Sedang diproses...

Pengurusan Sekolah

View as: 
List

Dasar Kewangan Pendidikan

: 978-983-5586-80-6

RM27.50
 
RM20.62
-25%

Ada stok

Prakata xiii BAB 1 Dasar dan Alternatif Pembiayaan Pendidikan 1 Pendahuluan 1 Trend Perbelanjaan Pendidikan 2 Perbandingan Peratus Perbelanjaan... More


Fasilitator Efektif dan Dinamik

: 978-967-5226-00-7

RM26.00
 
RM19.50
-25%

Ada stok

Tugas fasilitator mencabar dan apa yang dilakukan adalah kerja profesional. Fasilitator yang cekap dapat memahami dan mengelola keadaan cemas, membantu menjayakan perubahan tingkah laku, menggilap kemahiran daya bertindak dan memperbaiki hubungan. Fasilitator membantu peserta melihat masalah dengan jelas dan mencadangkan penyelesaian mudah yang dapat dilakukan oleh peserta.


Gaya- Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan

: 978-983-3586-23-3

RM27.00
 
RM20.25
-25%

Mengupas pelbagai jenis gaya kepimpinan yang dapat diaplikasikan oleh pemimpin dalam bidang pendidikan supaya berani melakukan perubahan yang positif dan berkesan.

Menghulur Tangan, Memimpin Dunia

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Memimpin sebuah organisasi bukanlah satu  tugas yang mudah. Sungguhpun begitu, bersama gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan visi, kepimpinan  bukanlah satu misi yang mustahil bagi setiap orang yang  mahu  menjadi  seorang pemimpin yang berjaya. Seorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota dalam organisasi itu.
Dalam erti kata lain, kejayaan sebuah organisasi itu adalah kejayaan bersama. Sungguhpun begitu, keberkesanan, ke-unggulan dan kecemerlangan bergantung kepada kepimpinan sebuah organisasi. Hal ini jelas seperti apa yang dikatakan oleh Oliver Wendell Holmes, “Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa yang ada di dalam diri kita.” Jadi, diri pemimpin dan apa yang tersirat di dalam dirinya  adalah penting dalam  manifestasikan nya menjadi sebuah realiti.

Buku kecil ini  mengandungi semua jenis gaya kepimpinan, teori, dan tata cara amalan yang pertama kali ditulis dalam bahasa Melayu. Buku ini ditulis dalam usaha bagi berkongsi ilmu dan pengalaman untuk melahirkan pemimpin yang berjaya kerana kecemerlangan itu dipimpin oleh pemimpin itu sendiri. Justeru, kita harus menerima satu hakikat, bukan semua pemimpin itu adalah pemimpin. Ada dalam kalangan pemimpin yang memerlukan suntikan semangat dan wawasan bagi men-terjemahkan dalam satu bentuk kepimpinan yang tidak terlalu autokratik atau terlalu lembut tetapi satu  kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.  
Dalam hubungan ini,  pepatah Arab berikut  adalah relevan dan dapat dijadikan panduan dalam kepimpinan, “Jika engkau terlalu keras, nanti engkau dipatahkan.  Jika engkau terlalu lembut, nanti engkau diramaskan. Justeru, bertindaklah secara sederhana kerana sederhana itu adalah bijaksana.”
Buku Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan adalah rumusan semua gaya kepimpinan yang dapat membantu dan memberi panduan kepada guru-guru pelatih, guru, pengetua, pemimpin institusi pengajian tinggi dan juga pengurus-pengurus organisasi bagi membina kemampuan dan keupayaan menghulur tangan bagi memimpin dunia organisasi. Dalam hubungan yang sama, bagi masyarakat awam, buku kecil ini mampu menjadi panduan bagi memimpin organisasi tanpa mengira saiz dalam membina kepimpinan yang berkesan dan dihormati.

Harapan kami semoga buku kecil ini mampu menggerakkan dunia organisasi yang lebih besar bagi melihat dimensi kepimpinan dari aspek teori dan amalan dalam melahirkan pemimpin organisasi yang berkesan dan disayangi.

