Penulis : Mohd Fadzilah Kamsah, Md. Yadi Said,
Jumlah Muka surat : 272 Pages
Sinopsis
Anda Berkuasa Apabila...? membincangkan pendekatan dan teori berkaitan dengan kuasa. Ia juga menyediakan panduan dan kaedah lengkap bagi menggunakan kuasa dalam organisasi.
Buku ini dihasilkan daripada kesedaran penulis bagi berkongsi maklumat dengan para pembaca yang budiman. Buku ini memaparkan maklumat berkenaan komunikasi dan penggunaan kuasa di dalam organisasi dan juga kehidupan seharian. Jika kita amati betul-betul, berapa ramai yang menggunakan kuasa tetapi tidak sedar taktik yang digunakan dan kesannya pada individu-individu lain? Berapa ramai yang sedar pula tetapi tidak mahu menggunakan cara atau taktik yang sesuai bagi mempengaruhi seseorang? Berapa ramai pula yang tahu tetapi gagal bagi mempengaruhi seseorang? Jawapannya ada di dalam buku ini. Inilah yang hendak dikongsi bersama pembaca. Teruskan membaca buku ini dan para pembaca dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan kuasa dan penggunaannya yang sesuai mengikut konteks.
Bahagian 1 mengisarkan kepada latar belakang penggunaan komunikasi dan kuasa, perbezaan pendekatan dalam konsep-konsep yang menerangkan apa itu kuasa dan bagaimana ia berlaku. Bahagian 2 memaparkan dengan lebih lanjut berkenaan komunikasi di dalam organisasi termasuklah komunikasi dengan superior atau pegawai atasan. Bahagian 3 menerangkan dimensi-dimensi kuasa supaya kita dapat memahami falsafah kuasa dalam penggunaan seharian. Bahagian 4 berkenaan takrifan kuasa, perbezaan kuasa dan pengaruh serta kepatuhan. Melaui bab ini para pembaca dapat menggunakan tema yang sesuai berkenaan penggunaan kuasa dan pengaruh serta kepatuhan.
Tidak lengkap sekiranya kita tidak cuba memahami teori-teori yang menjelaskan kuasa kerana dengan ini kita dapat memahami kuasa dengan lebih terperinci. Maklumat ini dijelaskan dalam Bahagian 5. Begitu juga dengan Bahagian 6 yang menerangkan model-model kuasa dan bagaimana model-model ini diaplikasikan. Bahagian 7 melihat perhubungan kuasa dengan komunikasi dan organisasi manakala Bahagian 8 membincangkan bagaimana individu mendapat kuasa. Selepas membincangkan sumber-sumber kuasa ini, Bahagian 9 menerangkan bagaimana individu menggunakan kuasa bagi mempengaruhi individu lain dengan taktik-taktik komunikasi pengaruh dan kesesuaian penggunaannya.
Bahagian 10 membawa kita melihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi taktik komunikasi pengaruh. Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, kita mungkin dapat menjadi lebih efektif mempengaruhi individu sama ada dalam organisasi ataupun antara perseorangan. Bahagian terakhir pula melihat perhubungan taktik komunikasi pengaruh dan budaya serta budaya Melayu.
Penulis berharap para pembaca mendapat maklumat berkenaan kuasa dan dapat memahami dengan lebih lanjut serta dapat menggunakan taktik yang sesuai dalam konteks yang sesuai. Cuma perlu diingatkan tiada satupun taktik yang sesuai bagi semua keadaan dan kombinasi penggunaan taktik juga penting dalam mempengaruhi seseorang. Gunakanlah kemahiran minda kita bagi menilai keadaan persekitaran sebelum menggunakan satu-satu taktik komunikasi pengaruh.
Semoga Berjaya!
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1 : Apa Itu Kuasa?
Pengenalan
Konsep Kuasa
Bagaimana Kuasa Berlaku?
Bahagian 2 : Bagaimana Komunikasi Berlaku dalam Organisasi?
Komunikasi Organisasi
Sejarah Komunikasi Organisasi
Komunikasi Interpersonal
Komunikasi dan Perubahan dalam Organisasi
Komunikasi Superior-Subordinat
Kepentingan Komunikasi dan Kuasa dalam Organisasi
Bahagian 3 : Mengenali Dimensi Kuasa
Kuasa Sebagai Ciri Individu
Kuasa Sebagai Konstruksi antara Perseorangan
Kuasa Sebagai Komoditi
Kuasa Sebagai Konstruksi Penyebab
Kuasa Sebagai Konstruksi Falsafah
Bahagian 4 : Memahami Takrif Kuasa Definisi Kuasa
Potensi Kuasa dalam Komunikasi
Perbezaan antara Kuasa, Pengaruh dan Kepatuhan
Bahagian 5 : Teori-teori Kuasa
Konteks Teori Kuasa
Teori Pertukaran Sumber
Teori Kesopanan
Bahagian 6 : Model-model Kuasa
Model Kuasa A-B
Model Kuasa Individu
Model Kuasa Episodik
Model Kuasa atau Interaksi Pengaruh Interpersonal
Bagaimana Teori dan Model Diaplikasikan?
Bahagian 7 : Apakah Hubungan antara Kuasa, Komunikasi dan Organisasi?
Hubungan antara Kuasa dan Komunikasi
Hubungan antara Kuasa dan Organisasi
Bahagian 8 : Bagaimana Individu Mendapat Kuasa?
Asas Kuasa Sumber-sumber Kuasa
Bahagian 9 : Bagaimana Individu Menggunakan Kuasa bagi Mempengaruhi Individu Lain?
Taktik Komunikasi Pengaruh
Jenis-jenis Taktik Komunikasi Pengaruh
Pemujukan Rasional
Perbincangan
Rayuan Inspirasi
Rayuan Peribadi
Ampu atau Ingrasiasi
Pertukaran
Tekanan
Legitimasi
Sekutu
Bahagian 10 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taktik Komunikasi Pengaruh dalam Organisasi
Faktor Situasi
Faktor Peribadi
Arah Pengaruh
Objektif Pengaruh
Hasil Pengaruh
Kualiti Hubungan Superior-Subordinat
Senario Taktik Komunikasi Pengaruh dalam Organisasi
Bahagian 11 : Rangkaian Taktik Komunikasi Pengaruh dan Budaya
Taktik Komunikasi Pengaruh dan Budaya
Komunikasi Budaya dan Melayu
Kesimpulan
Rujukan
Biodata Pengarang