Penulis : Mohd. Ismail Mustari,
Jumlah Muka surat : 224 Pages
Sinopsis
Buku ini bertujuan membantu belia dan pelbagai pihak yang berkaitan menggilap potensi intelek, fizikal, emosi, dan spiritual belia. Kehebatan tokoh-tokoh yang ditonjolkan di dalam buku ini daripada sudut ilmu pengetahuan, sikap sedia berkorban dan keyakinan tinggi sewajarnya dihayati oleh belia. Buku ini sesuai dibaca oleh para belia, pendidik, pegawai belia dan sukan, pegawai kerajaan, kaunselor, pemimpin masyarakat, ibu bapa dan masyarakat umum.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya buku Menjadi Belia Cemerlang ini dapat diselesaikan juga. Penulis mengambil masa yang agak lama dalam usaha menyiapkan buku ini bagi mengenal pasti masalah sebenar yang mengekang usaha melahirkan belia cemerlang. Penulis menggunakan pelbagai cara dan pendekatan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi memahami masalah para belia pada masa kini.
Penulis pernah menghabiskan masa berlonggok dengan belia-belia kampung selama berminggu-minggu pada waktu malam di kawasan-kawasan sunyi dan gelap yang mereka jadikan sebagai tempat mereka berkumpul. Tujuan penulis berbuat demikian adalah bagi mengetahui perkara yang menjadi bualan mereka bersama.
Selepas penulis meneliti dan mengamati para belia berkenaan, penulis tergerak mengambil Ijazah Peringkat Sarjana (M.A) dan membuat penyelidikan berkait dengan belia cemerlang daripada perspektif Islam. Buku ini dipersembahkan apabila penulis rasa terpanggil berkongsi pengalaman bagi menyemai benih dan melahirkan belia cemerlang dalam usaha memperkasa masyarakat.
‘Belia umpama berlian’. Mereka merupakan aset mahal bagi mana-mana negara. Mereka adalah golongan dominan dan berpengaruh, kuat dan berdaya tahan. Pelbagai harapan dan cabaran bertumpu pada golongan ini. Oleh sebab itu, peribadi mereka perlu diberi persediaan, dibimbing dan dilentur sebaik mungkin supaya aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi mereka subur dan seimbang.
Tanggungjawab menyediakan, membimbing dan melahirkan belia cemerlang adalah tanggungjawab kita bersama. Kekuatan agama, akal, emosi dan fizikal para belia perlu digilap secara terus-menerus supaya empat aspek penting ini mantap dan mapan. Pelbagai teori dan pengalaman dikemukakan dalam buku ini bagi menterjemahkan belia cemerlang sebagai pelapis agama, bangsa dan negara.
Penulis juga mengucapkan terima kasih pada para pemikir belia kerana dengan hasil kajian, penulisan dan idea mereka, penulisan buku ini dapat dimantapkan lagi.
Mudah-mudahan buku ini dapat menjadi panduan bagi para pembaca dan seluruh umat Nabi Muhammad bagi memartabatkan maruah insan dengan segala kelebihan yang Allah anugerahkan. Seterusnya kepada para pembaca, penulis mohon maaf atas kelemahan dan kekurangan yang ada di dalam buku ini.
Isi Kandungan
Kandungan
Prakata
Pendahuluan
Bahagian I: Belia, Definisi dan Huraian
1 Apa itu Belia?
2 Belia Menurut Sarjana Islam dan Barat
3 Ciri-ciri Belia Cemerlang
Bahagian II: Tokoh-tokoh Belia Islam Berjaya
4 Tokoh 1: Usman bin Affan
5 Tokoh 2: Ali bin Abi Talib
6 Tokoh 3: Saad bin Abi Waqas
7 Tokoh 4: Khalid al-Walid
8 Tokoh 5: Imam Hanafi
9 Tokoh 6: Imam Syafie
10 Tokoh 7: Imam Ghazali
11 Tokoh 8: Ibnu Khaldun
12 Tokoh 9: Jaafar bin Abi Talib
13 Tokoh 10: Usamah bin Zaid
14 Tokoh 11: Umar bin Abdul Aziz
15 Tokoh 11: Malik Ben Nabi
16 Tokoh 12: Ibnu Sina
17 Kesimpulan
Bahagian III: Belia dan Kemahiran yang Diperlukan
18 Mahir Amalan Rohani dan Mengurus Diri
19 Mahir Sosial dan Organisasi
20 Mahir Memimpin, Komunikasi dan Dakwah
Bahagian IV: Sahsiah dan Perkembangan Belia
21 Memahami Perkembangan Sahsiah Belia
22 Teori Perkembangan Sahsiah
23 Faktor Pengaruh Sahsiah
Bahagian V: Kajian Masalah Belia
24 Kajian yang Berkait dengan Masalah Belia
25 Faktor Keruntuhan Akhlak Belia
26 Keperluan Membentuk Belia Cemerlang
27 Pandangan dan Cadangan
Penutup
Bibliografi
Indeks

Paling Popular
Maklumat
Kategori
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







