Penulis : Ahmad Shahabudin Che Noh, Shahizan Hassan, Jumlah Muka surat : 228
Sinopsis
Buku ini ditulis bagi meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia boleh dijadikan rujukan para pelajar pusat pengajian pendidikan dan para guru prasekolah. Ia membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
Program pendidikan prasekolah adalah program tidak formal bagi kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Program ini menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. Sejak tahun 1950-an lagi pendidikan prasekolah di Malaysia telah dijalankan di kawasan bandar oleh pihak swasta pada tahun 1970-an oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan memberi tumpuan pada murid di kawasan luar bandar. Manakala Jabatan Perpaduan Negara pula memberi tumpuan kepada murid-murid miskin di pinggir bandar pada tahun 1980-an. Program ‘Annex’ anjuran Kementerian Pendidikan sudah dimulakan pada tahun 1992 bagi menambah peluang kepada 53% kanak-kanak yang memiliki latar belakang yang tidak mengizinkan mereka mendapat pendidikan prasekolah atau tadika.
Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan. Ini menyebabkan kanak-kanak dididik dengan pelbagai acuan dan tidak menepati kehendak negara yang sedang membangun. Menyedari keadaan ini buku yang bertajuk Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah dihasilkan sebagai bahan rujukan kepada pusat-pusat pengajian dan guru-guru prasekolah Malaysia. Buku ini merangkumi buku yang sudah dihasilkan oleh penulis-penulis yang ber-pengalaman dalam kaunseling dan pendidikan prasekolah Malaysia.
Buku ini mendedahkan para guru kepada beberapa pendekatan aktiviti serta pengelolaan pengajaran dan pembelajaran serta beberapa perkara yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum di tadika. Oleh itu buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada guru bagi membuat pengubahsuaian supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan jayanya.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Pengenalan 1. Siapa Kanak-kanak Prasekolah Pendapat Tokoh Perkembangan Kanak-kanak Peranan Guru Prasekolah Pendekatan Developmental Counseling Therapy Melihat Kanak-kanak Prasekolah dari Sudut DCT Ciri-ciri Soalan Terbuka dan Tertutup Masalah-masalah Ketika Bertanya
2. Pembinaan Jati Diri Kanak-kanak Membina Jati Diri Kanak-kanak Prasekolah Biarkan ‘Kanak-kanak Bekerja’ Cara Kanak-kanak Menggunakan Akal Cara Kanak-kanak Menguruskan Masa Cara Kanak-kanak Menjaga Keselamatan Kemahiran Asas Kanak-kanak Komunikasi kanak-kanak
3.Persepsi Kanak-kanak Daya Persepsi Merangsang Minda Melalui Bahan Permainan Peranan Komputer kepada Pemikiran Kanak-kanak Cabaran-cabaran yang Perlu diberi Perhatian dalam Meningkatkan Kualiti Pendidikan Prasekolah ‘Annex’ Kementerian Pendidikan
Bahagian 2: Aktiviti Prasekolah 4.Penggunaan Bongkah Praktikal Menggunakan Bongkah A. Kemahiran Gerakan Psikomotor B. Konsep Pra Nombor C. Pengalaman Awal Sains D. Kemahiran Bahasa E. Perhubungan Sosial dan Kreatif F. Kesan Psikologi dan Peluang Melahirkan Perasaan yang Terpendam (Psychological and Therapeutic Effects) G. Kemahiran Menjalankan Penilaian secara Sendiri
5.Pusat Bermain Pondok-pondok Apakah Pusat Bermain Pondok-pondok Contoh Pelan Pusat Bermain Pondok-pondok Cara Menggunakan Pusat Bermain Pondok-pondok dengan Berkesan Cadangan Aktiviti Aktiviti ‘Mengumpulkan Bahan Makanan’ Aktiviti ‘Pergi ke Pasar’ Aktiviti ‘Menyediakan Bahan-bahan Memasak’
Aktiviti ‘Memasak Makanan’ Aktiviti ‘Menyediakan Meja, Menghidang, Melayan dan menikmati Makanan’ Aktiviti ‘Mengemas Meja Makan dan Membasuh Pinggan Mangkuk’ Aspek Lain Mengenai Pusat Bermain Pondok-pondok Bahan dan Alatan Peranan Guru
6. Pusat Sains Mengapa Pusat Sains Perlu Diwujudkan? Bahan-bahan yang Digunakan Aktiviti ‘Mengenal Biji Benih’ Aktiviti ‘Mengenal haiwan’ Aktiviti ‘Mengenal Batu-batan’ Aktiviti ‘Mengenal Tumbuh-tumbuhan’
7.Penggunaan Bahan Bergambar Hasil Pembelajaran Aktiviti Menggunakan Carta ataupun Kad Bergambar Aktiviti ‘Menggunakan Kad Padanan’ Aktiviti ‘Menggunakan Kad Perkataan’ Aktiviti ‘Kad Bergambar Perbualan’ Aktiviti ‘Menggunakan Kad Gambar Cerita Berurutan’ Aktiviti ‘Buku Bergambar’
Bahagian 3: Lampiran 8.Lampiran Aktiviti Lampiran 1: Jenis Bongkah Lampiran 2: Cadangan Membolehkan Bongkah Diubahsuai Lampiran 3: Alat atau Bahan Pra Nombor dan Awal Sains Lampiran 4: Carta Atau Kad Bergambar Lampiran 5: Rancangan Tahunan Kurikulum Prasekolah
9. Rancangan Tahunan Kurikulum Prasekolah 10. Bibliografi