Penulis : Wan Hassan Wan Ismail Jumlah Muka surat : 140
Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.
Bidang Perancangan Bandar dan Desa saling berkait dengan seni bina, kejuruteraan, alam sekitar, landskap, pentadbiran dan sosial.
Tujuan buku ini ditulis adalah bagi memberi panduan dan kefahaman ringkas berkenaan kerjaya sebagai pegawai perancang bandar dan desa di samping aktiviti berkaitan yang dilakukan oleh pegawai itu supaya pelajar yang ingin memilih kerjaya ini dapat memahaminya dengan baik.
Ramai pelajar tersilap memilih bidang kerjaya yang menyebabkan mereka menyesal ataupun bertukar kerjaya kerana tidak berminat walaupun lulus peperiksaan. Kesilapan memilih juga adalah risiko bukan sahaja kerana pelajar banyak menghabiskan masa dalam bidang yang tidak diminati, tetapi juga ibu bapa yang rugi daripada segi kewangan kerana membayar yuran mereka. Akhirnya mereka tidak mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dikeluarkan.
Kerjaya Sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa. Buku ini juga bertujuan memberi maklumat berkenaan perkhidmatan perancangan bandar dan desa, organisasi perancangan, tugas pegawai perancang, kelayakan serta cabaran dalam bidang perancangan kepada pelajar, ibu bapa dan orang awam supaya mereka memahami dengan lebih baik.
Buku ini memberi fokus pada tugas pegawai perancang dalam pelbagai peringkat kerajaan khasnya peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Manakala maklumat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan tugasnya diberi dengan terperinci bagi memudahkan pelajar memahaminya dan dapat membayangkan suasana kerja dan skop kerja selepas mendapat kerja.
Buku ini mempunyai 7 bahagian dan 18 bab ringkas. Ia dimulakan dengan sejarah kerjaya dan perancangan bandar dan desa, kelayakan dan syarat bagi membolehkan pembaca menjadi pegawai perancang bandar, institusi yang menawarkan kursus dan cara memohon, peluang kerjaya, gaji, lantikan, prospek kerja, bidang tugas dan organisasi perancangan.
Bab-bab lain yang dimasukkan ke dalam buku ini adalah akta-akta yang berkaitan seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Akta Perancang Bandar 1995, rancangan pemajuan dan pembangunan serta dasar perbandaran negara bagi membolehkan para pelajar dan pengamal mendapat maklumat terkini.
Tidak ketinggalan juga, maklumat tambahan seperti tokoh perancang, keahlian profesional dan cabaran kerjaya yang dapat memberi gambaran kepada pelajar mahupun yang sudah menjawat jawatan pegawai perancang dalam menguruskan profesionalisme ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang.
Buku ini dapat dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin menjadi pegawai perancang bandar dan desa. Malah mereka yang sudah lulus dan bekerja sebagai pegawai perancang boleh merujuk buku ini kerana maklumat tambahan adalah lengkap.
Isi Kandungan
Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Sejarah dan Pengenalan Bab 1: Sejarah Kerjaya Bab 2: Definisi dan Pengenalan Kerjaya
Bahagian 2: Kelayakan dan Institusi Berkaitan Bab 3: Syarat dan Kelayakan Bab 4: Biasiswa dan Pinjaman Bab 5: Institusi Berkaitan Bab 6: Cara-cara Memohon
Bahagian 3: Peluang Kerjaya Bab 7: Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Bab 8: Skala Gaji dan Elaun Bab 9: Faedah dan Kelebihan
Bahagian 4: Bidang Tugas Bab 10: Bidang Tugas
Bahagian 5: Organisasi Berkaitan Bab 11: Organisasi Berkaitan
Bahagian 6: Maklumat Tambahan Bab 12: Tokoh Bab 13: Keahlian Profesional Bab 14: Personaliti yang Perlu Ada Bab 15: Akta yang Berkaitan Bab 16: Rancangan Pemajuan Bab 17: Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat serta Dasar Perbandaran Negara