Penulis : Yahya Che Lah, Nor Hashimah Hashim, Jumlah Muka surat : 158 Pages
Sinopsis
Buku ini menerangkan pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Antara topik penting yang dihuraikan dalam buku ini ialah teori-teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak bagi membantu guru-guru merancang aktiviti pengajaran-pembelajaranyang sesuai dengan tahap usia dan perkembangan kanak-kanak. Turut diterangkan ialah pengurusan kelas, perancangan dan strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan tahap usia dan perkembangan kanak-kanak
Pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah amat penting dalam merancang dan melaksanakan kurikulum prasekolah. Pengetahuan berkenaan teori-teori pengajaran-pembelajaran, aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dan bagaimanakanak-kanak belajar penting untuk guru membentuk kemahiran pedagogi. Pendidikan prasekolah perlu mendedahkan suasana pembelajaran awal kepada kanak-kanak sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Walaupun pendidikan prasekolah tidak dapat menentukan kebolehan dan kejayaan seseorang kanak-kanak secara mutlak, namun suasana pembelajaran pada peringkat ini dapat menimbulkan minat dan keinginan yang tinggi kepada mereka untuk ke sekolah pada masa depan. Minat adalah kunci kepada kejayaan seseorang.
Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan pendidikan prasekolah perlulah dibuat dengan kemas dan teliti. Persekitaran pembelajaran seperti susun atur perabut, alat-alat pembelajaran, sudut pembelajaran, hiasan dalaman dan kawasan riadah harus dapat menarik minat kanak-kanak. Kurikulum yang disusun mestilah sesuai dengan peringkat umur dan dapat membangkitkan perasaan ingin tahu kanak-kanak kepada pembelajaran selanjutnya. Strategi pengajaran-pembelajaran guru perlu menggembirakankan kanak-kanak dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Buku ini dihasilkan daripada pengalaman pengarang sendiri sebagai guru sekolah rendah, pelatih guru-guru prasekolah dan juga maklumat-maklumat yang dikumpulkan daripada pembacaan dan penyelidikan. Oleh yang demikian, sudah pasti buku ini dapat menjadi panduan guru-guru dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran prasekolah lebih ceria lagi.
Dr. Nor Hashimah Hashim CertEd (MPPM) Pendidikan Awal Kanak-Kanak BEd (UPM) Pengajaran BM MEd (Leeds) Pendidikan Sekolah Rendah Ph.D. (Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Sekolah Rendah)
En. Yahya Che Lah CertEd (MPRM) Pendidikan Awal Kanak-Kanak Spec Cert.Ed (LI) Pengajaran BM BEd (UPM) Pengajaran BM M.Ed. (Leeds) Pendidikan Sekolah Rendah
Isi Kandungan
Daripada Pengarang Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Teori-Teori Perkembangan dan Pembelajaran Memahami Kanak-Kanak Konsep-Konsep Pendidikan Prasekolah Prinsip-Prinsip Pendidikan Prasekolah Memahami Kurikulum Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Aspek-Aspek Pengurusan Kelas Penilaian Perancangan Pengajaran- Pembelajaran Pendidikan Prasekolah Bibliografi