Penulis : Ahmad Fadzli Yusof, Amin Idris a.k.a Abid Abdullah
Jumlah Muka surat : 176
Buku kecil ini memberikan anda serba sedikit panduan bagaimana hendak menjadi seorang pemimpin hebat, berwibawa, berkarisma, berpengaruh, dihormati bukan ditakuti dan efektif samada dalam bidang memimpin mahupun mengurus.
Setiap hari, setiap masa dan setiap detik, anda pasti akan bergaul dengan orang lain tidak kira siapa mereka. Keadaan ini berlaku dalam kerjaya anda sama ada di dalam syarikat perniagaan mahupun dalam organisasi persatuan. Dalam keadaan tersebut, anda mesti menonjol dari orang lain, menjadi lebih hebat dan mampu untuk meninggalkan kesan serta impak kepada orang lain khasnya organisasi anda.
’Peralatan’ yang paling sesuai di sini ialah Kepemimpinan’. Dengan kuasa ’memimpin’, anda boleh bangkit dan menonjol di tengah kehebatan orang ramai, dengan kuasa ’memimpin’ juga anda dapat membantu orang lain sekaligus menghasilkan kepuasan hidup yang maksimum.
Mungkin selama ini, perkara yang menghantui hidup anda ialah anda tidak yakin dengan diri sendiri, anda tidak tahu bagaimana untuk membina daya memimpin, anda kekosongan idea untuk membina kualiti diri seorang pemimpin. Atau anda berpengalaman sebagai pemimpin, tetapi anda tidak berpuas hati dengan prestasi anda.
Buku ini mungkin boleh menjadi jawapan dan menghalau ’hantu-hantu’ dalam diri anda. Buku ini memberi panduan dan asas kepada anda untuk meningkatkan kualiti memimpin pada diri anda. Malah, buku ini membantu anda dalam segala aspek dalam gaya berbeza dan moden iaitu memahami erti ’kepemimpinan’, bagaimana memimpin orang lain, pemimpin yang hebat mengurus dan juga cara untuk mengatasi masalah anda ditenggelami masa. Ditambah pula dengan fakta-fakta santai sebagai rujukan untuk anda menaik tarafkan lagi kualiti daya memimpin anda.
Justeru, percayalah jika anda membuat keputusan memiliki buku ini, sesungguhnya anda telah melakukan satu perkara yang hebat dalam hidup anda. Permulaan yang hebat menjanjikan hasil yang hebat!
Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Anda Sibuk? Urus Masa Anda...
Bahagian I: Urus Masa Anda
PDA 1: Etika Masa Individu Cemerlang
PDA 2: Salah Faham pada Penggunaan Masa
PDA 3: Masa Perlu Dirancang
PDA 4: Membuat Jadual Waktu
PDA 5: Menggunakan Sistem Catatan Peribadi
PDA 6: Mahirkan Diri Mengurus Masa
Bahagian II: Uruskan Kerja Anda
PDA 7: Merancang Tugasan Harian Anda
PDA 8: Mengurus Tugasan dan Kerja
PDA 9: Membuat Senarai Semak yang Mesra
PDA 10: Menentukan Keutamaan
PDA 11: Bagaimana Menguruskan Kerja
PDA 12: Bertindak Segera: Panduan pada Masa Kecemasan
PDA 13: Mengagih Tugasan
PDA 14: Sediakan Perancangan Alternatif
PDA 15: Menyelesaikan Masalah di Tempat Kerja
Bahagian III: Tingkatkan Kuasa Masa Anda
PDA 16: Lakukan Perubahan Segera
PDA 17: Tabiat-Tabiat Kerja yang Cemerlang
PDA 18: Bekerjasama Dengan Orang Lain
PDA 19: Komunikasi Mesra Dapat Menjimatkan Masa
PDA 20: Petua Mengurus Kertas
Bahagian IV: Pelihara Masa Anda
PDA 21: Bijak Membuat Keputusan Menjimatkan Masa
PDA 22: Jangan Bazirkan Masa Sendiri
PDA 23: Jerat Masa
PDA 24: Internet... Jangan Sampai Membazirkan Masa
PDA 25: Mengelakkan Pembaziran Masa
PDA 26: Membaca dengan Pantas
Bahagian V: Cabaran Mengurus Masa
PDA 27: Alasan Selalu Bertangguh, Periksa Diri Sendiri
PDA 28: Tangguhkan kerja…Kenapa?
PDA 29: Tekanan Mendesak Masa dan Kerja
PDA 30: Jangan Memaksa Diri... Belajar Katakan Tidak.
PDA 31: Memendam Rasa Hingga Tergadai Masa?
PDA 32: Menangani Stres dan Tekanan
Biodata