Penulis : Jamila K.A. Mohamed,
Jumlah Muka surat : 158 Pages
Sinopsis
Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.
Persoalan tentang pendidikan khas mendapat tempat dalam dunia pendidikan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
Hak bagi individu dengan keperluan khas sentiasa diper-juangkan termasuk hak dalam bidang pendidikan. Keprihatinan masyarakat dalam bidang pen-didikan khas semakin terserlah. Namun begitu, perjuangan dalam bidang ini tidak pernah selesai kerana bidang ini merangkumi pelbagai aspek termasuk bidang teknologi.
Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.
Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas, dengan mudah sahaja lontaran stigma diberi kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pem-belajaran.
Timbul berbagai-bagai istilah negatif yang bukan sahaja menyebabkan murid patah semangat belajar tetapi menjurus kepada masalah yang lebih besar, terutamanya masalah disiplin. Kanak-kanak juga dilabelkan sebagai bodoh, malas, degil, tidak mahu mengikut arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mencapai apa yang diharap oleh guru.
Oleh kerana itu, buku ini dihasilkan bagi memberi pendedahan kepada semua pihak, sama ada ibu bapa, guru ataupun pihak yang ingin mengetahui tentang dunia kanak-kanak dengan keperluan khas.
Penekanan utama di dalam buku ini adalah dalam aspek ciri-ciri kanak-kanak khas serta keperluan pembelajaran mereka.
Buku ini dapat dijadikan panduan kepada semua pihak dalam mengenal pasti kanak-kanak dengan keperluan khas supaya mereka lebih jelas dengan keadaan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu. Terutamanya bagi masalah yang tidak ketara dalam bentuk fizikal.
Dengan adanya panduan ini, diharapkan lebih ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dapat dikenal pasti supaya intervensi dapat dilaksanakan secepat mungkin.