Penulis : Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan, Jumlah Muka surat : 372
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan yang lengkap. Mesti dimiliki oleh pelajar universiti dan institusi perguruan di Malaysia dan para penyelidik.
Buku ini ditulis dengan tujuan untuk memenuhi keperluan sebagai buku rujukan bagi penyelidik yang ingin membuat kajian penyelidikan. Dalam buku ini, pembaca akan didedahkan beberapa cara untuk membuat penyelidik dengan lebih mudah. Di samping itu juga penyelidikan didedahkan bagaimana hendak memahami beberapa statistik mudah seperti min, mod, median dan sisihan piawai.
Kelebihan buku ini adalah ia merangkumi semua aspek dalam proses membuat penyelidikan, iaitu daripada memahami kaedah pembuat penyelidikan, sehingga menguasai memproses data, analisa data dan mentafsir dan membuat laporan. Tidak seperti buku-buku yang ada dalam pasaran yang hanya menerangkan beberapa konsep dalam mejalankan aktiviti penyelidikan. Objektif buku ini, supaya penyelidik dapat menguasai kesemua aspek penyelidikan dalam pendidikan dengan menggunakan satu buku sahaja.
Penerbitan buku ini merupakan satu usaha bagi melengkapkan lagi bahan rujukan. Buku ini mempunyai 19 bab secara umumnya. Ia terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama penyelidik diberi kefahaman untuk membuat penyelidikan, dari membuat pernyataan masalah, objektif, persoalan, kajian, jenis penyelidikan, hipotesis, persampelan kebolehpercayaan dan kesahan, dan membina soalselidik. Dalam Fasa kedua penyelidik dapat menguasai asas statistik deskriptif seperti min, mod, dan median serta taburan normal. Untuk menguasai jenis statistik yang digunakan untuk menguji hipotesis buku ini dapat menerangkan apa jenis statistik yang sesuai untuk mengunakan ujian-t, korelasi, ANOVA, Khi kuasa dua dan regrasi. Ini juga termasuk bagaimana hendak memahami dan mentafsir data hasil daripada statistik inferesi.
Buku ini bukan sahaja ditulis bagi mengisi keperluan akademik untuk pelajar universiti sahaja tetapi juga bagi mengisi keperluan untuk penyelidik-penyelidik yang ingin membuat kajian, khususnya para pendidik serta golongan yang terlibat dalam organisasi pendidikan.
Diharap buku ini menjadi bahan rujukan dan bacaan berguna bagi golongan pembaca yang ingin mempertingkatkan pembangunan mutu penyelidikan khasnya kepada pelajar-pelajar ijazah pertama daripada Institusi Perguruan Malaysia dan IPTA/IPTS serta pelajar Sarjana dan Ph.D yang mengambil pendidikan.
Table of Contents
Prakata
1 Konsep Penyelidikan Pendidikan Fungsi Penyelidikan Pendidikan Pendekatan Penyelidikan Pendidikan Unsur-unsur Penyelidikan
2 Etika Penyelidikan Aktiviti Penyelidikan yang Tidak Beretika Penutup
3 Teori dalam Penyelidikan Definisi Teori Membentuk Kerangka Kerja Penyelidikan Fungsi Sintesis Idea Baru Teori Membantu Membuat Generalisasi Teori Membantu Menjelaskan dan Membuat Penggunaan Teori bagi Menguji Teori Kesimpulan
4 Penyelidikan Sejarah Definisi Masalah Proses Penyelidikan Sejarah Pernyataan Permasalahan Pengumpulan Data Analisis Data: Kritikan Luaran dan Dalaman Sintesis Data Kesimpulan
