Loading...

Usahawan Cilik - Renda Labuci Biru

: 978-967-369-039-8


Old price: RM15.00  

Price: RM11.25

You save: RM3.75 (25%)
-25%
In stock
10 days

Mona adalah pelajar baru yang bertukar ke Sekolah Antarabangsa Tengku Johan. Dia seorang yang gemuk, pemalu dan kurang berkeyakinan. Dia menjadi bahan ejekan Sara kerana tubuh badan yang besar dan kes kemalangan kecil yang menyebabkan dia terhempah ke atas Sara.

Dia mendaftar masuk ke kelab Editorial dan berkenalan dengan Engku Ihkwan. Selepas pertemuan singkat itu dia bercita-cita ingin menguruskan badan. Mona berkenalan pula dengan Meeya yang juga jirannya di rumah. Aishah belajar pelbagai perkara baru di sana. Dia juga belajar untuk mix & match pakaian yang ada sebagai langkah terakhir jika tiada yang berpadanan, membuat pakaian lama kelihatan baru dan bermacam lagi. Aishah lebih berkeyakinan selepas pulang ke Malaysia dan menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk menambah koleksi pakaian The Golden Wardrobe. Hasil pertolongan Engku Ikhwan, Meeya berjaya membuka satu perniagaan online yang menyambung penjualan The Golden Wardrobe sebelum ini. Blogshop itu dinamakan The Golden Wardrobe.

Hasil usahanya dan bantuan Mak Jah, Meeya belajar menyulam manik dan labuci. Oleh kerana warna kegemarannya ialah biru, hampir kesemua baju, blaus dan jean disulam dengan labuci biru. Selepas Aishah pulang dari Newcastle, mereka meneruskan perniagaan itu secara sembunyi kerana Datin Mariam tidak suka dan tidak mengizinkan Meeya membuang masa dengan perkara yang tidak menentu. Oleh kerana kepulangan Aishah mendapat liputan hebat disekolah, kumpulan BRAT berasa cemburu kerana nama kumpulan mereka tenggelam dan tidak lagi disebut-sebut. Mereka juga mendapat tahu tentang blogshop The Golden Wardrobe. Mereka berusaha untuk merosakkan reputasi Meeya dan Aishah dengan menghantar pesanan-pesanan yang teruk dan menyebarkan fitnah tentang pakaian-pakaian Meeya. Melissa ditangkap kerana mencuri disebuah kedai pakaian. Sara yang bersubahat sama dan menjadi dalang utama terlepas. Melissa dan Sara tidak lagi bertegur sapa selepas itu.

Berita tentang Melissa ditangkap menjadi tajuk utama antara mulut kumpulan BRAT. Mereka membuat kesimpulan bahawa Melissa dipaksa mencuri pakaian untuk Meeya dan Aishah. Kekecohan berlaku apabila fitnah mereka tersebar luas dan beberapa pelajar sekolah Aishah cuba memulangkan semula pakaian yang dibeli. Meeya menerima emel-emel marah dari pelanggan-pelanggannya. Mona menghantar cerita tentang The Golden Wardrobe ke surat khabar dan berita mereka dimasukkan di bahagian Blogshop & DIY.

Apakah kesudahan bisnes baju terpakai Aishah, Meeya dan terbaru Mona?

 

Isi Kandungan

Bab 1: Oh Sekolah Antarabangsa Tengku Johan  1

Bab 2: Kurus! Kurus! Kurus!  30

Bab 3: Oh London!  55

Bab 4: Sale! Sale! Sale! 84

Bab 5: Pengasas The Golden Wardrobe 116

Bab 6: Berfesyen Gaya Mona  144

Bab 7: Blog  172

Bab 8: Jual Beli Online  195

Bab 9: Revolusi The Golden Wardrobe 210

Bab 10: Mari Mencuba  237

Cara Beli Buku Online

Tawaran Harian Bookcafe

Tawaran Hujung Minggu

Promosi Haji

Zulkifli Abdullah

Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email :
zulkifli@pts.com.my
YM :
zul.malc@yahoo.com
HP :
016 - 6618 159

En. Husaini

Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email :
husaini@pts.com.my
HP :
 016 - 6615 262

Cik Diana

Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email :
diana@pts.com.my 
HP :
016 6611 972