Penulis : Mohd Liki Hamid,
Jumlah Muka surat : 367 Pages
Sinopsis
Buku ini membincangkan fakor-faktor yang menjadi asas serta membolehkan tamadun itu lahir dan berkembang pada suatu ketika dahulu, serta bagaimana ia kemudiannya mengalami kejutan.
Buku ini adalah edisi kedua dari buku Pengajian Tamadun Islam-Sejarah, Pencapaian dan masa Depannya. Bagi edisi kedua ini, beberapa tajuk ditambah sejajar dengan keperluan sukatan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam pengajaran kursus Tamadun Islam.
Salah satu topik yang diterangkan dengan baik dalam buku ini adlah konsep 'Negara Islam' dan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad dalam mendorong serta memimpin pengikut-pengikutnya menubuhkan sebuah negara Islam. Sebagai seorang ahli politik dan ketua negara Islam yang pertama di dunia, beliau meninggalkan sunahnya kepada semua supaya dapat ditiru oleh sesiapa yang bercita-cita mahu menubuhkan 'Negara Islam' hari ini.
Diharapkan melalui buku ini, para pelajar dapat membuat rujukan dengan lebih mudah dan cepat dalam pembelajaran mereka. Apa yang lebih penting, menerusi buku ini pelajar dan pembaca mendapat gambaran mengenai Islam dan Tamadun Islam dengan lebih tepat dan menyeluruh. Pemahaman yang tepat dapat mempertingkatkan penghayatan dan pengamalan yang lebih mendalam khususnya di kalangan pelajar dan pembaca Islam. Bagi pembaca dan pelajar bukan Islam pula, ianya dapat menghapuskan prasangka dan rasa sangsi yang mungkin wujud ke atas Islam dan Tamadun Islam.
Buku ini sesuai dibaca oleh guru sejarah, petugas jabatan agama, imam, ketua kampung, pemimpin belia, penulis khutbah, pendakwah, ahli-ahli politik dan para pelajar.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian Satu: Pengenalan Ilmu Ketamadunan
Bab 1: Takrif Dan Prinsip-Prinsip Asas Tamadun
Bab 2: Pembinaan, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun
Bab 3: Interaksi Antara Tamadun
Bahagian Dua: Tamadun Islam: Konsep dan Asas Utama
Bab 1: Tamadun Islam: Definisi Dan Ciri-ciri
Bab 2: Al–Quran Dalam Tamadun Islam
Bab 3: Sunah Dalam Tamadun Islam
Bab 4: Akidah Dalam Tamadun Islam
Bab 5: Syariah Dalam Tamadun Islam
Bab 6: Akhlak Dalam Tamadun Islam
Bab 7: Islam Dan Konsep Ad-Din
Bab 8: Konsep Jihad Dalam Tamadun Islam
Bahagian Tiga: Penghayatan Tamadun Islam dan Persekitaran Awal
Bab 1: Pesekitaran Awal Tamadun Islam: Pembinaan Peribadi Dan Keluarga
Bab 2: Pesekitaran Awal Tamadun Islam: Pembentukan Masyarakat dan Negara Islam
Bahagian Empat: Sistem Nilai dan Institusi dalam Tamadun Islam
Bab 1: Institusi Sosial Dalam Tamadun Islam
Bab 2: Institusi Politik Dalam Tamadun Islam
Bab 3: Institusi Ekonomi Dalam Tamadun Islam
Bahagian Lima: Ilmu Dan Pendidikan dalam Tamadun Islam
Bab 1: Konsep Ilmu Dalam Islam
Bab 2: Konsep Dan Falsafah Pendidikan Islam
Bab 3: Budaya Ilmu Islam
Bab 4: Kepelbagaian Ilmu Dalam Islam
Bab 5: Islam Dan Sains
Bahagian Enam: Cabaran Kontemporari Tamadun Islam
Bab 1: Tamadun Islam Dan Tamadun Barat
Bab 2: Pertembungan Tamadun Islam dan Tamadun Barat
Bab 3: Tamadun Islam Dalam Era Pasca Kolonialisme
Bab 4: Tamadun Islam Dan Globalisasi
Bab 5: Masa Depan Tamadun Islam