Penulis : Nik Amran Nik Abdul Rahman, Syed Othman Syed Omar,
Jumlah Muka surat : 192
Sinopsis
Peristiwa berdarah sekumpulan pasukan Rangers tentera Amerika Syarikat di kepung militia Somalia pada tahun 1992 menjadi antara titik hitam dalam sejarah moden tentera Amerika Syarikat.
Peristiwa tersebut juga menyaksikan keegoan mereka tercabar apabila terpaksa meminta bantuan dari negara lain yang kerdil untuk menyelamatkan tentera mereka yang sedang diambang maut. Keperwiraan dan keberanian pasukan tentera Malaysia dibawah bendera PBB ternyata bersinar apabila berjaya melancarkan operasi menyelamatkan anggota US Rangers tgersebut.
Malangnya bagi menutup arang yang terpalit di muka mereka, dunia filem Hollywood telah menerbitkan sebuah filem 'Black Hawk Down' yang mengisahkan peristiwa operasi tersebut dengan mendakwa mereka berjaya menyelamatkan anggota mereka tanpa sebarang bantuan luar.
Melalui buku 'Harimau Malaysia di Somalia' ini Lt Kol Syed Omar Syed Othman (MINDEF) cuba menyorot kembali kisah sebenar operasi menyelamat itu dan bagaimana semangat keperwiraan dan keberanian tentera Malaysia membuktikan bahawa peralatan dan senjata yang canggih bukanlah satu-satunya sumber kemenangan dalam peperangan.