Loading...

Frequently Asked Question

1.Apakah fungsi laman web Bookcafe.com.my?
Laman web Bookcafe.com.my berfungsi untuk membolehkan pembeli dan peminat buku berbahasa melayu daripada PTS mendapatkan buku kegemaran mereka secara ONLINE dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kedai buku.

2.Bagaimanakah pembelian ONLINE Bookcafe.com.my ini berfungsi?
Laman web Bookcafe.com.my akan bertindak seperti jurujual dan pembeli boleh memilih buku yang diminati, memasukkan nama dan alamat untuk proses penerimaan buku dan kemudian membuat pembayaran. Kesemua maklumat pembelian akan diproses oleh Bookcafe dalam kadar segera dan kemudian buku akan dihantar kepada pembeli menggunakan Pos Malaysia. Tutorial membeli buku di Bookcafe.com.my boleh dibaca di http://www.bookcafe.com.my/my/how-to-buy-en-my.html

3.Bagaimana untuk saya membuat pembayaran di Bookcafe.com.my?
Bookcafe.com.my menerima pelbagai jenis pembayaran dan ianya boleh dirujuk di http://www.bookcafe.com.my/en/cara-membeli-.html
Tips membuat pembayaran : Sekiranya tuan puan gagal membuat pembayaran menggunakan NBEPay, sila pilih cara pembayaran lain seperti menggunakan manual internet banking atau melalui mesin cash deposit. Maklumat akaun boleh didapati melalui laman http://www.bookcafe.com.my/en/cara-membeli-.html.

4.Berapa lama masa yang diambil untuk Bookcafe menghantar buku yang dibeli?
Masa memproses sesuatu pembelian biasanya mengambil masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dan buku akan dihantar menggunakan Pos Malaysia yang biasanya mengambil masa seperti berikut:

Pos Parcel (Tempoh masa penghantaran 3 hingga 10 hari)
Pos Laju (Tempoh masa penghantaran 1 hingga 5 hari)

Rujuk http://www.bookcafe.com.my/my/shipping-policy.html

5.Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya buku yang saya dapat dalam keadaan tidak sempurna?
Buku yang dibeli daripada Bookcafe biasanya akan sampai dalam keadaan yang sangat baik. Namun sekiranya berlaku kejadian buku yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan yang tidak memuaskan, sila hubungi Bookcafe (email, telefon, sms) untuk tujuan pemulangan buku yang tidak sempurna tadi dan Bookcafe akan menghantar buku baru kepada anda tanpa sebarang kos tambahan.

Cara menghubungi Bookcafe:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA

Tel : 03 6188 0316
Fax : 03 6189 0316
Mobile : 016-6611972 (Cik Diana)
Email : bookcafe@pts.com.my

6.Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima buku yang saya beli?
Sila maklumkan kepada Bookcafe sekiranya anda tidak menerima buku yang dibeli dalam tempoh 3 minggu selepas pembayaran dilakukan. Kami akan menyemak makluman anda dalam kadar segera samada ianya disebabkan oleh kecuaian Bookcafe atau kelewatan oleh Pos Malaysia.

7.Apakah kelebihan membeli buku terbitan PTS secara ONLINE melalui Bookcafe.com.my berbanding membeli di kedai buku biasa?
Selain mudah dan cepat, membeli di Bookcafe.com.my akan membolehkan anda mendapat pelbagai diskaun istimewa daripada pihak PTS.

8.Berapakah kos penghantaran buku-buku yang dibeli di Bookcafe.com.my?
Kos penghantaran buku-buku yang dibeli di Bookcafe.com.my adalah berdasarkan kepada kos yang digunakan oleh perkhidmatan Pos Malaysia. Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut : http://www.pos.com.my/WebsiteBM/main2.asp?c=/WebsiteBM/tariff/parcel/parcel.asp

9.Apakah kelebihan melanggani newsletter promosi?
Newsletter promosi merupakan platform untuk Bookcafe mengemaskini segala berita berkenaan promosi terbaru yang diadakan di Bookcafe. Melanggan newsletter promosi membolehkan pelanggan menjadi antara orang pertama yang mengetahui tentang apa-apa promosi terbaru yang diadakan di Bookcafe.

10.Saya berminat untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe. Apa yang harus saya lakukan?
Buat masa ini, Program Affiliate Bookcafe masih dalam pembangunan dan belum dibuka untuk disertai. Kami berharap anda dapat bersabar. Kami mencadangkan anda melanggani newsletter promosi untuk membolehkan kami mengemaskini berita terbaru apabila Program Affiliate dilancarkan nanti.

11.Saya cuba membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan Maybank2u dan MEP FPX tetapi gagal. Apa sebabnya?

Perkhidmatan Maybank2u dan MEP FPX mempunyai aktif seperti berikut;

Nota:

Pembayaran menggunakan Maybank2u secara NBEpay : 6 Pagi - 12 Malam

Pembayaran menggunakan saluran MEPS FPX : 7 Pagi - 11 Malam

Pembayaran yang dilakukan diluar dari waktu ini akan gagal.

Tags

None

Cara Beli Buku Online

Tawaran Harian Bookcafe

Tawaran Hujung Minggu

Promosi Haji

Zulkifli Abdullah

Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email :
zulkifli@pts.com.my
YM :
zul.malc@yahoo.com
HP :
016 - 6618 159

En. Husaini

Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email :
husaini@pts.com.my
HP :
 016 - 6615 262

Cik Diana

Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email :
diana@pts.com.my 
HP :
016 6611 972