Dalam sesi kuliah ilmu Exploring Great Minds anjuran IAB pada 18 Mei 2007, Y. Bhg. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid telah bercerita mengenai usaha beliau untuk melibatkan pensyarah IAB dalam kerja penulisan dan menghasilkan bahan penulisan ilmiah. Beliau yang ketika itu menjadi Pengarah IAB, telah menganjurkan kerja bengkel khas bertujuan dengan kemahiran dan pengetahuan yang telah dibekalkan, maka pensyarah IAB akan mula menghasilkan buku yang berkaitan dengan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Kini setelah hampir sembilan tahun beliau bersara, usaha yang telah disemai telah mula menampakkan hasil. Salah satu hasilnya ialah daripada Dr. James Ang Jit Eng yang telah berjaya menyiapkan buku Pengurusan Disiplin Murid, yang saya jangka akan menjadi pilihan rujukan bagi pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan guru disiplin, malah juga bagi semua guru, guru pelatih, murid dan ibu bapa.
Buku ini ditulis sebagai buku yang memberikan panduan praktikal kepada para pendidik dengan melihat bahawa murid (murid) merupakan aset yang sangat penting di sekolah, justeru menuntut satu pengurusan yang betul dan berkesan. Dari perspektif ini, Dr. James menawar strategi peribadi beliau untuk memahami dan melaksanakan pengurusan disiplin murid, bermula dengan menerangkan konsep dan tujuan pengurusan dan audit disiplin murid dan seterusnya diikuti dengan tindakan secara praktikal melalui perancangan, pengelolaan, kepimpinan, dan pengawalan. Penjelasan yang diberikan diperkukuh lagi dengan contoh-contoh terutama sekali yang berkaitan peraturan, syarat, panduan tatacara, dan aspek perundangan dalam pengurusan disiplin.
Pengurusan disiplin murid memang melibatkan kita semua dalam pendidikan. Dalam buku ini, Dr. James membantu kita agar lebih memahami peranan kita sama ada sebagai pengetua, guru besar, guru, ibu bapa, atau pun sebagai seorang murid/murid. Dengan melihat bahawa pengurusan disiplin sebagai satu khidmat untuk membangunkan modal insan dan institusi sekolah, kita dapat menghargai bahawa faktor disiplin murid mempunyai kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Justeru dengan adanya pengurusan disiplin yang mantap dan betul, ini akan dapat membantu meningkatkan lagi pengajaran guru dan seterusnya pembelajaran murid.
Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Muridan Malaysia
ISI KANDUNGAN
TOC
Isi Kandungan
Penghargaan
Kata-kata Aluan
BAHAGIAN 1
BAB SATU
Konsep dan Tujuan Pengurusan Disiplin
BAB DUA
Audit Disiplin
BAHAGIAN 2
BAB TIGA
Mandat Pelaksanaan Kuasa Disiplin
BAB EMPAT
Kewibawaan Staf dalam Menangani Disiplin Murid
BAB LIMA
Jawatankuasa dan Badan-badan Disiplin Murid di Sekolah
BAB ENAM
Sistem-sistem Sokongan Pemupukan Disiplin Murid
BAHAGIAN 3
BAB TUJUH
Peraturan-peraturan yang Perlu Dipatuhi
oleh Pihak Berkuasa Disiplin
BAB LAPAN
Jenis-jenis Salah Laku dan Hukumannya
BAB SEMBILAN
Implikasi Hukuman
BAB SEPULUH
Penglibatan Murid dalam
Aktiviti-aktiviti Tambahan Sekolah
BAHAGIAN 4
BAB SEBELAS
Sifat-sifat Kepimpinan yang Terpuji
BAB DUA BELAS
Strategi-strategi Pemantapan Disiplin di Sekolah
BAHAGIAN 5
BAB TIGA BELAS
Langkah-langkah Pemantauan Disiplin
BAB EMPAT BELAS
Menghargai Murid-murid yang Berdisiplin