Sedang diproses...

Keusahawanan


Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes

: ISBN 983-3586-17-1

RM22.00   RM18.70
-15%
Ada stok

Penulis : Ahmad Sazmy Abd Aziz
Jumlah Muka surat : 232

10 hari

Didik Anak Jadi Usahawan

: 978-983-3585-62-5

RM16.00   RM13.60
-15%
Ada stok

Bermula daripada mengenali psikologi, minat dan potensi dalam diri anak-anak, buku ini mendedahkan seribu satu rahsia berkenaan strategi mendidik anak menjadi usahawan sejak kecil. Rata-rata ibu bapa hari ini inginkan kejayaan daripada anak-anak dalam apa sahaja yang mereka ceburi. Setiap bakat dan minat yang ada pada diri anak-anak sebaik-baiknya tidak disia-siakan begitu sahaja, malah ia perlu disalurkan kepada peluang perniagaan yang sentiasa terbuka di depan mata.

Mengajar anak berniaga sejak kecil tidak bermakna kita membebankan anak-anak dengan kerja dan tanggungjawab, tetapi mengajar mereka bagaimana mendapat kebebasan kewangan. Wang bukanlah segalanya tetapi tidak bermakna ia tidak perlu dicari. Mendidik anak mencari rezeki dengan titik peluh mereka sendiri menjadikan anak-anak lebih menghargai apa yang diperoleh. Walau sebanyak mana pun harta yang diwarisi, ia menjadi tidak bermakna apabila seseorang itu tidak bijak mengendalikannya.

Bertindaklah sekarang! Usaha daripada ibu bapa hari ini adalah titik tolak kepada kejayaan anak-anak akan datang. Tidak ada yang mustahil sekiranya kita yakin bagi merealisasikannya. Tidak ada jalan mudah bagi mencapai kejayaan dan kejayaan itu tidak datang bergolek. Terokailah segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi di dalam buku ini. Mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada semua.

10 hari

Dunia Ini Penuh Wang

: 978-983-3586-40-0

RM17.00   RM14.45
-15%
Ada stok

Mudahkah hendak mendapatkan wang yang tersedia? Lebih mudah daripada mencari perkara yang belum tentu. Anda hanya mendapatkan apa yang tersedia. Sesungguh-nya anda tidak perlu bersusah payah mencari perkara yang tidak pasti. Anda mendapatkan perkara yang pasti iaitu wang yang tersedia di sekeliling anda.

Sekali lagi, mudahkah mendapatkan wang yang pasti berada di sekeliling anda itu? Jawapannya anda tahu tidak ada perkara mudah di dunia ini. Mudah di sini bukan ber-makna anda duduk-duduk dan wang datang ke sisi anda. Apabila mendapatkan wang adalah mudah tentulah tidak ada orang miskin di dunia ini. Tentu anda tidak terdengar orang yang keluh-kesah kerana wang.

10 hari

Jejak Bisnes Rasul

: 978-967-5226-85-4

Tiada stok
RM29.00   RM24.65
-15%
  Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa... More
10 hari

Mega Leader MLM: Bimbing Dan Komunikasi

: 978-967-5226-77-9

RM15.50   RM13.17
-15%
Ada stok
  Bimbing dan Komunikasi, membawa anda mengenali dan mahir menggunakan senjata terhebat, iaitu komunikasi. Gabungan kekuatan upline-downline... More
10 hari

Mega Leader MLM: Ingin Jadi Super Upline?

: 978-967-5226-84-7

RM18.00   RM15.30
-15%
Ada stok
  Buku Ingin Jadi Super Upline? memimpin anda selangkah demi selangkah ke arah menjadi Super Upline. Waktu itu, setiap orang di sekeliling pasti... More
10 hari

Mega Leader MLM: Prospek Dan Taja

: 978-967-5226-76-2

Tiada stok
RM16.50   RM14.02
-15%
  Prospek dan Taja, fokus kepada pembinaan benteng dalam MLM. Bermula dari gaya berfikir, menyelami asam garam dalam MLM, kemudian bertindak... More
10 hari

Memulakan Bisnes Sendiri: Edisi Kemas Kini

: 978-983-3585-51-9

Tiada stok
RM29.00   RM24.65
-15%
Buku ini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja... More
10 hari

Mengapa Bisnes Gulung Tikar

: ISBN 983-3586-16-3

RM18.00   RM15.30
-15%
Ada stok

Penulis : Ahmad Amri Zainal Adnan, Nurasyikin Ahmad
Jumlah Muka surat : 176

10 hari

Mengurus Gerai Pameran

: ISBN 983-3376-09-6

RM18.00   RM15.30
-15%
Ada stok

Penulis : Muhd Abi Sofian Abd. Halim,
Jumlah Muka surat : 159

10 hari

Menjadi Jutawan MLM

: ISBN 983-3376-71-1

Tiada stok
RM20.00   RM17.00
-15%

Penulis : Mohd Rozani Pawan Chek,
Jumlah Muka surat : 208

10 hari

Psikologi Orang Berjaya

: 978-983-3586-67-7

RM27.00   RM22.95
-15%
Ada stok
PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Apabila saudara berminat membeli dan membaca buku ini, itu adalah salah satu daripada tanda-tanda bahawa saudara memiliki apa yang disebut-sebut sebagai ciri personaliti pejaya.

Seseorang itu disebut 'pejaya' bukan disebabkan dia sudah berjaya, sebaliknya istilah itu diberikan kepada individu yang memiliki ciri-ciri psikologi yang ada pada individu yang amat mengingini kejayaan.

Kejayaan dipengaruhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat dan kecekalan. Buku ini berusaha menerangkan faktor-faktor selain daripada yang empat itu, yang amat mempengaruhi kejayaan.

Dengan itu pembaca dapat memahami selama ini kita banyak salah faham dan keliru berkenanan syarat-syarat menjadi orang yang berjaya.

 

10 hari

Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah

: 978-983-3586-99-8

Tiada stok
RM14.00   RM11.90
-15%

Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita juga mengenalinya sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa yang tersirat daripada tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada yang nyata?

Bersama kita membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik tindakan Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia juga sememangnya dapat dipraktikkan dalam  perniagaan anda sendiri. Antaranya:

  • Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan dalam mennetukan kejaayan Khadijah.
  • Bagaimanakah pelaksanaan mudarabah antara khadijah dan Nabi Muhammad.
  • Bagaimanakah pembezaan atau differentiation berlaku dalam perniagaan Khadijah?
10 hari

Rahsia Bisnes Mamak

: 978-983-3586-75-2

Tiada stok
RM23.00   RM19.55
-15%

Kejayaan besar pelopor bisnes seperti Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel, Mydin dan Kumpulan Barkath sering menjadi tanda tanya di kalangan peniaga. Mereka muncul secara tiba-tiba dengan rangkaian dalam dan luar negara. Ikon-ikon ini dianggap undefeated tycoon dalam bisnes mereka. Dalam dunia bisnes, cepat mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat yang betul penting kerana semuanya adalah kos yang perlu diambil kira. Menyedari hakikat ini, buku ini disusun dalam format sebegini supaya tip-tip yang dikongsi dapat diterapkan dalam dunia bisnes para pembaca.

Buku ini mendedahkan beberapa formula berjaya yang digunakan oleh para peniaga India Muslim yang sinonim dengan panggilan ‘Mamak’. Kewujudan mereka dalam dunia bisnes tidak sekadar melibatkan bisnes makanan semata-mata.
Para peniaga India Muslim membuka ruang-ruang bisnes baru yang menjadikan mereka sebagai entiti penting dalam bisnes itu. Dengan pemerhatian dan perkongsian pengalaman, mereka memiliki formula bisnes yang sama dan memberi impak yang kuat dalam bisnes tempatan. Bukan sekadar formula kejayaan, buku ini cuba mendedah-kan cabaran-cabaran yang bukan kecil yang dihadapi oleh para peniaga India Muslim. Ia membantu para pembaca melihat dan membuat persediaan sebelum memasuki alam bisnes sebenar.
Kejayaan besar bisnes India Muslim hari ini bermula daripada formula-formula asas dalam bisnes kecil. Semakin kompleks bisnes itu, formula asas diperkuatkan dengan formula-formula baru yang sesuai dengan keperluan bisnes baru. Buku ini melihat kepada formula-formula asas itu.
Budaya niaga India Muslim tidak tertumpu pada ringgit dan sen semata-mata. Budaya niaga yang menjadi budaya hidup warisan keluarga ini mempunyai teras yang kuat dan lebih mahal nilainya berbanding mencari untung semata-mata. Buku ini mendedahkan rahsia itu.
Banyak formula yang digunakan oleh mereka bagi me-neruskan jangka hayat bisnes sehingga diterima masyarakat pelbagai bangsa. Inisiatif kepada penghasilan buku ini bermula dengan menyenaraikan setiap formula kepada bentuk tip-tip yang mudah. Buku ini ditulis berdasarkan pemerhatian, respons dan rekod-rekod yang disusun semula daripada pel-bagai sumber tempatan dan luar.
Sehingga kini, bisnes Mamak dilihat sebagai misteri. Tidak banyak buku mengenainya ditulis dan sukar diperoleh. Hanya usaha-usaha daripada sudut jurnalistik yang konsisten sahaja menjadikan pembaca peka pada perkembangan bisnes Mamak.

10 hari

Rahsia Bisnes Orang Cina

: ISBN 983-3376-92-4

RM18.90   RM16.06
-15%
Ada stok
PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Penulis : Ann Wan Seng,
Jumlah Muka surat : 160

10 hari

Rahsia Bisnes Orang Jepun

: 983-3376-86-X

Tiada stok
RM23.00   RM19.55
-15%

Penulis : Ann Wan Seng,
Jumlah Muka surat : 256 Pages

10 hari

Rahsia Bisnes Orang Korea

: 983-3585-22-1

RM20.00   RM17.00
-15%
Ada stok

Penulis : Ann Wan Seng,
Jumlah Muka surat : 192

10 hari

Rahsia Buat Duit dengan eBay

: 978-983-3586-55-4;

RM25.00   RM21.25
-15%
Ada stok

Ikuti langkah demi langkah memulakan bisnes internet tanpa perlu membina laman web Setiap hari pengguna internet di seluruh dunia semakin bertambah dan pengetahuan berkenaan internet sebagai medium membeli dan menjual barang juga bertambah baik. Bisnes internet mendapat perhatian daripada penjual dan pembeli di USA, Eropah, United Kingdom dan negara maju yang lain. Sebagai pasaraya virtual, eBay memberi peluang kepada penjual memasarkan produk mereka ke serata dunia. Pembeli pula mempunyai pilihan barangan dan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran.

10 hari

Rahsia Buat Duit Dengan Internet + CD

: 978-983-3585-24-3

RM30.00   RM25.50
-15%
Ada stok

Penulis : Wan Mohd Syazwan Wan Sukri, Sabri Hassan Assa'ari,
Jumlah Muka surat : 208 Pages

10 hari

Setengah Berisi, Setengah Kosong?

: 978-983-3603-42-8

RM25.00   RM21.25
-15%
Ada stok
PTS Millennia Sdn Bhd

Agar Minda Sentiasa Positif & Hidup Lebih Bermakna.

Sebagai manusia, kita berhadapan dengan realiti perubahan emosi yang tidak dapat dijangka apabila berhadapan dengan satu situasi. Ada kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Ada kalanya kita ceria, gembira dan ada kalanya sedih. Ada kalanya kita rasa optimis dan ada kalanya pesimis.

Apakah faktor yang menentukan respons kita pada situasi itu?

Jawapannya adalah PERSPEKTIF.

Setengah Berisi, Setengah Kosong? menyajikan kisah-kisah inspirasi yang mampu membetulkan perspektif kita terhadap apa jua situasi yang dihadapi. Lebih daripada itu, kisah-kisah inspirasi yang dimuatkan di dalam buku ini dapat membangunkan dan memacu rasa optimistik dalam hidup. Rasa optimistik yang membangkitkan kesedaran bagi mengenali masalah dan respons terbaik kepada masalah itu. Rasa optimistik yang membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik yang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yang apabila berhadapan dengan situasi buruk, namun masih mengharapkan yang terbaik. Mempunyai alasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

10 hari

Skali Lagi- Soft Cover

: 978-983-3586-96-7

RM18.00   RM15.30
-15%
Ada stok

Tengku Farith Rithaudden adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) SKALI dan bekas Presiden Persatuan Usahawan Tekno Malaysia ( TeAM).

