Sudah menjadi tradisi, Sekolah Menengah Sri Bangsar mempunyai tim sidang redaksinya yang tersendiri. Tim ini bertanggungjawab menerbitkan satu buletin setiap bulan dan sebuah majalah sekolah pada penghujung setiap tahun.
Tahun ini, ketua pengarang yang baru akan meneruskan tradisi. Ketua pengarangnya adalah Wilma! Wilma sangat tak sabar nak menaiki takhta. Memegang jawatan ketua pengarang yang disegani. Oh! Tentu sangat glamor!
Namun tahun ini tanpa diduga, ada perubahan besar yang bakal berlaku. Guru-guru penasihat sidang redaksi sudah sepakat. Tahun ini, pelajar tingkatan 5 tidak akan dilibatkan lagi dalam penghasilan buletin setiap bulan. Pelajar tingkatan 5 hanya akan menghasilkan majalah sekolah sahaja. Ini kerana pelajar tingkatan 5 perlu lebih fokus kepada SPM semata-mata. Itu lebih penting. Guru-guru penasihat juga sepakat memberi tugasan menerbitkan buletin setiap bulan kepada pelajar tingkatan 4. Kumpulan pelapis ini tentu akan dapat melakukan tugas dengan baik jika diberi peluang.
Mendengar keputusan itu, Wilma bengang sungguh! Dia sepatutnya punya kuasa penuh mentadbir sidang redaksi! Kenapa kuasanya perlu dibahagi-bahagi?? Dia mahu setiap buletin yang keluar itu punya sentuhannya. Dia tidak mahu junior yang tak tahu apa-apa yang mengendalikan segalanya!
Lalu apabila guru-guru penasihat bertanyakan kepada Wilma siapakah calon yang paling sesuai mengetuai buletin setiap bulan… Wilma terus sahaja menunjuk ke arah Bettylina!
Bettylina adalah pelajar tingkatan 4 yang sangat pandai menulis. Tetapi pada masa yang sama, Bettylina pasif orangnya. Tiada pengalaman, tak pandai bergaul, pemalunya lebih dari kucing, nak temuduga orang pun tak tahu. Apatah lagi nak menjadi ketua yang mampu mengarah dan memberi arahan pada orang bawahannya!
Wilma sangat yakin, Bettylina tidak akan mampu menyiapkan buletin Sri Bangsar setiap bulan seperti yang dijadualkan. Wilma juga berani kerat jari dan seratus peratus percaya bahawa Bettylina akan gagal. Guru-guru penasihat juga tentu akan menyerahkan semula tanggungjawab penerbitan buletin kepadanya. Dia akan kembali memegang takhta Ketua Pengarang yang penuh kuasa.
Oleh itu, Wilma mula mengatur strategi mensabotaj Bettylina. Layout buletin yang dipakai sejak dulu lagi sengaja dihilangkan dari fail komputer di saat-saat akhir. Gambar-gambar laporan kejohanan bola sepak tak menjadi. Semuanya hanya nampak kaki pemain bola semata-mata! Wilma juga sengaja memberi arahan supaya para penulis kolum menulis perkara-perkara auta dan bukan fakta!
Dalam segala susah payah, Bettylina tetap berusaha menyiapkan buletin Sri Bangsar di bawah tanggungjawabnya itu. Dengan bantuan seorang desainer laman web, Bettylina menggunakan layout majalah terkemuka CLEO yang diubahsuai. Gambar-gambar kejohanan yang hanya nampak kaki juga tetap digunakan dan dijadikan kuiz trivia ’Teka Kaki Pemain Bola Sri Bangsar’. Semua tulisan penulis kolum juga diubahsuai agar fakta-faktanya tidak lari dari cerita sebenar. Dan akhirnya setelah menempuh segala susah payah, buletin Sri Bangsar Jilid Pertama yang berwajah baru siap dicetak!

Bestsellers
Information
Categories
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







