Tentang Kami
Siapa Bookcafe?
BookCafe Interactive adalah unit bagi pesanan secara pos dan online di bawah PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd adalah salah satu syarikat penerbitan terkemuka di Malaysia. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd mewujudkan Bookcafe bagi memudahkan para penggemar buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd mudah memperolehi buku yang diingini tanpa perlu ke kedai buku.
Kenapa menggunakan pesanan pos Bookcafe?
Bookcafe ditubuhkan untuk memberikan opsyen kepada pembaca PTS untuk membeli buku secara pesanan pos. Berdasarkan kajian kami, pembaca PTS menghadapi kesukaran untuk mendapatkan buku mereka kerana sebab-sebab berikut;
- Tidak ada kedai buku di kawasan mereka. Ini terutamanya untuk pembaca yang berada di kawasan luar bandar.
- Kedai buku yang ada tidak menjual buku PTS, atau tajuk yang pembaca mahu. Ini agak normal kerana kebiasaannya kedai buku hanya akan menjual tajuk-tajuk baru terbit, ataupun bestseller sahaja. Tajuk-tajuk yang sudah lama terbit, ataupun tajuk yang agak akademik memang sukar untuk dicari di kedai buku kecil.
Untuk membantu pembaca setia PTS, kami sediakan perkhidmatan pesanan secara pos kami. Selagi kami sebagai penerbit masih mempunyai stok buku tersebut, anda boleh mendapatkannya terus menggunakan pesanan pos.
Taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat menjadikan Bookcafe sebagai satu medium terbaik bagi membeli buku. Pembeli tidak perlu lagi bersesak-sesak menempuh arus kesesakan lalu lintas selama berjam-jam. Masa juga dapat dijimatkan kerana pembeli tidak perlu beratur panjang di kaunter kedai buku yang lazimnya penuh semasa hari cuti. Ini kerana, pihak pengurusan bookcafe akan memastikan buku yang anda pesan melalui bookcafe dihantar terus ke muka pintu rumah anda.
Mudah bukan?
Dimana lokasi Bookcafe?
Kami beroperasi dari pejabat jualan PTS :
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
No. 12 & 12 A Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100, Batu Caves, Selangor.Telefon : 03 6188 0316
Fax : 03 6189 1316
Email : bookcafe@pts.com.mySiapa PTS?
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) adalah penerbit buku-buku dalam bahasa Melayu dalam pelbagai bidang yang aktif di Malaysia. Sila lawati kami di www.pts.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PTS.
Bookcafe menawarkan kepada anda buku-buku terbaru terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya yang terdiri daripada:-
PTS Millenia Sdn Bhd
PTS Professional Sdn Bhd
PTS One Sdn Bhd
PTS Islamika
PTS Litera Utama Sdn Bhd
PTS Fortuna
Jangan tunggu lagi. Belilah menerusi Bookcafe. Pasti anda berpuas hati.
Tags
Paling Popular
Kategori
