Penulis : Yahya Othman, Jumlah Muka surat : 208 Pages
Sinopsis
Kemahiran mengajar yang berkesan penting bagi memastikan pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan cepat dan mudah. Buku ini dapat membantu mereka yang terlibat dalam mengajar membaca sama ada ibu bapa mahupun guru.
Pemantapan penguasaan kemahiran membaca perlu diberikan penekanan melalui pengajaran membaca yang berkesan. Walaupun zaman berubah, namun pembaca perlu menambahkan kemahiran membaca dengan mendalami aspek teori serta cara mengaplikasikannya supaya penguasaan dapat ditingkatkan seoptimum mungkin. Terdapat banyak ilmu yang melingkungi kita, namun kerana kurang mahir dalam keterampilan membaca, peluang pembaca menguasai ilmu itu terbatas.
Isi Kandungan
Isi kandungan: Daripada Pengarang Perspektif Membaca Pembaca dan Teks Model-model Bacaan Memahami Bacaan Skema dalam Bacaan Metakognisi dalam Bacaan Bahan Bacaan dan Kebolehbacaan Pengurusan dan Organisasi Bilik Darjah Kemahiran Berfikir dan Membaca Pendekatan dalam Mengajaar Membaca Model Aplikasi Pengajaran Membaca Strategi Mempelajari Perbendaharaan Kata Strategi Mengajar Membaca Teks Strategi Membaca Teks Akademik Senarai Rujukan Glosari