Loading...

Teen Islami

View as: 
List

Aku Gadis Mistik?

: 978-983-3892-09-9

RM14.00
 
RM11.20
-20%

In stock

PTS Litera Sdn Bhd

Mien seorang anak jalanan. Yatim piatu. Miskin. Tidak berpendidikan. Tetapi setelah suatu hari dia pengsan di tepi jalan, saat hujan lebat dan petir menyambar dahsyat, segalanya berubah. Tiba-tiba Mien memiliki keistimewaan. Dan Mien yang masih tidak faham tentang apa yang terjadi paad dirinya mulai memanafaatkan kelebihannya itu. Semaksimum mungkin. Namum, dia lupa mencari apa makna di sebalik semua keajaiban itu.


Di Bawah Naungan Cahaya- Mu

: 978-983-3892-13-6

RM17.00
 
RM13.60
-20%

In stock

PTS Litera Sdn Bhd

Bagi Adelia, bulan mempunyai makna lebih daripada sekadar benda bulat di langit yang bersinar terang. Ciptaan Allah yang elok itulah yang selalu menjadi penghibur kepada dirinya yang sedang dilanda gundah.

Ayahnya menjadi pemabuk arak setelah kehilangan kerja. Akibatnya, ibu Adelia berniat untuk bercerai dan lari meninggalkan Adelia dan ayahnya. Ketika keluarga Adelia sedang berada di ambang keretakan, bulanlah menjadi tempatnya meluahkan isi hati dan perasaan.

Akankah Allah memberikan limpahan cahaya yang terang serupa dengan sinar bulan kepada Adelia dan keluarganya? Siapa pula Bagus, pemuda yang mengaku sebagai jirannya dahulu? Bulan, dalam novel ini menjadi simbol yang kompleks antara cinta, kasih sayang, persahabatan, dan keimanan.


Indahnya Cinta : Kisah-kisah Kekasih Allah

: 978-967-5137-00-6

RM15.00
 
RM12.00
-20%

In stock

PTS Islamika

Allah berkata kepada Nabi Adam, "Tinggallah di dalam syurga bersama isterimu dan makanlah sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai. Tetapi, janganlah kamu hampiri pokok ini. Sekiranya kamu menghampirinya, jadilah kamu daripada golongan yang zalim.

Inilah percintaan dan perkahwinan pertama yang berlaku dalam sejarah manusia. Pernikahan agung disaksikan oleh para malaikat dan bidadari syurga. Indahnya cinta apabila saling memadu kasih kerana Allah, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

Buku ini menghimpunkan koleksi 43 kisah benar kekasih Allah. Diolah dalam bentuk santai supaya mudah difahami dan dihayati.


Ingin Aku Menggapai Mu

: 978-983-3892-12-9

RM20.00
 
RM16.00
-20%

In stock

PTS Litera Sdn Bhd

Ketika masih memiliki hubungan yang dekat dengan Mahendra, Ratih yakin Mahendralah jodohnya. Bahkan ketika Mahendra mengalami kecelakaan hingga menyebabkan kakinya lumpuh, Ratih masih mempercayai keyakinannya itu. Segala rintangan sedia untuk dia hadapi.

Namun, keyakinan itu perlahan mulai pudar. Ternyata, mencari pasangan hidup bukanlah sebuah persoalan yang mudah untuk diselesaikan. Terutamanya ketika pernikahan itu demi memperoleh kebahagiaan tidak semata-mata di dunia ini, tetapi juga di akhirat kelak.

Novel ini akan membawa pembaca ke dalam keping-keping peristiwa yang dialami Ratih dalam menemukan tidak hanya pasangan hidup, melainkan juga kematangan peribadi dan iman.

 

“....tidak hanya menghantar petualangan spiritual yang indah, juga dengan dialog yang mudah namun puitis, khas gaya bercerita Nurhayati. Sangat mengasyikkan!”

- Bambang Sukmawijaya, penulis di DDB Worldwide Indonesia


Kepada-Mu Aku Berserah

: 978-983-3892-03-7

RM19.00
 
RM15.20
-20%

In stock

PTS Litera Sdn Bhd

Ketika ronda-ronda keliling Jakarta, tanpa sengaja Teja bertemu seorang gadis yang cukup mengusik hatinya. Namun, ada perkara lain yang membuatkan Teja tidak mampu melupakan gadis itu. Apakah rahsia yang gadis itu simpan hingga membuatkan matanya selalu kelihatan sayu?  Lala… begitulah nama yang Teja berikan, memiliki rahsia yang membuatkan tatapannya sesekali nampak menerawang. Mampukah Teja mencungkil rahsia itu dan membantu Lala bangkit dari kedukaannya? Namun, untuk kembali bertemu Lala, Teja harus melalui jalan yang berliku. Jejak Lala seolah-olah lenyap begitu sahaja, bayangan trauma masa lalu terus menghantui. Semua rahsia itu hanya mampu terurai satu demi satu hanya bila mereka berserah kepada-Nya....


Kutemu Dikau Dalam Setiap Tahajudku

: 978-983-3892-04-4

RM16.00
 
RM12.80
-20%

In stock

PTS Litera Sdn Bhd

"Rasa novel ini: seru, lucu, segar. Nyam... Nyamm...." -Jazimah Al-Muhyi, Penulis novel Indonesia (Komen dari buku asal)

Kutemu Kau Dalam Setiap Tahajudku mengisahkan tentang Agus, anak muda yang suka berlumba motosikal telah jatuh hati kepada Airin teman sekolahnya sejak dari kecil. Dalam masa yang sama, Dewa yang merupakan teman sekuliah Airin kini turut mencintai Airin. Airin yang merupakan seorang gadis yang patuh pada ajaran Islam menginginkan seorang yang mampu membimbing dia dan keluarganya. Dia bukan mencari seorang kekasih tetapi 'imam' yang mampu memimpin keluarganya. Siapakah yang mampu merebut hati gadis manis ini? Bagaimana Dewa dan Agus bersaing untuk memiliki hati Airin?


Menuju Rumah Cinta Mu

: 978-983-3892-14-3

RM16.00
 
RM12.80
-20%

In stock

PTS Litera Sdn Bhd

Mereka kembar seiras yang berkongsi segala. Namun mereka berjanji tidak akan berkongsi cinta, biarpun nuansa cinta mereka serupa. Namun saat janji itu dicerobohi, kembarnya tumpas dan dunia Wajja gelap. Wajja membuang diri ke Jakarta, dibuang jauh ayahnya sendiri. Wajja membina janji baru. Janji tidak akan pulang lagi ke asalnya. Wajja bercampur dengan anak-anak jalanan, cuba membina hidup dalam segala kepayahan.  Namun, seseorang yang pernah direbutkan cintanya itu tiba-tiba muncul. Mahu membawanya pulang kepada ayah yang membuangnya. Juga pulang bagi menuju ke rumah cinta-Nya. Tetapi mampukah Wajja sekali lagi menceroboh janjinya?


Teladan Gempak: Jiran Masam Manis

: 978-967-5137-89-1

RM16.00
 
RM12.80
-20%

In stock

Puan Saodah dan Puan Hasnah sering bertengkar walaupun mereka berjiran. Ada sahaja perkara yang tidak kena di antara satu sama lain. Anak-anak mereka risau... More