Penulis : Samsudin Wahab
Jumlah Muka surat : 233
Sinopsis
Panduan melaksanakan majlis secara berprotokol, mengikut tatasusila dan mematuhi peradaban sebagai lambang ketinggian adat dan budaya.
Menganjurkan majlis bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan. Banyak pihak yang terlepas pandang dalam isu-isu protokol serta etiket yang betul dalam menganjurkannya.
Buku ini menerangkan dengan jelas cara berpakaian yang betul, tatatertib di meja makan, penyusunan meja makan dengan cara yang betul, adab sopan dalam pertemuan dan perkenalan dalam majlis.
Selain itu, ia juga menerangkan cara membuat panggilan yang betul bagi tetamu-tetamu daripada pelbagai jawatan dan gelaran, penampilan diri dalam majlis serta adab sopan ketika memberikan ucapan dalam majlis.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi setiap keluarga, jawatankuasa daerah, negeri, jabatan kerajaan dan swasta ataupun institusi pengajian tinggi.