Pengalaman hidup belajar di perantauan mengajar Hanis erti kedewasaan. Ikuti pengalaman pelajar-pelajar Malaysia semasa belajar di England.
“Cantiknya warna skaf ini. Ungu. Bukan sekuat biji remia. Tetapi lembut sekali nada tonanya. Warna kegemaran saya!” kata Hanis antara dengar dan tidak.
Nurul tersengih menampakkan barisan putih yang sekata lantas bersuara, “Hanis! Sekiranya awak mahu tahu, warna ini disebut sebagai lavender!” kata Nurul.
Hanis bertanya dengan wajah keliru, “Lavendar? Apa itu lavendar?”
“Itu awak baru terpikat dengan warnanya. Belum lagi awak mencium baunya! Pasti awak akan jadi gila! Hahaha!” Nurul tertawa.
“Pohon lavender ini hanya terdapat di negara empat musim, seperti di England! Sekiranya awak mahu lihat sendiri pohon warna kegemaran awak itu, belajarlah bersungguh-sungguh. Dan tanamkan nekad mahu meneruskan pengajian ke negara pohon lavender! Okey?” Nurul terus membangkitkan semangat Hanis lagi.
Lantas Hanis terdiam. Pandangan matanya merenung jauh.

Bestsellers
Information
Categories
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







