Harga Biasa = RM 42.90
Penghantaran Percuma.
DSLR Itu Mudah : Kuasai Fungsi & Kawalan
"Sekeping gambar mampu memberikan sejuta makna..."
Itulah ungkapan tepat yang dapat dikaitkan dengan foto. Kini, bidang fotografi semakin diminati tanpa mengira tahap usia. Lantas, kemahiran mengendalikan kamera adalah elemen penting dalam menghasilkan mutu gambar yang bermakna dan hebat.
Justeru, buku ini menampilkan panduan dan tip-tip yang mudah difahami dan diikuti pembaca. Langkah demi langkah diberikan dan disertakan halaman tutorial supaya pembaca dapat mempelajarinya dengan berkesan. Saiz yang kecil direka khas untuk dibawa bersama dalam beg kamera ataupun poket seluar.
"Kebanyakan orang mempunyai kenangan indah, tetapi tidak semua orang merakamnya..."
Buku ini disusun berkonsepkan "knowledge sharing" dan "read less, learn more". Ia sesuai untuk pelbagai peringkat kemahiran. Pasti anda tidak rugi memilikinya!
Fokus & Klik
Fotografi adalah kaedah bagi mengabadikan detik-detik penting. Cepat ataupun lambat detik rakaman, menjadi persoalan utama dalam bidang ini. Di sinilah pentingnya menggunakan kamera DSLR, dengan pelbagai fungsi hebat berbanding kamera kompak.
Walaupun kamera DSLR suatu masa dahulu hanya dimiliki oleh jurugambar profesional, namun kini DSLR mula menjadi aksesori pilihan. Gambar yang dihasilkan pula setanding foto jurugambar professional.
Oleh itu, pastikan anda memaksimumkan kemampuan kamera DSLR anda. Pelajari bagaimana kamera DSLR berfungsi, serta hasilkan gambar yang hebat dengannya. Jangan takut mencuba dan terus berlatih supaya gambar yang dihasilkan impresif dan menarik. Buku Fokus & Klik! ini dapat membantu anda. Milikinya segera!
Foto Hebat Dengan HDR
Kini, sesiapa saja dapat menghasilkan foto yang hebat dengan teknik HDR. Melalui teknik pengubahsuaian mengambil gambar dan menggunakan aplikasi mengedit secara digital, foto biasa berubah menjadi luar biasa.
Dengan teknik ini, kelemahan kamera digital yang sukar merakam imej berkontras tinggi dapat diatasi. Setiap perincian pada objek dapat dirakam dengan baik. Tidak wujud foto HDR yang menampakkan bahagian yang terlalu gelap ataupun bahagian cerah yang keterlaluan.
HDR sangat sesuai diaplikasikan pada foto landskap, terutamanya apabila terdapat perbezaan terang-gelap yang begitu ketara. Teknik ini juga sesuai digunakan dalam segmen fotografi lain seperti senibina dan potret. Apa yang penting, adalah imaginasi anda. Selamat berimaginasi!
Bestsellers
Information
Categories
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







