Penulis : Mohd Sharani Ahmad,
Jumlah Muka surat : 234
Sinopsis
Buku ini adalah sebuah buku yang menerangkan dan membincangkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak termasuk perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya daripada perspektif psikologi perkembangan.
Sehingga kini, buku-buku yang berkaitan dengan psikologi dalam bahasa Malaysia kurang. Dengan adanya buku ini,sekurang-kurangnya data ini dapat mengisi kekurangan itu dan menampung keperluan yang meningkat daripada penuntut yang mengambil kursus psikologi dan perkembangan kanak-kanak. Begitu juga para ibu bapa yang ingin mendalami bidang psikologi khususnya psikologi perkembangan kanak-kanak.
Semoga kandungan yang dibekalkan dalam buku ini dapat menerangkan bagaimana teori dan kajian psikologi perkembangan khasnya kanak-kanak dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pendek kata, buku ini dapat membantu para pembaca memahami apakah psikologi perkembangan kanak-kanak dan bagaimana ahli-ahli psikologi perkembangan membuat kajian berkaitan perkembangan kanak-kanak.
Akhir kata, penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Rohani Abdullah, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Universiti Putra Malaysia yang memberi galakan dalam menghasilkan buku akademik khususnya dalam bidang perkembangan kanak-kanak untuk rujukan pelajar, ibu bapa dan guru. Juga tidak lupa kepada Muhammad Adam, Zatil Zahidah, Zatil Zuhaira, Zatil Syakirah dan Siti Soyah. Ucapan terima kasih sememangnya tidak mencukupi bagi membalas budi mereka.
Mohd. Sharani Ahmad
Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga,
Fakulti Ekologi,
Universiti Putra Malaysia.
Isi Kandungan
Isi kandungan:
Prakata
1. Pengenalan
2. Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
3. Teori Perkembangan
4. Perkembangan Pranatal
5. Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak Bertatih
6. Perkembangan Pertengahan Kanak-kanak
7. Perkembangan Akhir Kanak-kanak
8. Merangsang Perkembangan Kanak-kanak
9. Bermain
10. Kanak-kanak Istimewa
11. Penutup
12. Rujukan
13. Bibliografi
Information
Categories
Hubungi Kami (Waktu Pejabat : Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
No Tel : +603 6188 0316 (Ext : 129)
E-mel : bookcafe@pts.com.my



