Hubungi Kami
To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.
Terlupa kata laluan?
Troli kosong
: 978-967-5226-78-6
Ada stok
The Edge Daily melaporkan, Malaysia adalah negara keenam yang paling aktif menggunakan SMS. Dengan kadar penembusan SMS setinggi 90.6%, memberi tanda bahawa... More
: ISBN 983-3585-41-8
Penulis : Sharuddin Abdullah, Ashadi Zain, Jumlah Muka surat : 314 Pages
Tiada stok
: 9789675226540
9 Naga Pemasaran wajib dibaca oleh perancang strategi sesebuah syarikat, pengurus, pegawai pemasaran, dan usahawan.
Nassrul Hakim Md Jani, pernah bertugas sebagai eksekutif pemasaran insuran, dan kini pensyarah di sebuah pengajian tinggi dalam subjek pemasaran. Pengalaman beliau sepanjang berceramah di banyak program keusahawanan, dan penulisan artikel di dua akhbar utama.
: 978-967-5226-47-2
Youtube adalah laman web yang keempat paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, adalah satu kerugian besar jika pengusaha bisnes di Malaysia mengabaikannya.
Melalui Youtube, kita boleh membuat duit hanya berbekalkan talian internet dan komputer. Bermula dari melancarkan video jualan, kita mampu meraih perhatian penontonnya. Seterusnya dengan teknik yang berkesan, mereka bertukar menjadi pelanggan pula.
: 978-967-5226-39-7
PTS Professional Publishing Sdn Bhd
“Sebelum ini, ia dianggap aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Kini ramai yang mula sedar kehebatannya sebagai medium terbaik internet marketing.”
Facebook, Myspace dan Twitter adalah laman web social networking yang merangkumi pelbagai peringkat komunikasi. Ia menekankan kepada kerjasama online dan perkongsian antara pengguna. Rangkaian sosial ini adalah medium yang mampu memasarkan bisnes anda ke satu tahap yang menguntungkan.
Lengkap dengan penerangan bagaimana ingin menyertai laman web social networking ini. Turut diterangkan secara terperinci, teknik dan strategi pemasaran yang efektif. Miliki buku ini kerana ia adalah rujukan terbaik bagi anda mempertingkatkan bisnes internet anda.
: 978-967-5226-34-2
Permintaan terhadap internet meningkat meskipun seluruh dunia mengalami krisis ekonomi. Semua usahawan mula menyedari betapa pentingnya kemampuan internet dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Semakin tinggi penggunaan internet semakin tinggi peluang bisnes anda berkembang.
Pelajari langkah dan teknik pemasaran internet yang berkesan bagi menarik perhatian pengguna. Lengkap dengan kajian minisite-minisite di Malaysia dimana anda dapat menggunakan formula kejayaan yang digunakan oleh mereka. Ambil formula dan ubah ikut acuan kita.
Turut diterangkan langkah demi langkah membina minisite yang menjual dengan perisian percuma. Pelajari formula bagaimana hendak mereka kata kunci yang berkesan dan efektif. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman web http://www.kursusperniagaan.com
: 978-967-5226-51-9
: 9789833586790
Mendedahkan tip mempengaruhi dan memikat lebih ramai pelanggan dengan efektif dan lebih beretika.
Anda juga akan menemui hakikat yang tiada yang dapat memberi kepuasan sebenar kepada pelanggan selain daripada kelebihan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah mereka.
Rahsia Jurujual sebenarnya terletak dalam diri mereka yang bergelar jurujual. Bukan bergantung pada produk ataupun organisasi yang diwakili. Apabila motif betul, tindakan yang dilakukan tepat, hasilnya sudah tentu menyebelahi jurujual. Buku ini menjelaskan cara:
Bekerja dengan lebih bijak, bukan lebih kuat dalam membangun kerjaya sebagai jurujual.
Bersedia bertindak melepasi batasan khidmat pelanggan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan.
Mengenal pasti keperluan pelanggan dan cara produk anda dapat memenuhi keperluan itu.
Belajar mengawal masa dan hidup dengan lebih tersusun sebagai jurujual.
Menangani keengganan pelanggan menjawab panggilan dan menolak jualan.
Tanpa ilmu ini, kita mungkin mempunyai produk ataupun perkhidmatan yang terbaik, tetapi tidak laku di pasaran kerana kita tidak mengetahui cara menjualnya.
: 978-967-369-021-3
Percayakah anda, dalam 100 pelanggan yang datang ke premis kita, salah seorang pasti akan memberikan tanggapan negatif tentang khidmat kita. Usahawan pasti... More
: 978-967-5226-33-5
: 978-967-369-026-8
Banyak persoalan yang sering bermain dalam fikiran setiap peminat fanatik bola sepak. Soccernomics cuba menjawab persoalan-persoalan ini dengan... More
: 9789675226465
Manchester United Football Club, adalah kelab bola sepak terkaya di dunia. Kepakaran pengurus menaikkan jenama kelab bola sepak itu, menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain di serata benua bagi meningkatkan kredibiliti jenama masing-masing.
Strategi Bisnes Manchester United, BUKAN buku yang menceritakan sejarah perjalanan kelab bola sepak semata-mata. Ia adalah himpunan strategi yang dilakukan oleh pasukan pengurusan kelab Manchester United. Buku ini memfokuskan idea dan teknik penjenamaan, merangkumi: - Penajaan untuk tingkatkan keuntungan. - Ambil faedah dari harta intelek. - Kerjasama dengan syarikat lain. - Perdagangan dan pengurusan bakat. - Merchandising dan penerbitan. - Penerokaan pasaran baru, dan paling penting, cara mengaplikasikannya dalam perniagaan kita.
