Hubungi Kami
To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.
Terlupa kata laluan?
Troli kosong
: 978-967-5226-42-0
Ada stok
Kesedaran menjadikan rumah sebagai pusat bisnes makin menjadi trend. Namun, memilih apa jenis bisnes yang ingin dilakukan di rumah sememangnya tidak mudah.
Oleh itu, buku 101 Idea Bisnes Home-Based ini mengungkap sebanyak 101 idea untuk melakukan bisnes di rumah. Setiap idea yang dibentangkan dengan padat, meliputi:- Paparan suasana dan peluang yang boleh diraih.- Kelengkapan asas yang harus disediakan.- Taktik meletak harga produk atau servis.- Strategi pemasaran dan pengiklanan.- Cadangan latihan dan kemahiran.- Sasaran pelanggan.- Tip kejayaan.
Berikan pendapatan tambahan untuk seisi rumah, dan mulakan bisnes untuk bekerja secara anjal lagi selesa di rumah sendiri, dengan memiliki buku ini.
: 983-3585-29-9
Penulis : Mohd Fuad Abdul Latip, Jumlah Muka surat : 256
: 978-983-3586-38-7
Buku ini saya tujukan untuk individu yang ingin dan sudah menceburi bidang bisnes. Kepada generasi baru diharap ter-dorong memilih kerjaya sebagai usahawan. Kepada yang sudah menceburi bisnes, diharap buku ini mencetuskan pelbagai ilham baru. Di dalam buku bertajuk Motivasi Memburu Kejayaan tulisan Datuk Maznah Hamid, beliau berpesan, “Usah hanya sekadar menjadi pemerhati kepada kejayaan orang lain. Rebut peluang perniagaan yang sentiasa terbuka luas di negara kita sendiri.”
: ISBN 983-3376-62-2
Penulis : Ashadi Zain, Jumlah Muka surat : 221
: ISBN 983-3585-48-5
Penulis : Norlela Zubir Jumlah Muka surat : 176
: ISBN 983-192-327-8
Penulis : Jamaluddin Che Sab Jumlah Muka surat : 152 Pages
: ISBN 978-983-3585-19-9
Penulis : Zakki Mohamed, Jumlah Muka surat : 176
: 978-967-5226-37-3
PTS Professional Publishing Sdn Bhd
“Dapatkan rahsia bagaimana anda boleh membangunkan bisnes Internet dalam tempoh 24 sahaja”
Adakah anda berminat menjana pendapatan melalui internet? Adakah membina laman web bisnes masalah kepada anda? Adakah kita pernah menghadiri kursus bisnes internet tetapi masih kabur tentangnya?
Melalui buku ini, anda didedahkan dengan panduan lengkap bagaimana hendak memulakan bisnes internet. Di samping itu, turut diterangkan sistem-sistem yang diperlukan bagi membolehkan kita berurus niaga melalui internet. Ia memberi jawapan yang membolehkan anda mengatasi masalah yang berkaitan dalam memulakan bisnes internet. Tekun dan berdisiplin adalah faktor utama bagi berjaya dalam bisnes internet. Internet membuka ruang kepada kita bagi mempromosikan produk ke peringkat global tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dalam menjayakan bisnes internet. Dapatkan maklumat lanjut dengan layari http://www.niagainternet.com
: 978-983-3585-26-7
Penulis : Mohd Rozani Pawan Chek, Jumlah Muka surat : 277 Pages
: 978-967-5226-38-0
Melalui program affiliate, kita bertindak sebagai jurujual siber kepada produk-produk yang terdapat di internet. Kita boleh memilih sebanyak mana program yang ingin disertai serta produk yang ingin dijual kepada bakal pelanggan di seluruh dunia. Kita tidak perlu berjumpa dengan pelanggan, membimbit katalog, serta bercakap tanpa henti dan tidak perlu bijak berkata-kata bagi melariskan jualan. Kita juga tidak perlu menyimpan stok bagi produk yang kita ingin dijual.
Kita hanya perlu melakukan promosi dan jualan dari rumah dengan penuh keselesaan tanpa berkejar-kejar mencari pelanggan dan bermesyuarat sehingga larut malam. Kita juga tidak perlu menganjurkan seminar bisnes bagi mencari orang bawahan (downline) bagi kembangkan bisnes kita. Program ini juga sesuai bagi suri rumah yang berminat menambahkan pendapatan tetapi tidak mempunyai kesempatan atau masa bagi melakukannya di luar rumah. Dalam internet, terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai dengan mudah bagi menjana pendapatan secepat mungkin. Buku ini menerangkan beberapa contoh program affiliate yang boleh disertai sebagai permulaan dan kemudian, kita boleh menceburi program-program lain yang lebih maju. Setiap program mempunyai kaedah tersendiri dalam membayar komisen kepada peserta affiliate. Apa yang perlu diketahui adalah jumlah peratusan komisen yang diberikan kepada kita selepas berjaya membuat jualan dan bagaimana wang komisen itu sampai kepada kita.
: 978-967-5226-09-0
Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka.
: 978-967-5226-17-5
Ternakan Cacing Tanah secara komersil mula diperkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun 80-an atas inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia. Cacing Tanah adalah haiwan yang bertanggungjawab mengurai bahan organik reput dengan pantas dan menjadikan tanah kembali subur. Apa yang lebih menarik, proses penyuburan berlaku secara seimbang tanpa melibatkan sebarang pencemaran kepada ekologi dan alam sekitar.
Cacing Tanah bertindak menghasilkan vermikompos yang digelar ‘Emas Hitam’ dan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Cacing Tanah bekerja untuk anda dan menghasilkan wang walaupun ketika anda tidur.
: 978-983-3585-89-2
Siri Buat Duit menerangkan cara menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah, murah dan cepat. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan.
Mengandungi panduan yang lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes. Diterangkan dengan format yang mudah difahami, pembaca boleh terus membuka bisnes selepas tamat membaca.
Sektor pengusahaan cendawan semakin mendapat permintaan. Ramai yang masih menganggap proses menanam cendawan rumit. Sebenarnya ia mudah serta senang dijaga. Anda boleh mulakan projek di kawasan rumah dengan permulaan modal kurang daripada RM1,500 dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip.
Turut dimuatkan langkah-langkah membiakkan cendawan yang mudah, lengkap dengan panduan pelan projek dan susunan rak memudahkan lagi anda untuk memulakan bisnes ini.
: 978-983-3585-70-0
Kemeja-T, tuala, topi, pen, diari, buku nota, beg kertas, beg seminar dan sebagainya adalah antara cenderamata korporat yang mampu menghasilkan keuntungan yang lumayan. Bisnes ini tidak memerlukan modal yang tinggi. Dengan modal serendah RM500, anda sudah boleh menjalankan bisnes bila-bila masa sahaja.
Ikuti rahsia Buat Duit dengan Cenderamata Korporat yang dikutip daripada temu bual dengan usahawan-usahawan yang hidup mewah dalam bidang ini. Sifat dan cara kerja bisnes cenderamata yang dipaparkan memudahkan pembaca menambah pendapatan sampingan dan mula berbisnes sebaik selesai membaca buku ini.
Mulakan dengan projek pertama, keuntungan akan diterima sebaik selesai projek.
: 978-967-5226-22-9
RM12.32
RM21.25
RM11.90
RM11.47
RM16.06
RM24.65
Periksa status pesanan:
Sign up for our newsletters!