Mengubah Orientasi Waktu Pelajar yang Malas Belajar 32. Teori Kesan Pigmalion Terbukti Benar 33. Latih Pelajar supaya Sanggup Menangguhkan Kepuasan 34. Personaliti Lebih Penting daripada Kelulusan 35. Tekanan dari dalam 36. Takut Risiko Menyebabkan Gagal Selepas Sekolah 37. Latih Murid supaya Berani Melakukan Kesilapan 38. Tidak Perlu Mengubah Sikap bagi Mengubah Tingkah Laku 39. Jangan Gunakan Ugutan bagi Mendorong Pelajar
Bahagian 6 40. IQ Tinggi Tidak Menentukan Kejayaan Selepas Sekolah 41. Jangan Keliru dengan Konsep Kepintaran 42. Tujuh Jenis Kepintaran untuk Pelbagai Kerjaya 43. Bakat Menghitung Bukan Asas Kepintaran Matematik 44. Tradisi Berfikir Keluarga Mempengaruhi Kepintaran Akademik 45. Kepintaran Praktikal bagi Kejayaan Selepas Sekolah 46. Keputusan Peperiksaan Bukan Cermin Bakat dan Kebolehan 47. Kejayaan Selepas Sekolah Memerlukan Pelbagai Jenis Bakat 48. Mengapa Pelajar Pintar Lulus Cemerlang 49. Ciri Konvergen Menyukarkan Kejayaan Selepas Sekolah 50. Pelajar Divergen 51. Prinsip-prinsip Kemahiran Menjawab Soalan Peperiksaan 52. Bagaimana Sekolah Memotivasi Pelajar yang Sedia Bermotivasi
Bahagian 7 53. Kreativiti dan Bakat bagi Kejayaan Selepas Periksa 54. Menukar Imej Diri bagi Mendorong Kreativiti 55. Apa yang Mendorong Pelajar Kreatif Berjaya Selepas Sekolah
Bahagian 8 56. Jangan Paksa Murid Belajar dengan Cara yang Tidak Disukainya 57. Teknik Mendorong Diri Sendiri supaya Belajar 58. Prinsip-prinsip Meningkatkan Daya Ingatan 59. Melatih Pelajar Cara-cara yang Betul Mengingat 60. Teknik-teknik Mengingat 61. Faktor-faktor yang Menyebabkan Lupa Apa yang Sudah Dibaca 62. Teknik Membaca bagi Tujuan Lulus Periksa 63. Strategi Menjawab Soalan Objektif 64. Teknik Mendengar Guru Mengajar Bacaan Tambahan