Penulis : Abdullah Sani Yahaya, Jumlah Muka surat : 252
Sinopsis
Disiplin bukan suatu sekatan tetapi cara teratur dalam melaksanakan warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan.
Salah satu hasrat yang diimpikan oleh semua ibu bapa, guru dan seluruh masyarakat adalah mahu generasi mereka hidup dengan cara terbaik, mempunyai imej yang bermoral tinggi, bersikap waja dan tidak mudah terpaut dengan sebarang gejala negatif. Langkah terbaik para ibu bapa melihat sekolah sebagai pihak kedua dalam memberi pengalaman dan pengetahuan membina sahsiah dan akar budi kepada waris mereka.
Buku mengurus Disiplin Pelajar lebih merujuk kepada Laporan Kabinet (1979) apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu pada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin di kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan berjaya memimpin negara ini dengan lebih gemilang.
Disiplin buku suatu sekatan, tetapi suatu cara teratur dalam melaksanakan warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan adalah pengaruh mendatang yang tidak berjaya ditepis dan dijaring oleh generasi muda, lantaran mereka terdampar dalam keadaan tidak berilmu dan tidak berwibawa. Gejala ini memberi kesempatan orang luar menguasai diri anak warga tempatan.
Buku ini diharap dapat membantu remaja sekolah, mahasiswa, ibu bapa, aktivis masyarakat dan siapa sahaja yang sentiasa prihatin terhadap gejala masyarakat yang semakin runcing, jika tidak dibetulkan. Penggemblengan semua pihak sudah pasti dapat mengurangkan masalah disiplin di mana-mana juga.
Isi Kandungan
Prakata
1. Disiplin Pelajar 2. Pelbagai Masalah Disiplin Pelajar 3. Mengenal Sahsiah Individu 4. Kesan-kesan pada sahsiah Pelajar Tidak Formal 5. Pentingnya Interaksi Pelajar 6. Salah Laku Pelajar 7. Pembangunan Generasi 8. Disiplin Bilik Darjah 9. Sekolah 10. Hubungan Antara Disiplin dan Sosio Emosi 11. Tingkah Laku Lencongan atau Devian 12. Bimbingan dan Kaunseling 13. Pembimbing Rakan Sebaya Menangani Disiplin Pelajar