Loading...

Hantar Percuma

HARGA BUKU PBAKL 2014

Kepimpinan Pendidikan di Malaysia

Kepimpinan Pendidikan di Malaysia

*****

: ISBN 983-3376-00-2


Old price: RM19.00  

*****

Price: RM16.15

You save: RM2.85 (15%)
-15%
Out-of-stock
10 days
Add to wish list

Penulis : Yahya Don
Jumlah Muka surat : 180 Pages


Sinopsis

Buku ini membincangkan peranan pentadbir ke arah mewujudkan sekolah penyayang dan sekolah Bestari, ICT dalam kepimpinan pendidikan, amalan ke arah mewujudkan sekolah cemerlang, pelaksanaan polisi pendidikan di Malaysia, hak dan kesamarataan pendidikan kepada golongan kurang upaya.

Buku ini dirancang sebagai usaha mempertingkatkan darjah keilmuan masyarakat guru dan pentadbir, khususnya dalam bidang kepimpinan pendidikan.

Di samping itu, ia diharap dapat membantu banyak pihak, terutamanya golongan pentadbir, guru-guru dan bakal guru, penyelidik, pensyarah, pelajar di semua maktab dan institusi pengajian tinggi dan juga orang ramai yang mahu tahu dan mendalami polisi dan tingkah laku kepimpinan pendidikan dalam disiplin pentadbiran, sains tingkah laku dan pengurusan awam.

Buku ini sebenarnya hanya menumpukan pada kepimpinan pengetua dan peranan mereka sebagai pelaksana dasar pendidikan kebangsaan, selaras dengan matlamat meningkatkan kualiti dalam kepimpinan pendidikan dan kecemerlangan sekolah.

Di samping itu, konsep Sekolah Bestari, Sekolah Penyayang, Sekolah Wawasan dan Dasar Pendidikan Khas, diketengahkan sebagai panduan kepada golongan pentadbir dan guru-guru bagi mempertingkatkan kecemerlangan pentadbiran pendidikan di Malaysia.

Sehubungan itu, buku ini diharap dapat membantu guru-guru ataupun bakal guru dan pentadbir mengenal dan memahami perkembangan polisi dan bentuk kepimpinan pendidikan yang diharapkan masa kini.

Bab 1 dan bab 2 buku ini, menjelaskan konsep kepimpinan dan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan dan keperluan perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bab ini juga menyentuh peranan ibu bapa dan masyarakat yang dapat memainkan peranan secara bersama bagi merealisasikan hasrat Wawasan Pendidikan dalam sistem pendidikan negara.

Bab 3 dan bab 4 buku ini, lebih memberi tumpuan pada peranan pentadbir bagi merealisasikan konsep Sekolah Bestari dan Sekolah Penyayang. Bab ini juga, antara lain menekankan dimensi tingkah laku dalam kepimpinan pendidikan, seperti mempamerkan perwatakan yang baik di sekolah, membentuk perwatakan pelajar, semangat patriotisme, interaksi yang baik dengan pelajar dan penumpuan pada pelaksanaan ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Bab 5 pula menyentuh polisi bahasa dan sastera dalam sistem pendidikan di Malaysia. Antara lain ialah matlamat pendidikan bahasa, pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kurikulum sastera dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Bab 6 dan bab 7 buku ini, membincang konsep dan beberapa isu berkenaan Sekolah Bestari dan Sekolah Wawasan. Manakala Bab 8 dan bab 9 pula menumpukan pada pelaksanaan Dasar Pendidikan Khas di Malaysia dan cabaran serta harapan pelaksanaan sistem pendidikan itu di Malaysia. Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi menjamin golongan kurang upaya mendapat hak yang sama dalam pendidikan.

Bab terakhir buku ini cuba mengetengahkan konsep, matlamat dan pelaksanaan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang semakin popular di Malaysia dalam usaha memberi ruang kepada semua golongan rakyat di Malaysia supaya mendapat peluang belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Isi Kandungan

Prakata
1. Kepimpinan dan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Rumusan
2. Kepimpinan dan Wawasan Pendidikan Negara
Keperluan Perubahan dalam Pendidikan
Hala Tuju Wawasan Pendidikan Negara
Pelaksanaan Wawasan Pendidikan
Rumusan
3. Membestarikan Sekolah dan Peranan Pengetua
Matlamat Sekolah Bestari
Peranan Pengetua
Peranan Pengetua ke arah Membestarikan Sekolah
Pengetua ke arah Kecemerlangan Sekolah Bestari
Cabaran Sekolah Bestari
Harapan kepada Sekolah Bestari
Rumusan
4. Sekolah Penyayang
Kepimpinan Pengetua dan Sekolah Penyayang
Peranan Pengetua ke arah Mewujudkan Sekolah Penyayang
Peranan Guru ke arah Mewujudkan Sekolah Penyayang
Rumusan
5. Polisi Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Malaysia
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Matlamat Pendidikan Bahasa di Malaysia
Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kerjasama Institusi Bahasa
Perkembangan Kurikulum
Tujuan Perubahan Kurikulum Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Cabaran Pendidikan Bahasa dan Sastera
Implikasi Pendidikan Bahasa dan Sastera
Rumusan
6. Sekolah Bestari
Takrif Sekolah Bestari
Ciri-ciri Sekolah Bestari
Komponen Utama Sekolah Bestari
Matlamat Sekolah Bestari
Pelaksanaan Sekolah Bestari
Harapan dan Isu Sekolah Bestari
Rumusan
7. Sekolah Wawasan
Ciri-ciri Sekolah Wawasan
Matlamat Sekolah Wawasan
Pelaksanaan Sekolah Wawasan
Harapan dan Cabaran Sekolah Wawasan
Rumusan
8. Dasar Pendidikan Khas di Malaysia
Definisi Pendidikan Khas
Dasar Pendidikan Khas
Pelaksanaan Pendidikan Khas
Strategi Melaksanakan Pendidikan Khas
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Penempatan Pelajar Berkeperluan Khas
Jenis Pendidikan Khas dan Ciri-ciri Kanak-kanak Istimewa
Rumusan
9. Pendidikan di Malaysia: Cabaran dan Harapan
Tanggungjawab Mendidik Kanak-kanak Istimewa
Cabaran Pendidikan Khas
Jenis-jenis Kanak-kanak Istimewa
Peranan Guru Resos dan Guru Biasa dalam Pengajaran Kolaboratif dan Koperatif
Keberkesanan Pendidikan Kanak-kanak Istimewa di dalam Kelas Biasa
Rumusan
10. Pengajian Jarak Jauh di Malaysia
Melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh
Perkembangan Pendidikan Jarak Jauh
Masa Depan Pendidikan Jarak Jauh
PJJ di Universiti Utara Malaysia
Rumusan
Rujukan

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer