Orang bodoh nampak pandai jika ada banyak duit.
Orang pandai pula nampak bodoh jika tiada duit.
Kita tidak dipandang tinggi jika hanya dikenali sebagai orang bijak pandai tetapi tidak berduit. Ini kerana, kita mempunyai risiko dibeli oleh orang lain. Ini yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini. Orang yang berpelajaran terpaksa mengikut telunjuk orang yang membelinya. Kadangkala mereka terpaksa melakukan perkara yang menyalahi agama dan undang-undang. Sebahagian daripada mereka menggunakan orang pandai bagi mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Apabila kita menguasai ilmu dan mempunyai duit, kita mampu mengatakan ‘tidak’ bagi perkara yang bercanggah dengan tatasusila manusia yang bermaruah.
Sebelum ini, buku Kaya dengan Rumah membincangkan risiko hidup bergantung pada sumber yang tidak kebal dan cara mencipta sumber yang kebal. Namun, buku Buat Duit dengan Rumah mem-fokuskan pada panduan-panduan bagi pelabur yang ingin membuat duit dengan membeli rumah. Ia juga menerangkan pantang larang yang perlu difahami apabila melabur dalam rumah. Buku ini ditulis bagi menganjakkan pemikiran pembaca supaya melihat daripada sudut berbeza kerana melabur dalam rumah adalah ‘wajib’.
Ditulis dalam bahasa mudah dan terdapat fakta bagi memudahkan para pembaca memahami isu yang dibincangkan. Harapan penulis, buku ini dapat menjadi panduan bagi memulakan langkah melabur dalam rumah. Ia juga bagi mengelakkan pelabur daripada melakukan kesilapan semasa membeli rumah untuk diduduki sendiri ataupun disewa. Ia juga bagi memastikan pelabur dapat memaksimumkan keuntungan dengan usaha minimum.
Semua ini berlaku apabila kita mengubah persepsi pada perkara yang kita fikirkan selama ini. Jika hari ini kita adalah pekerja, tidak mustahil kita dapat menjadi majikan kepada pekerja lain pada hari esok dan seterusnya. Cuma, yang berbeza adalah anda dibayar gaji oleh majikan, tetapi kita tidak membayar gaji kepada pekerja kita sendiri.
"Buku ini membantu individu yang bekerja memulakan perjalanan ke arah memiliki timbunan harta dengan menjadikan hartanah sebagai paksi bagi mendapatkannya.”
Yim Choong Chow
Panduan Meningkat Prestasi, Jurulatih Kejayaan – Konsultan Bisnes - Penulis
Kenapa Perlu Baca Buku Ini Prakata Bab 1 : Kita adalah Majikan Bab 2 : Mengapa Sekarang? Bab 3 : Jutawan Fakir Bab 4 : Buat Duit dengan Rumah Bab 5 : Enam Pilihan bagi Membuat Duit Bab 6 : Masih Ragu-ragu Bab 7 : Jenis-jenis Rumah 28 Bab 8 : Sumber bagi Mendapatkan Rumah Bab 9 : Yang Sedang Dibina ataupun Sudah Siap? Bab 10 : Memilih Rumah yang Sesuai Bab 11 : Memilih Jenis Rumah Bab 12 : Proses Saringan Bab 13 : Rumah bagi Didiami Sendiri Bab 14 : Harga yang Patut Dibeli Bab 15 : Beli daripada Siapa? Bab 16 : Pembiayaan Membeli dan Ansuran Rumah Bab 17 : Memilih Jenis Pinjaman Bab 18 : Had Pinjaman Pembelian Rumah Bab 19 : Bayaran Pendahuluan Bab 20 : Tiada Bayaran Pendahuluan Bab 21 : Bayaran Lebih daripada Ansuran Bab 22 : Perjanjian Jual Beli Bab 23 : Kos Semasa Bab 24 : Melindungi Mesin Cetak Wang Kelas Pertama Bab 25 : Menambah Nilai Rumah dan Sewa Bab 26 : Cukai Keuntungan Hartanah Bab 27 : Kesilapan Pelabur Baru Bab 28 : Pantang Larang Jutawan Rumah Bab 29 : Mengawasi Aliran Wang Bab 30 : Poket Bocor Rumah Bocor Bab 31 : Mulakan dengan Rumah Pertama Bab 32 : Strategi Melabur dalam Rumah Bab 33 : Mengaplikasikan Hukum Ketertarikan Bab 34 : Rumah, Oh, Rumah! Bab 35 : Masa Membaca Sudah Sampai ke Penghujung Indeks Biodata Penulis

Paling Popular
Maklumat
Kategori
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







