<!-- @page { size: 21cm 29.7cm; margin: 2cm } P { margin-bottom: 0.21cm } -->
“Aneh dan menghairankan apabila tidak terdapat pada ayat al-Quran itu sesuatu yang menunjukkan keesaan penciptanya.”
Ini adalah salah satu petikan daripada Ensiklopedia Britannica tentang al-Quran. Ia jelas menyeleweng daripada fakta dan intipati sebenar yang terkandung dalam al-Quran. Malang sekali, ensiklopedia itu dibaca dan dijadikan rujukan oleh para pengkaji al-Quran di seluruh dunia terutama di kalangan orientalis Barat.
Wacana al-Quran menjawab secara terperinci tohmahan yang dibuat oleh orientalis Barat kepada al-Quran. Di samping itu, buku ini memberi gambaran jelas kepada pembaca mengenai al-Quran yang dijadikan panduan oleh setiap umat Islam. Setiap tajuk perbincangan dalam buku ini menghalusi segala dakwaan palsu orientalis yang kemudiannya dihujah kembali dengan fakta-fakta yang cukup bernas. Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami, buku ini diharapkan dapat memberi jawapan bagi setiap tuduhan yang dilemparkan. Penulis mengangkat isu-isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat tentang al-Quran. Kemudian, ia dibahas secara ilmiah dengan menjadikan ilmu berkaitan al-Quran sebagai rujukan utama.
Buku Wacana al-Quran juga menepati sukatan baru subjek Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis (Kertas 3 (931/3) (Usuluddin) bagi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Dr. Zulkifli Mohd Yusoff
Dr. Zulkifli Mohd Yusoff adalah profesor di Jabatan Pengajian al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai profesor pelawat di beberapa buah universiti. Antaranya Universiti Sains Islam Malaysia (2008) dan Universiti Yarmouk, Jordan (2006). Beliau dianugerahkan gelaran Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan DPSK pada tahun 2009. Beliau aktif menulis buku, artikel serta jurnal dalam bidang kepakarannya selain banyak membentangkan kertas kerja dalam seminar di peringkat nasional dan antarabangsa. Antara buku-buku karangan beliau adalah Biografi Muhammad bin Abdullah, Tafsir Ayat-ayat Ahkam dan Kunci Mengenal al-Quran.
Fikri Mahmud
Fikri Mahmud adalah seorang pensyarah di Jabatan Tafsir dan Hadis, Fakulti Usuluddin,
Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia. Beliau berkelulusan MA dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, B.Ed (Hons) dari King Saud University , Arab Saudi dan BA (Hons) dari Akademi Bahasa Arab (AKABAH), Indonesia. Di samping menjawat jawatan sebagai pensyarah, beliau juga adalah setiausaha bagi Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kabupaten Kampar sejak 2007. Kajian beliau mengenai Pandangan Islam Terhadap Keganasan: Analisis Konsep Jihad Dalam Al-Quran dan Sunnah Serta Gerakan Islam adalah antara penyelidikan yang terbaik pernah dihasilkan. Beliau juga seorang yang aktif dalam bidang penyelidikan yang berkaitan dengan al-Quran.
Prof. Dr. Fadal Hassan Abbas
Prof. Dr. Fadal Hassan Abbas dilahirkan di Palestin pada tahun 1932. Beliau kini menjawat jawatan professor di Universiti Sains Islam Antarabangsa, Jordan. Beliau mula dilantik sebagai professor pada tahun 1990 sewaktu bertugas di Universiti Yarmouk, Jordan. Sebelum itu beliau dilantik sebagai Professor Madya di Universiti Jordan, Jordan (1985-1989). Beliau berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti al-Azhar (1952), MA (1967) dan Phd (1972) dalam pengajian tafsir dan ulum al-Quran dari universiti yang sama. Beliau sudah menghasilkan lebih daripada 30 karya dalam bidang tafsir dan ulum al-Quran. Antaranya Ghaza' al-Janan bi Samar al-Jinan: Muhadarat fi Ulum al-Quran (2007), Asalib al-Bayan (2008), Mawsu'ah fi at-Tafsir: Ittijahat wa Manahij (2007), Al-Qiraat al-Quraniyyah wa ma Yata'allaq bi ha (2008) dan Fiqhuna Bayna at-Tasallut wa at-Tawassut (2006).

Paling Popular
Maklumat
Kategori
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







