Penulis : Wardah Mokhtar, Arieff Salleh Rosman, Jumlah Muka surat : 222
Sinopsis
Sebuah dunia baru akan terbuka di hadapan mata seseorang, jika dia selesai membaca buku yang mengandungi ilmu yang amat berguna. - Malcolm X
Selamat datang ke Fikah Itu Memang Best! Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum! Tahniah kerana anda mendapatkan buku ini. Jangan hanya tonton, marilah kita membaca.
Belajar fikah? Alamak, boringnya! Nanti mengantuk kalau baca buku fikah. Itu tidak lagi. Kami sajikan kepada anda suatu yang baru. Suatu yang mungkin anda belum berjumpa dengannya sebelum ini. Izinkan kami mengubah persepsi anda pada ilmu fikah. Kami ingin bawakan kepada anda, fikah is fun!
Jangan lagi terikat dengan nostalgia lama tentang belajar fikah. Lupakan sejenak fobia kita apabila belajar fikah. Mari kita cuba keseronokan fikah! Tetapi, dalam buku ini, kami tidak mengubah asas-asas yang terdapat dalam ilmu fikah. Kami bukan membawa perkara baru dalam fikah. Tetapi kami hidangkan kepada anda penampilan yang berbeza.
Sebenarnya idea buku ini diadaptasi daripada karangan Herry Nurdi bertajuk Fiqih itu Asyik. Thank you brother Herry. Jazakallah khairal jaza’. Tetapi kami menambahkan fakta dan menyesuaikan contoh-contoh mengikut realiti fikah di Malaysia. Stay tune with us until the end. Kami mengharapkan anda berasa seronok membaca buku ini, di samping mendalamkan ilmu kita tentang fikah. Fikah is the way of life. And life is fun. So, fikah also fun! Akhirnya, diharapkan kita dapat merasa keseronokan dan kenikmatan beribadah kepada Tuhan. Marilah kita menjadi hamba Tuhan yang seronok melakukan ibadah.
Salam Persahabatan daripada kami, Arieff Salleh bin Rosman Wardah binti Mokhtar (aswar) Gombak, Selangor November 2005
Isi Kandungan
Daripada Pengarang Bahagian 1 Kenapa Perlu Belajar Fikah? 1. Mata Rantai Menuju Kebijaksanaan 2. Kebijaksanaan dan Malcolm X 3. Perjalanan Menuju Fikah 4. Janggut Panjang dan Kitab Tebal
Bahagian 2 Dari Mana Hukum Diambil? 5. Pembahagian Hukum Fikah 6. Jom Jadi Pakar! 7. Sumber Hukum Fikah 8. Sumber 1: Quran (SSS: Sumber Segala Sumber) 9. Sumber 2: Sunah sebagai Petunjuk Jalan 10. Sumber 3: Ijmak Para Pakar 11. Sumber 4: Qiyas
Bahagian 3 Fikah itu Mudah dan Menyeronokkan 12. Ayat Panjang, Ratusan Kata, tetapi Menyeronokkan 13. Back To Basic... Mudahkan Jangan Menyusahkan 14. Menyuntik Konsep Mudahkan dan Gembirakan 15. Objektif Syarak
Bahagian 4 Hero-hero dalam Ilmu Fikah 16. Imam Abu Hanifah: Dipenjara Demi Maruah Ilmu 17. Imam Malik: Hero yang Mempertahankan Sunah Nabi 18. Imam Syafie: Penghulu Imam dan Pembaharu Ummah 19. Imam Ahmad: Ilmuwan yang Tegas
Bahagian 5 Menyelesaikan Pertikaian 20. Jambatan Penghubung Antara Mazhab 21. Fikah Kita, Sebuah Epilog 22. Umat dan Jahiliah 23. Doa Perpisahan Rujukan Biodata Penulis