5 Penyelidikan Eksperimen Proses Eksperimental Manipulasi dan Kawalan Gangguan kepada Kesahan Eksperimental Gangguan Kepada Kesahan Dalaman Gangguan Terhadap Kesahan Luaran Spesifikasi Pemboleh Ubah Kesan Ujikaji Susunan Reaktif
7 Korelasi Proses Asas Kajian Korelasi Kajian Ramalan Pengumpulan Data Analisis Korelasi
8 Pensampelan Populasi dan Sampel Teknik Pensampelan Pensampelan Rawak Pensampelan Tidak Rawak Kuasa Saiz Sampel Strategi Sampel dalam Penyelidikan Pendidikan
9 Masalah Pengalaman Teori Ulasan Literatur Permulaan Masalah Ulasan Kajian Literatur Ulasan Menyemak Sumber Utama (Primer) Sumber Ujian Mencari Maklumat Menggunakan Komputer Menulis Ulasan
10 Pendekatan Kualitatif Kelebihan Pendekatan Kualitatif Kelemahan Pendekatan Kualitatif Peranan Komputer dalam Analisis Data Melaksanakan Peranan Lakon Watak Penutup Maklumat Sulit dan Kerahsiaan Hak Tidak Meneruskan Tanggungjawab Penyelidik Menulis Dapatan Kajian Tekanan Penyelidikan yang Berkaitan Kesimpulan Mencari Masalah Kajian
11 Hipotesis Bagaimana Menghasilkan Hipotesis? Penyelidikan dan Hipotesis Operasi Hipotesis Operasi yang Dihasilkan daripada Hipotesis Penyelidikan Kriteria Hipotesis Hipotesis yang Tidak Dipastikan Pembentukan Hipotesis dan Percubaan Hipotesis Nol Ujian Hipotesis dan Signifikan Hipotesis Sehala (One Tailed) dan Dua Hala (Two Tailed) Ralat Jenis I dan Jenis II Kesimpulan
12 Pemboleh Ubah Pemboleh Ubah Bersandar dan Tak Bersandar Kehadiran Lawan Ketidakhadiran (Presence vs Absence) Arahan Sebagai IV Pemilihan Pemboleh Ubah Bersandar Pemboleh Ubah Kawalan (Malar) Pemboleh Ubah Masuk Campur (Intervening) Pemboleh Ubah Gabungan Peringkat Pengukuran
13 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kesahan Jenis-jenis Kesahan Kesahan Dalaman dan Luaran Kebolehpercayaan
14 Soal Selidik Tinjauan Melalui Soal Selidik Bentuk Tinjauan Langkah-langkah Penyelidikan Tinjauan Jangka Masa Panjang dan Perentasan Seksyen Soal Selidik Ataupun Jadual Temu Bual Menjalankan Temu Bual Ketanpanamaan dan Sulit Kesahan dan Kebolehpercayaan Analisis Data Data yang Disediakan bagi Analisis Komputer Kesimpulan
15 Pengukuran Sikap Kaedah Pembinaan Skala Sikap Kaedah Likert Perbezaan Semantik Konsep Kendiri Kebolehpercayaan dan Kesahan Skala Kesimpulan
16 Kaedah Kuantitatif Statistik Deskriptif (Descriptive Statistics) Statistik Takbiran (Inferential Statistics) Kaedah Mengukur Kecenderungan Memusat (Measures of Central Tendency) Perbezaan Antara Min, Median dan Mod Ukuran Serakan ataupun Kepelbagaian (Measures of Dispersal or Variability) Sisihan Piawai (Standard Deviation) Perisian Statistik bagi Komputer Menentukan Varian dan Nilainya Ringkasan
17 Taburan Normal dan Erti Statistik Taburan Lazim Perkara yang Perlu Diberi Perhatian Kebarangkalian ataupun Kemungkinan Keertian Statistik Pemilihan Aras Keertian Kesimpulan
18 Pengertian Masukan Data Masukan Data Memproses Data Statistik Deskriptif
19 Statistik Inferensi Menganalisis dan Interprestasi bagi Ujian Signifikan Korelasi Ujian- t ANOVA Khi Kuasa Dua dan Ujian bagi Jadual Kontigensi Ulasan bagi Jadual Kontigensi Regrasi Rumusan Bagaimana Membuat Keputusan Laporan Mengikut Hipotesis Kajian