Sesuai dibaca oleh usahawan, eksekutif pengurusan ataupun pemasaran, pengurus syarikat dan sesiapa saja.
Ashadi Zain, adalah penyelidik dan pakar dalam bidang keusahawanan dan pemasaran. Beliau juga adalah penulis prolifik yang sudah berjaya menghasilkan hampir 30 buah buku dalam pelbagai genre, bukan fiksyen dan fiksyen. Antara buku hasil tulisan beliau adalah Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah, Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan, 66 Usahawan Malaysia, siri Adam Kecil dan banyak lagi.
: 978-983-3586-19-6
Pengarang mengemukakan koleksi teknik mengunci jualan yang sudah teruji keberkesanannya. Antara teknik mengunci jualan yang menarik di dalam buku ini adalah teknik ‘lipat maut’, teknik ‘jualan terlepas’ dan teknik ‘angkat kaki’. Teknik mengunci jualan yang digunakan bagi menjual binatang kesayangan (pet) juga amat berkesan. Antara contoh menarik yang dikemukakan adalah bagaimana syarikat Canon menguasai pasaran mesin fotokopi di Amerika Syarikat.
Selain itu, pengarang mendedahkan 11 punca masa jurujual terbuang akibat kelemahan perancangan dan melaksanakan perancangan kerja. Antara cadangan menarik bagi menambah jualan adalah dengan teknik bertemu 100 orang pelanggan. Beliau mengemukakan bukti menarik mengapa teknik ini bertujuan mendengar rungutan dan bebelan pelanggan, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil jualan.
: 978-983-3586-87-5
Tingkatkan jualan anda lebih cepat dan mudah daripada apa yang anda sangkakan. Kejayaan pasti menjadi milik anda! Itulah janji yang sentiasa dipenuhi oleh Brian Tracy berulang-ulang kali. Makin ramai wakil jualan menjadi jutawan selepas mendengar dan mempraktikkan idea-idea beliau berbanding mereka yang hadir ke latihan jualan yang dianjurkan oleh pihak lain. Buku ini bertujuan memberi pelbagai idea, kaedah, strategi dan teknik yang dapat anda cuba serta-merta bagi membuat lebih banyak jualan dengan cepat dan mudah.
Buku ini bertujuan memberikan panduan mengenai idea, strategi, dan teknik yang dapat digunakan serta-merta bagi meningkatkan jualan dengan lebih cepat dan mudah. Dalam halaman yang berikut ini kita dapat belajar cara menjadi lebih produktif dalam bidang jualan yang kita ceburi. Kita akan belajar cara meningkatkan jualan serta pendapatan dengan dua, tiga malah empat kali ganda, dalam jangka masa beberapa bulan sahaja, malah mungkin beberapa minggu sahaja. Buku ini adalah versi teks yang ditulis daripada program pita rakaman (program audio) mengenai bidang jualan yang bertajuk The Psycholoy of Selling (Psikologi Menjual) yang terbukti berjaya di peringkat antarabangsa. Sejak diterbitkan, program itu diterjemah dalam 16 bahasa dan digunakan oleh 24 negara. Ia adalah program jualan profesional yang paling laris dalam sejarah.
: 978-983-3586-21-9
Pelanggan yang setia dan menghargai perkhidmatan yang diberi adalah petunjuk dalam kejayaan dan kemajuan perniagaan. Lebih ramai pelanggan melanggan produk yang dikeluarkan syarikat, lebih berjaya dan maju perniagaan itu. Malangnya banyak syarikat yang tidak endah kepada pentingnya kewujudan pelanggan. Peniaga perlu memahami kewujudan pelanggan bukan hanya pada suatu masa sahaja, tetapi mereka diperlukan daripada mula syarikat beroperasi sehingga ke akhirnya.
Setiap topik yang dibincangkan disertai dengan contoh semasa supaya ia relevan dengan situasi perniagaan kini selain memastikan pembaca mendapat gambaran jelas berkaitan penerangan yang diberikan. Kami turut memastikan cara-cara melayan pelanggan yang dicadangkan sesuai dengan budaya dan nilai-nilai universal yang dapat digunakan di pelbagai lokasi dan pada bila-bila masa.
Saya berharap buku ini dapat dijadikan alat bagi lebih memahami konsep khidmat pelanggan yang hebat selain menyediakan alternatif baru dalam menghadapi dunia yang mengiktiraf pelanggan sebagai raja, pelanggan sentiasa benar dan dapat menyelesaikan masalah mereka adalah produk utama. Strategi yang perlu anda utamakan adalah, bagi memenangi hati pelanggan untuk jangka masa panjang. Ini adalah ciri utama kejayaan perniagaan ataupun usahawan. Cuba amalkan panduan dan cadangan yang dinyatakan di dalam buku ini, mudah-mudahan ia dapat membantu perniagaan anda berkembang maju. Kuncinya adalah menawan hati pelanggan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan setia. Ini adalah tugas yang nampak mudah tetapi sebenarnya penuh dengan cabaran. Dalam hal ini, kejayaan anda bergantung pada empat perkara utama:
Kesedaran berkaitan teknik yang sesuai dengan per-niagaan anda.
Mahu mencuba idea-idea baru.
Prihatin pada perkara kecil yang memberi kesan yang besar.
Mengguna pakai panduan di dalam buku ini dengan konsisten.
RM14.02
RM33.91
RM13.17
RM13.60
RM16.15
RM25.50
RM15.30
RM17.00
Periksa status pesanan:
Sign up for our newsletters!