Loading...

Hantar Percuma

HARGA BUKU PBAKL 2014

Teknik Mengajar KOMSAS

Teknik Mengajar KOMSAS

: ISBN 983-3585-33-7


Old price: RM20.00  

Price: RM17.00

You save: RM3.00 (15%)
-15%
Delivered in 1-3 business days
10 days

Penulis : Naffi Mat
Jumlah Muka surat : 196 Pages

 

Sinopsis

Apabila Komponen Sastera (KOMSAS) secara rasmi diselitkan dalam waktu pengajaran Bahasa Melayu secara formal di bilik darjah, ia menimbulkan kegawatan khususnya kepada guru-guru Bahasa Melayu. Ketahui teknik kreatif dalam mengajar KOMSAS supaya proses pembelajaran menjadi efektif dan menarik.

Komponen Sastera (KOMSAS) secara rasmi diselitkan dalam waktu pengajaran Bahasa Melayu secara formal di bilik darjah bermula pada bulan Mac 2001. Fenomena ini menimbulkan kegawatan khususnya kepada guru-guru Bahasa Melayu. Mereka terpaksa menggunakan bahan sastera secara wajib, ini menjejaskan momentum proses belajar dan mengajar.
Walaupun mata pelajaran ini disediakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran dalam bentuk ‘edisi penyesuaian’ yang lebih menjurus kepada penguasaan 3 bidang bahasa iaitu bidang interpersonal, maklumat dan estetik tetapi ia menjadi masalah kepada kepada guru-guru yang tidak memiliki latar belakang dalam ilmu sastera. Perkara ini menjadikan mereka semakin kalut dan sedikit sebanyak boleh menjejaskan kewibawaan mereka sebagai guru yang ditugaskan mengajar mata pelajaran ini.

Subjek KOMSAS diperuntukkan 2 waktu dalam seminggu yang merangkumi genre sajak, puisi tradisional, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Ini dapat mempelbagaikan Bahasa Melayu supaya sesi pengajarannya lebih terancang bagi sepanjang tahun persekolahan. Kesempurnaan aplikasi subjek ini dalamproses belajar dan mengajar menjadikan waktu Bahasa Melayu lebih menarik, bermanfaat dan lebih menyeronokkan para pelajar sekolah menengah.
Teks sastera yang digunakan dapat menyuburkan daya penghayatan pelajar pada keindahan Bahasa Melayu dan juga menghiburkan hati. Di samping itu, ia dapat menanam serta menjadi amalan membaca walaupun selepas mereka meninggalkan bangku sekolah.

Buku ini dihasilkan sebagai usaha dan tanggungjawab bagi membantu para pendidik terutamanya guru Bahasa Melayu supaya dapat menjadikan KOMSAS suatu subjek yang menghiburkan. Di samping itu, dapat membentuk perwatakan manusia dan menanam pelbagai benih ilmu kepada para pelajar. Proses ini tidak akan tercapai tanpa perancangan pengajaran yang berkesan. Buku ini sebagai satu wahana bagi keselesaan para guru merancang pengajaran melalui aktiviti-aktiviti yang difikirkan sesuai.

Secara umumnya, buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama dan kedua mengenai konsep dan falsafah KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Buku ini dihasilkan sebagai panduan kepada semua warga pendidik dan guru-guru dalam pra latihan yang mengajar subjek Bahasa Melayu sama ada di universiti, maktab perguruan dan juga sekolah. Buku ini juga dapat meringankan beban para pendidik bagi menangani masalah pengajaran KOMSAS yang semakin rencam dan sekaligus dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran serta mengangkat martabat dan keagungan Bahasa Melayu.

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer