Penulis : Fazrul Ismail, Najwa Nor Hisham, Raihan Mustafa Kamal, Jumlah Muka surat : 240
Sinopsis
Hidup ‘Zero’ Alasan mampu membantu individu lain dalam menghadapi masalah dan cabaran hidup. Buku ini menggunakan dialog santai sesuai dengan kehendak remaja kini.
Motivasikan diri anda bersama rakan taulan dengan menggunakan perumpamaan. Itulah Motivasi Melalui Perumpamaan (MMP).
Buku ini istimewa bagi anda. Ia bukan sahaja sesuai untuk para remaja di sekolah menengah dan belia di peringkat universiti, tetapi ia juga boleh menjadi panduan kepada penggerak remaja, guru dan ibu bapa. Ia menggunakan dialog santai remaja bagi menyelami psikologi yang tersembunyi di sebaliknya. Penerangan bagaimana menggunakan MMP dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan ringkas. Bagaimana anda mampu memaksimumkan penggunaan buku ini?
1. Jika anda adalah remaja, buku ini sememangnya ditulis anda. Judul buku ini sendiri menekankan anda sebagai pembaca yang pasti memperoleh kesan banyak daripadanya. 2. Banyak bab dalam buku ini menjelaskan beberapa cabaran yang akan dilalui dalam dunia seorang pelajar. Jika anda adalah remaja dan anda juga pelajar, nampaknya anda sudah tidak silap lagi. Buku ini ditulis hasil kajian dan pemerhatian kepada golongan remaja dan pelajar daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 3. Jika anda anda adalah pemimpin pelajar, buku ini lebih penting. Mengapa? Kerana sebagai seorang pemimpin, anda tentu menghadapi cabaran memotivasikan rakan taulan anda. Di dalam buku ini, anda diajar dan ditunjukkan cara menggunakan perumpamaan sebagai asas motivasi ini. 4. Jika anda adalah guru, ibu bapa ataupun penggerak remaja, buku ini perlu menjadi rujukan dan panduan dalam memahami psikologi remaja dan bagaimana bersama dengan mereka dalam kehidupan seharian. Pendekatan MMP adalah lembut dan sesuai bagi pelbagai golongan remaja yang anda kenali. 5. Jika anda bukan salah satu daripada individu di atas, buku ini masih sesuai dibaca. Mengapa? Ia mengajar anda berfikir menggunakan potensi yang sedia ada dalam diri anda. Dengan membaca dan cuba melihat kepada pola pemikiran MMP ini, anda bukan sahaja mampu memaksimumkan potensi akal anda, malah ia akan membina disipilin berfikir yang lebih kemas bagi memotivasikan diri dan orang di sekeliling anda. Yang penting, ajak diri anda dan orang ramai berfikir.
Selamat membaca!
Isi Kandungan
Prakata Pengarang Prakata Pembantu Pengarang Bagaimana Menggunakan Buku Ini?
Bahagian 1 Motif + Aksi 1. Motif Aksi Motivasi 2. Motif-Ilmu-Iman 3. Aksi - Anda Perlu Berusaha
Bahagian 2 Perumpamaan 4. MMP Bukan Sesuatu yang Baru 5. Anda Ada Pengalaman ini 6. Gunakan Pengalaman Anda 7. Jadilah Seperti Lebah 8. Terkenang Saya Pada... 9. Peneguhan dan Dendaan 10. Teknik Motivasi Melalui Perumpamaan 11. Kesan Perumpamaan pada Diri
Bahagian 3 Anda dan Ibu bapa Cerita 1: Mat Bangun!! Dah Subuh Cerita 2: Tolong Basuh Baju Itu Cerita 3: Tutup TV Tu Cerita 4: Kemas Katil Sebelum ke Sekolah Cerita 5: Ibu Bapa Tidak Memahami Saya Cerita 6: Saya Kurang Diterima Ibu Bapa Saya Cerita 7: Ahli Keluarga Saya Tidak Patuh pada Agama
Bahagian 4 Anda dan Rakan Cerita 8: Kalau Awak Pergi, Saya Pergi Cerita 9: Mengapa Orang Lain Ramai Kawan? Cerita 10: Saya Ingin Tegur, Tetapi... Cerita 11: Saya Ingin Seronok Cerita 12: Dia Terlalu Yakin Cerita 13: Saya Benci dan Marah Cerita 14: Dia yang Bersalah Cerita 15: Saya Mudah Terpengaruh Cerita 16: Tidak pada Rokok Cerita 17: Mat Rempit Tersepit
Bahagian 5 Anda dan Sekolah Cerita 18: Alamak, Kerja Rumah Lagi Cerita 19: Asyik-asyik Tak Boleh Cerita 20: Kena Hafaz Lagi..... Cerita 21: Jalan-jalan Makan Angin Cerita 22: Kadang-kadang Saya Tidak Bersemangat Belajar Cerita 23: Saya Dah Cuba, Tapi Sama Saja Cerita 24: Bosan untuk Belajar Cerita 25: Saya Belajar untuk Menjadi Orang Terkenal Cerita 26: Susahlah Nak Buat Kerja Ni Cerita 27: Awak Pergi Kelas, Nanti Saya Pinjam Nota Cerita 28: Saya Tak Cukup Masa Cerita 29: Mengapa Orang Lain Nampak Lebih Yakin? Cerita 30: Saya Gagalkah? Cerita 31: Saya Tak Tahu Nak Pilih Mana Satu Cerita 32: Cikgu Pilih Kasih Cerita 33: Saya Tak Suka Gaya Cikgu Mengajar Cerita 34: Cikgu Tidak Percayakan Saya Cerita 35: Cikgu Tidak Menghargai Saya
Bahagian 6 Anda dan Insan Lain Cerita 36: Pakcik Nak Melintas? Cerita 37: Silakan Duduk Makcik... Cerita 38: Tumpang Tanya, Encik! Cerita 39: Dia yang Sepatutnya Berubah Cerita 40: Saya Nak Jadi Macam Dia Cerita 41: Saya Tak Nak Jadi Dewasa Cerita 42: Saya Tak Nak Tau, Nanti...
Bahagian 7 Anda dan Kehidupan Cerita 43: Awal ke Sekolah Cerita 44: Liat Nak Bangun Pagi Cerita 45: Ayuh ke Masjid Cerita 46: Ada Buku, Mana Ulatnya? Cerita 47: Mengapa Nikmat Ini Tidak Kekal? Cerita 48: Banyaknya Masalah Saya Cerita 49: Saya Buntu Cerita 50: Bolehkah Saya Menerima Diri Ini Cerita 51: Mana Satu Nak Dibuat Cerita 52: Saya Perlu Baiki Perkara Ini Cerita 53: Saya Takut Kalau Saya Berjaya Cerita 54: Yang Penting Saya Dapat dan Senang Cerita 55: Orang Lain Dah Buat, Kenapa Saya Nak Sibuk? Cerita 56: Mengapa Lambat Sangat Cerita 57: Sikit Ajer Cerita 58: Saya Rasa Kosong, Mana Si Dia Cerita 59: Nanti Dulu Ya! Kesimpulan