Selamat  Memimpin.
Sidang Pengarang,

Abd. Ghani Abdullah  Ph.D.
Abd. Rahman Hj. Abd. Aziz   MSc
Mohammed Zohir Ahmad  MEd

Tiada stok


Inilah Kurikulum Sekolah
Inilah Kurikulum Sekolah

: ISBN 983-3376-68-1

RM26.00
 
RM19.50
-25%

Ada stok

Penulis : Ishak Ramly,
Jumlah Muka surat : 268


Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah

: 983-3585-58-2

RM22.00
 
RM16.50
-25%

Fokus utama buku ini bagi mendedahkan dan memberi kefahaman kepada pentadbir-pentadbir dan bakal-bakal pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa serta ahli masyarakat mengenai aspek-aspek dalam kepimpinan pendidikan dan pembangunan pelajar di sekolah.

Tiada stok


KEPIMPINAN DAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

: 9789675226564

RM23.00
 
RM17.25
-25%

Ada stok

Buku ini mengupas pandangan dan perspektif alternatif mengenai kepimpinan dan penambahbaikan sekolah dengan tujuan memberi pandangan kontemporari tentang bagaimana melaksanakan penambahbaikan secara efektif.


Kepimpinan Instruktional: Satu Panduan Praktikal

: 978-967-5226-41-0

RM35.00
 
RM26.25
-25%

Ada stok


Kepimpinan Pendidikan di Malaysia
Kepimpinan Pendidikan di Malaysia

: ISBN 983-3376-00-2

RM19.00
 
RM14.25
-25%

Penulis : Yahya Don
Jumlah Muka surat : 180 Pages

Tiada stok


Mengurus Acara Rasmi Sekolah

: 978-983-3586-57-8

RM17.50
 
RM13.12
-25%

Ada stok

Pengalaman penglibatan secara langsung dalam pengurusan acara rasmi di sekolah adalah faktor sebenar yang mencetuskan idea bagi menghasilkan penulisan ini.  Matlamat utama penulisaan ini adalah bagi meningkatkan mutu pengurusan acara-acara tetap tahunan di sekolah.  Hasrat menulis buku ini juga timbul kerana ingin membantu rakan-rakan yang terlibat mengurus acara-acara ini yang sekian lama tercari-cari sumber rujukan.

 

Penulisan buku ini berasaskan maklumat utama yang diperolehi penulis sepanjang mengikuti pengajian di peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia.  Asas kedua adalah pengalaman penulis sendiri yang terlibat secara langsung mengurus acara-acara ini sejak mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam.  Asas seterusnya adalah kemahiran mengurus yang ditimba sepanjang berkecimpung sebagai aktivis persatuan semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  UKM menyediakan segala kemudahan dan bimbingan serta memberikan peluang memantapkan kemahiran mengurus organisasi.

Penulisan buku ini disusun dan diatur menggunakan pendekatan dari umum kepada khusus dengan dimulai oleh konsep pengurusan secara am.  Pendekatan ini dilakukan dengan harapan semua pihak yang terlibat dengan projek ini mendapat gambaran mengenai pengurusan secara menyeluruh.  Ini memudahkan mereka memahami bab-bab seterusnya yang dibincangkan secara terperinci.  Perbincangan seterusnya ditumpukan kepada aktiviti pengurusan projek.  Elemen-elemen pengurusan am diserapkan dalam aktiviti pengurusan projek secara tidak langsung.

1.1Konsep Pengurusan.

Sebenarnya sehingga kini terdapat pelbagai konsep pengurusan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pengurusan yang saling melengkapkan dan memperkayakan maklumat mengenai konsep pengurusan .  Menurut Sashkin dan Morris (1987) pengurusan didefinisikan sebagai mencapai hasil-hasil melalui manusia. Oleh itu, para pengurus merupakan mereka yang bertanggungjawab memastikan semua kerja dilaksanakan dengan berkesan tanpa melakukannya sendiri iaitu dengan mengawasi dan menyelaras terhadap aktiviti-aktiviti pihak lain.  Seterusnya mereka meringkaskan bahawa para pengurus mencapai hasil kerja melalui orang lain dengan membuat perancangan, pengelolaan, pengarahan, penstafan, penyelarasan, pelaporan dan bajet (PODSCORB).

Sementara Griffin (1996) pula menyimpulkan paradigma pengurusan sebagai proses yang melibat pihak pengurusan dalam aktiviti merancang dan membuat keputusan, mengelola, mengarah dan mengawal dengan memanfaatkan sumber manusia, sumber kewangan, sumber fizikal dan sumber maklumat bagi mencapai kecekapan dan keberkesanan seperti yang digambarkan dalam rajah 1.1.  Aktiviti-aktiviti dalam proses pengurusan ini akan diperincikan dalam perbincangan seterusnya.


Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia
Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia

: ISBN 983-3376-14-2

RM20.00
 
RM15.00
-25%

Ada stok

Penulis : Shahril @ Charil Marzuki,
Jumlah Muka surat : 200


Mengurus Disiplin Pelajar
Mengurus Disiplin Pelajar

: ISBN 978-983-3376-67-4

RM23.00
 
RM17.25
-25%

Ada stok

Penulis : Abdullah Sani Yahaya,
Jumlah Muka surat : 252


Mengurus Hal Ehwal Pelajar
Mengurus Hal Ehwal Pelajar

: ISBN 983-3375-17-7

RM31.00
 
RM23.25
-25%

Ada stok

Penulis : Abdullah Sani Yahaya,
Jumlah Muka surat : 336 Pages


Mengurus Kewangan Sekolah - Edisi kedua
Mengurus Kewangan Sekolah - Edisi kedua

: ISBN 978-983-3376-98-8

RM28.00
 
RM21.00
-25%

Ada stok

Penulis : Shahril @ Charil Marzuki,
Jumlah Muka surat : 307 Pages


Panduan Mencari Maklumat
Panduan Mencari Maklumat

: ISBN 983-3376-04-5

RM18.00
 
RM13.50
-25%

Ada stok

Penulis : Yushiana Mansor, Irma Indayu Omar,
Jumlah Muka surat : 155 Pages


Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah

: 978-983-3586-63-9

RM26.50
 
RM19.87
-25%

Kepentingan, keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat dan komunikasi adalah elemen penting yang perlu dimiliki oleh warga pendidik dalam mengharungi dunia tanpa sempadan. Bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang berkesan, Kementerian
Pelajaran Malaysia menyediakan kemudahan infrastruktur Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh sekolah secara berperingkat-peringkat.

Sebahagian besar sekolah-sekolah dibina makmal komputer dalam rancangan Malaysia ke-8 bagi merealisasikan wawasan ini. Pendedahan kepada ICT dilakukan
secara terancang dan sistematik supaya budaya ini dapat diterapkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih praktikal dan positif.

Pembangunan ICT dalam pendidikan dirancang sepuluh tahun akan datang bagi mencapai matlamat meningkatkan infrastruktur ICT, memperluas akses dan ekuiti
kepada kemudahan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan menekankan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Matlamat seterusnya adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan staf sokongan dalam pengurusan pendidikan,
penyelidikan dan pembangunan serta kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat bagi membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

Dalam mengurus makmal komputer, beberapa aspek pengurusan perlu diberi perhatian seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.

Penyelaras Makmal

Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah xii
Komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer.
Sebagai Penyelaras Makmal Komputer, tugas yang ditauliahkan kepada anda perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Memang agak mustahil bagi melaksanakan
semua perkara yang disarankan dalam buku ini, memandangkan Penyelaras Makmal Komputer tidak ‘seistimewa’ Penyelaras Media yang mempunyai waktu mengajar
terbatas.

Adalah diharapkan kehadiran buku ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada warga pendidik khususnya yang diamanahkan bagi mengurus, mengendali dan mentadbir
makmal komputer sekolah. Sebagai penyelaras makmal komputer, buku ini bolehlah dijadikan ringkasan rujukan dan panduan supaya makmal komputer di sekolah anda
beroperasi dalam keadaan sistematik dan teratur.

Tiada stok