 

Beliau memulakan kerjaya dengan menyertai sebuah bank pelaburan. kemudia berpindah ke sektor industri pembinaan sebelum menceburi bidang keusahawanan teknologi pada era 90-an.

 

Selepas melalui pelbagai pengalaman pahit manis dalam bisnes teknologi, beliau menghasilkan buku ini bagi berkongsi pengalamannya dengan usahawan-usahawan lain. Diharapkan kisah suka duka yang dialami oleh SKALI menjadi panduan dan inspirasi kepada usahawan lain, terutama mereka yang masih bekerja keras untuk berjaya dan jugabercita-cita menceburi bidang keusahawanan.

 

“… satu renungan yang jujur mengenai perjuangan usahawan tekno dalam perjalanan gila mengejar mimpi dotcom.

Chris Chan
Ketua Pegawai Eksekutif TMS Bhd

Farith berkongsi pengalaman kumpulannya, kegagalan dan kejayaan dengan gaya yang mudah dan menghiburkan, menunjuk-kan komitmen beliau dalam membantu orang lain.”

Dato’ Nazir Razak
Ketua Eksekutif Kumpulan, Kumpulan CIMB

10 hari

The E-Myth Revisited

: 978-967-369-029-9

RM25.00   RM21.25
-15%
Ada stok
Buku klasik edisi kemas kini dan sudah disemak ini adalah buku bestseller luar biasa yang menolak mitos mengenai kaedah memulakan bisnes sendiri. Perunding... More
10 hari

Tip Jana Wang Dari Rumah

: 9789675564055

RM13.90   RM11.81
-15%
Ada stok
10 hari

Usahawan : Kaya Wang Kaya Iman

: 978-967-5564-09-3

RM16.50   RM14.02
-15%
Ada stok

Usahawan : Kaya Wang Kaya Iman memimpin pembaca menguasai ilmu-ilmu keusahawanan berteraskan kerangka agama, daripada sekecil-kecil perkara, iaitu panduan memulakan karier sebagai usahawan sehinggalah kepada aspek bagaimana penglibatan usahawan dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

Usahawan : Kaya Wang Kaya Iman ditulis bagi membolehkan saudara memperoleh manual lengkap bagi meraih keuntungan dunia, dalam masa yang sama sentiasa meletakkan saudara di atas landasan yang tepat, bergerak menuju ke syurga akhirat.

10 hari

Usahawan Cilik: Garaj Aiman

: 978-983-3586-91-2

RM13.50   RM11.47
-15%
Ada stok
PTS Professional Publishing Sdn Bhd

“Aiman! Kamu lihat ini. Buku baru ini sudah buruk! Seperti buku terpakai. Mahal tetapi sudah tidak berguna.”

Buku buruk! Buku terpakai! Buku sudah tidak berguna lagi! Ketiga-tiga perkataan itu berlegar-legar dalam fikirannya. Tanpa sedar, dia mendapat idea daripada insiden itu.

 

“Jualan garaj?” soal pakciknya menerusi talian telefon. 

 

“Betul. Saya tidak main-main. Tolong rahsiakan perkara ini daripada ibu dan ayah,” bisik Aiman di corong telefon

 

“Saya akan pastikan matlamat saya ini tercapai. Tentu seronok,”

 

“Saya perlu membuktikan kepada ibu dan ayah yang umur bukan halangan bagi saya berniaga,” luah Aiman sendirian dengan yakin. 

 

Misi bermula....

10 hari

Cara Beli Buku Online

Tawaran Harian Bookcafe

Tawaran Hujung Minggu

Promosi Haji

 

Zulkifli Abdullah

Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email :
zulkifli@pts.com.my
YM :
zul.malc@yahoo.com
HP :
016 - 6618 159

En. Husaini

Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email :
husaini@pts.com.my
HP :
 016 - 6615 262

Cik Diana

Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email :
diana@pts.com.my 
HP :
016 6611 972