Loading...

Hantar Percuma

HARGA BUKU PBAKL 2014

Mengurus Acara Rasmi Sekolah

Mengurus Acara Rasmi Sekolah

: 978-983-3586-57-8


Old price: RM17.50  

Price: RM14.87

You save: RM2.63 (15%)
-15%
Out-of-stock
10 days
Add to wish list

Pengalaman penglibatan secara langsung dalam pengurusan acara rasmi di sekolah adalah faktor sebenar yang mencetuskan idea bagi menghasilkan penulisan ini.  Matlamat utama penulisaan ini adalah bagi meningkatkan mutu pengurusan acara-acara tetap tahunan di sekolah.  Hasrat menulis buku ini juga timbul kerana ingin membantu rakan-rakan yang terlibat mengurus acara-acara ini yang sekian lama tercari-cari sumber rujukan.

 

Penulisan buku ini berasaskan maklumat utama yang diperolehi penulis sepanjang mengikuti pengajian di peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia.  Asas kedua adalah pengalaman penulis sendiri yang terlibat secara langsung mengurus acara-acara ini sejak mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam.  Asas seterusnya adalah kemahiran mengurus yang ditimba sepanjang berkecimpung sebagai aktivis persatuan semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  UKM menyediakan segala kemudahan dan bimbingan serta memberikan peluang memantapkan kemahiran mengurus organisasi.

Penulisan buku ini disusun dan diatur menggunakan pendekatan dari umum kepada khusus dengan dimulai oleh konsep pengurusan secara am.  Pendekatan ini dilakukan dengan harapan semua pihak yang terlibat dengan projek ini mendapat gambaran mengenai pengurusan secara menyeluruh.  Ini memudahkan mereka memahami bab-bab seterusnya yang dibincangkan secara terperinci.  Perbincangan seterusnya ditumpukan kepada aktiviti pengurusan projek.  Elemen-elemen pengurusan am diserapkan dalam aktiviti pengurusan projek secara tidak langsung.

1.1Konsep Pengurusan.

Sebenarnya sehingga kini terdapat pelbagai konsep pengurusan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pengurusan yang saling melengkapkan dan memperkayakan maklumat mengenai konsep pengurusan .  Menurut Sashkin dan Morris (1987) pengurusan didefinisikan sebagai mencapai hasil-hasil melalui manusia. Oleh itu, para pengurus merupakan mereka yang bertanggungjawab memastikan semua kerja dilaksanakan dengan berkesan tanpa melakukannya sendiri iaitu dengan mengawasi dan menyelaras terhadap aktiviti-aktiviti pihak lain.  Seterusnya mereka meringkaskan bahawa para pengurus mencapai hasil kerja melalui orang lain dengan membuat perancangan, pengelolaan, pengarahan, penstafan, penyelarasan, pelaporan dan bajet (PODSCORB).

Sementara Griffin (1996) pula menyimpulkan paradigma pengurusan sebagai proses yang melibat pihak pengurusan dalam aktiviti merancang dan membuat keputusan, mengelola, mengarah dan mengawal dengan memanfaatkan sumber manusia, sumber kewangan, sumber fizikal dan sumber maklumat bagi mencapai kecekapan dan keberkesanan seperti yang digambarkan dalam rajah 1.1.  Aktiviti-aktiviti dalam proses pengurusan ini akan diperincikan dalam perbincangan seterusnya.

 

Pengenalan

Perancangan

Pengelolaan

Penstafan

Pengarahan

Pengawalan

Komunikasi

Pengurusan Projek

Deskripsi Jawatankuasa Induk

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Naib Pengerusi

Pengurus Projek

Bendahari

Jawatankuasa Kawalan Mutu

Jawatankuasa Hadiah dan Sijil

Jawatankuasa Jamuan

Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Keraian

Jawatankuasa Keselamatan Dan Kawalan

Jawatankuasa Teknik Alatan dan Siaraya

Jawatankuasa Pertandingan dan Keputusan

Jawatankuasa Pendaftaran dan Pengelola Peserta

Jawatankuasa Buku Program dan Dokumentasi

Jawatankuasa Komunikasi dan Seranta

Jawatankuasa Teknik Pegawai

Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Dekorasi

Jawatankuasa Urus Setia

Pengurusan Projek Hari Kokurikulum Pendidikan Islam

Pengurusan Projek Pertandingan Kuiz Pendidikan Islam

Deskripsi Tugas Pegawai Pertandingan

Pengerusi Jemaah Hakim

Ketua Hakim

Hakim

Penjaga Masa

Jurukira

Pembantu Pertandingan

Pengacara

Pengelola Pertandingan

Pengerusi Pengelola Zon

Pengurusan Projek Mesyuarat Agung PIBG

Fasa Konsepsi dan Praperancangan

Fasa Perancangan

Fasa Pelaksanaan

Fasa Penamatan

Perlembagaan PIBG

Pengurusan Projek Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah

Fasa Konsepsi

Fasa Perancangan

Fasa Pelaksanaan

Fasa Penamatan

Kertas Cadangan Hari Anugerah Kecemerlangan

Penutup

Rujukan

Biodata Penulis

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer