Loading...

Hantar Percuma

HARGA BUKU PBAKL 2014

Batik Ropol-Ropol

: 978-967-369-065-7


Old price: RM14.90  

Price: RM12.66

You save: RM2.24 (15%)
-15%
Delivered in 1-3 business days
10 days

 

Kehidupan sebagai remaja kota yang terabai dek kesibukan ibu dan ayah menyebabkan Haziq menjadi nakal di sekolah. Selama itu dia hanya menumpang kasih dengan pembantu rumah, Neng Inul.

Di sekolah, Haziq gemar mengacau kawan, membuli, mengejek dan yang paling teruk, bergaduh. Suatu hari, ibu dan ayahnya dipanggil ke sekolah kerana perbuatan Haziq yang semakin menjadi-jadi. Haziq kesal kerana membuat ibu bapanya kecewa. Kesalnya tidak berguna kerana ibu bapanya sepakat mengambil keputusan mahu menghantarnya ke sekolah kampung di Melaka.

Haziq terpaksa akur tinggal bersama datuknya, Tok Kamal. Semakin hari mengenali orang tua itu, barulah Haziq tahu yang datuknya itu berniaga batik konvensional. Haziq  seorang yang kreatif mengambil inisiatif membantu datuknya mereka pattern retro dan vintaj supaya bersesuaian dengan kehendak masa kini. Julia, jiran sebelah rumah dan juga rakan sekelasnya selalu mahu membantu. Julia selalu diejek oleh kawan-kawan nakal sebagai Julia Jong kerana struktur giginya yang tidak kemas. Walaupun pada awalnya Haziq rimas dengan kehadiran Julia, lama kelamaan dia berasakan Julia ikhlas dan punya idea yang rasional bagi menolong Tok Kamal.

Bermulalah kisah Haziq dan Julia memberi suntikan moden kepada pattern batik Tok Kamal. Mereka ada pelanggan tetap yang bernama Cik Siti Situ Sana Sini. Siapakah wanita ini? Adakah Dato' Siti Nurhaliza?

 

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer