Penulis : Abdullah Sani Yahaya,
Jumlah Muka surat : 336 Pages
Sinopsis
Panduan kepada para pentandbir sekolah dalam mengurus pelajar bermula daripada cara mengurus disiplin pelajar sekolah, asrama, kokurikulum sehingga kepada mengurus skim pinjaman buku teks sekolah.
Buku Mengurus Hal Ehwal Pelajar adalah catatan pengalaman penulis semasa beliau bertugas sebagai guru. Semua titipan itu adalah suatu pengetahuan yang diharungi bersama mereka yang pernah bertugas dalam perkhidmatan perguruan.
Saat-saat anda ditugaskan mengurus pelajar di institusi pendidikan adalah kejutan yang semua orang tidak dapat me-mahami apa yang anda perlu lakukan. Penulis meletakkan tujuan awal penulisan ini adalah membantu rakan dan taulan, sahabat dan kenalan yang mungkin di suatu ketika nanti, akan ber-tanggungjawab mengurus pelajar.
Mengupas lanjut berkenaan buku ini, penulis ingin menyarankan kepada semua pendidik, mahasiswa dan pelajar supaya terus mengenali lebih mendalam berkenaan tugas secara peribadi. Ilmu yang dicari bersandarkan kemampuan intelek dapat menjadikan kerjaya yang dipilih lebih menyeronokkan dan berkesan.
Di dalam buku ini, penggunaan perkataan 'Hal Ehwal Pelajar' (HEP) juga membawa maksud 'Hal Ehwal Murid' (HEM).
Buku ini mengandungi 20 bab yang ditulis berasaskan bidang jawatan penolong kanan Hal Ehwal Pelajar di sekolah. Penulis berharap pengetahuan ini dapat disebarluaskan kepada mereka yang berminat dan ingin tahu berkenaan kerjaya seperti ini.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1
1 Mengurus Hal Ehwal Pelajar
2 Mengurus Dokumen Pelajar dan Takwim
Sekolah
3 Memantau Sekolah
Bahagian 2
4 Disiplin dan Masalah Pelajar Sekolah
5 Pelbagai Bentuk Perancangan Disiplin
Sekolah
6 Cara Menangani Masalah Disiplin
di Sekolah
Bahagian 3
7 Bimbingan dan Kaunseling
8 Bagaimana Kaunselor Dapat Membantu?
9 Kerjaya Pelajar
10 Keperluan Motivasi Pelajar
Bahagian 4
11 Mengurus Kokurikulum
12 Pasukan Unit Beruniform
13 Prosedur Penubuhan Persatuan dan
Cara Mengurusnya
14 Merancang dan Mengendali Sukan Sekolah
Bahagian 5
15 Mengurus Asrama Sekolah
16 Mengurus Kebajikan Pelajar
17 Mengurus Skim Pinjaman Buku Teks
18Kajian Kes Penggunaan
Buku Teks Sekolah
19 Menubuhkan Koperasi Sekolah dan
Cara Mengurusnya
20 Mengurus Kewangan Sekolah
Lampiran
Bibliografi
Indeks