Penulis : Hasan Mohd. Ali Jumlah Muka surat : 256 Pages
Sinopsis
Buku disusun bagi membantu pelajar mempersiapkan diri dengan kaedah belajar secara berkesan. Kaedah ini dikenal pasti dapat mempertingkatkan prestasi pelajar dengan kaedah pembelajaran yang lebih tersusun, sistematik dan mampu merealisasikan kecemerlangan yang menjadi idaman pelajar.
Dengan nama Tuhan yang maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana dengan keizinannya, mendorong usaha-usaha penulisan buku Smart Learning Teknik Belajar Berkesan dan Efektif sehingga selesai. Buku ini disusun bagi membantu pelajar mempersiapkan diri dengan kaedah belajar secara berkesan. Kaedah ini dikenal pasti dapat mempertingkatkan prestasi pelajar dengan kaedah pembelajaran yang lebih tersusun, sistematik dan mampu merealisasikan kecemerlangan yang menjadi idaman pelajar.
Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan sedikit ilmu dalam buku ini untuk dijadikan panduan sepanjang proses menimba ilmu.
Akhir sekali, kepada Tuhan jua dipanjatkan doa dan kesyukuran. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan serta penyuluh kepada para pelajar di luar sana.
Dato' Dr. Hasan Mohd AIi
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Pengenalan 1. Pengenalan 2. Kenapa Mesti Cemerlang 3. Prasyarat ke Arah Kecemerlangan
Bahagian 2: Ilmu Pembelajaran Bestari 4. Ilmu Pembelajaran Bestari 5. Ruang Lingkup Ilmu
Bahagian 3: Kemahiran Merancang 6. Kemahiran Merancang 7. Kepentingan Merancang Pembelajaran 8. Kelemahan Usaha Merancang 9. Kebijaksanaan Mengurus Masa 10. Kemahiran Mengurus Diri 11. Merancang Jadual Waktu 12. Memilih Tempat yang Sesuai
Bahagian 4: Kemahiran di dalam Bilik Darjah 13. Kemahiran Merancang 14. Membina Suasana Ceria di dalam Kelas 15. Selesakan Diri di dalam Kelas 16. Mendengar Secara Aktif 17. Teknik Memberi Tumpuan di dalam Kelas 18. Kemahiran Menggunakan Bahan
Bahagian 5: Kemahiran Mengambil Nota 19. Kemahiran Mengambil Nota 20. Kepentingan Mengambil Nota 21. Teknik Mengambil Nota 22. Teknik Memperkayakan Nota 23. Teknik Meringkaskan Nota 24. Teknik Menyusun dan Menyimpan Nota
Bahagian 6: Kemahiran Membaca 25. Kemahiran Membaca 26. Mengapa Membaca? 27. Memperbaiki Kaedah Membaca 28. Teknik Meningkatkan Kemahiran Membaca 29. Teknik Memperbaiki Kelemahan Membaca
Bahagian 7: Kemahiran Mengingat 30. Kemahiran Mengingat dan Menghafal 31. Daya Ingatan Manusia 32. Cara Mengukur Ingatan 33. Teknik Meningkatkan Daya Ingatan
Bahagian 8: Kaedah Belajar Berkumpulan 34. Kaedah Belajar Berkumpulan 35. Kelebihan Belajar Secara Berkumpulan 36. Bahan Perbincangan dalam Kumpulan 37. Prasyarat Belajar dalam Kumpulan
Bahagian 9: Kaedah Menghadapi Peperiksaan 38. Konsep Peperiksaan 39. Persediaan Menghadapi Peperiksaan 40. Persediaan Peperiksaan yang Berkesan 41. Merancang Jadual Waktu 42. Peringkat Awal Sebelum Peperiksaan 43. Beberapa Minggu Sebelum Peperiksaan 44. Minggu Terakhir Menjelang Peperiksaan 45. Hari Terakhir Sebelum Peperiksaan 46. Hari Peperiksaan 47. Memanfaatkan Masa Selepas Peperiksaan
Bahagian 10: Teknik Menjawab Soalan 48. Menjawab Soalan Peperiksaan 49. Teknik Menjawab Soalan Objektif 50. Teknik Menjawab Soalan Subjektif 51. Teknik Menjawab Soalan Lisan 52. Mengawal Rasa Panik Semasa Peperiksaan