Penulis : Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd Sharani Ahmad,
Jumlah Muka surat : 304
Sinopsis
Buku ini mencadangkan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh daripada segi fizikal, persepsi, intelek, bahasa, sosial, emosi dan moral. Tumpuan khas juga diberikan kepada teknik dan bahan pengajaran yang menyokong Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungannya dapat dimanfaatkan oleh guru prasekolah dan pembantunya serta mereka dalam bidang ini.
Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Belajar sambil bermain adalah aktiviti semula jadi bagi kanak-kanak. Apabila aktiviti bermain dikukuhkan dengan suasana yang merangsang pembelajaran melalui penerokaan dan perbincangan bersama orang dewasa yang berpengetahuan, kanak-kanak dapat mencapai perkembangan yang optimum.
Buku Panduan Kurikulum Prasekolah ini ditulis bertujuan membantu guru dan pembantu guru prasekolah menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran serta menyokong proses pembelajaran kanak-kanak berasaskan prinsip dan falsafah pengajaran-pembelajaran untuk kanak-kanak sebelum bermula pengajaran formal di sekolah rendah. Buku ini mencadangkan aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh daripada segi fizikal, persepsi, intelek, bahasa, sosial, emosi dan moral. Tumpuan khas juga diberikan kepada teknik dan bahan pengajaran yang menyokong Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku ini adalah hasil usaha mengumpul pengalaman guru yang berpengalaman di Makmal Perkembangan Kanak-Kanak di Universiti Putra Malaysia dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang terdapat pada pensyarah, pelajar, guru ataupun ibu bapa yang berminat mencari strategi yang sesuai bagi merancang teknik pengajaran dan pembelajaran, menyususn aktiviti sera menyediakan bahan pembelajaran untuk kanak-kanak di peringkat awal.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1
Bab 1 Falsafah, Pendidikan Dan Kurikulum Prasekolah (Rohani Abdullah, Putri Zabariah Abdul Rahman dan Nani Menon)
Bab 2 Kurikulum Berintegrasi Dan Perkembangan Kanak-Kanak (Rohani Abdullah)
Bab 3 Pengajaran Dan Pembelajaran Bertema
(Nani Menon)
Bab 4 Pengurusan Ruang Dan Pusat Pembelajaran
(Nani Menon dan Rohani Abdullah)
Bab 5 Komputer Sebagai Alat Rangsangan Pembelajaran (Rohani Abdullah dan Rosazizi Abdul Rahim)
Bab 6 Pengurusan Kelas Dan Peraturan Umum Kanak-Kanak (Nani Menon)
Bab 7 Jadual Dan Rutin Kelas (Nani Menon dan Rohani Abdullah)
Bahagian 2
Bab 8 Pertumbuhan, Perkembangan Fizikal
Dan Kesihatan Kanak-Kanak (Nani Menon dan Halim Masnan)
Bab 9 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Prasekolah (Nani Menon dan Rohani Abdullah)
Bab 10 Penguasaan Konsep Asas Matematik
(Rosazizi Abdul Rahim dan Nani Menon)
Bab 11 Bahasa, Kemahiran Berkomunikasi Dan Literasi Awal Pemantapan Sosioemosi
(Rohani Abdullah dan Nani Menon)
Bab 12 Pemantapan Sosioemosi Kanak-Kanak
(Mohd. Sharani Ahmad)
Bab 13 Kreativiti Dan Nilai Estetika Kanak-Kanak
(Narimah Badau dan Nani Menon)
Bab14 Muzik Dan Pergerakan
(Liew Ai Len dan Nani Menon)
Bab 15 Pendidikan Moral
(Jayaletchumi Mottan dan Halim Masnan)
Bab 16 Pendidikan Agama Islam
(Halim Masnan)
Bahagian 3
Bab 17 Kurikulum Inklusif Kanak-Kanak Istimewa
(Jayaletchumi Mottan)
Bab 18 Komuniti Dan Kemudahan Awam
(Salmina Sulaiman)
Bab 19 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Anak (Rosazizi Abdul Rahim dan Mohd. Sharani Ahmad)
Bab 20 Penilaian Dan Rekod Perkembangan Murid
(Putri Zabariah Megat Abdul Rahman dan Rohani Abdullah)
Bab 21 Peralihan Ke Alam Persekolahan Formal
(Mohd. Sharani Ahmad)
Lampiran
Biodata