Sedang diproses...

Buku-buku Buat Duit

View as: 
List

Bisnes Internet: Bina. Upload. Urus

: 978-967-5226-37-3

RM14.00
 
RM10.50
-25%

Ada stok

“Dapatkan rahsia bagaimana anda boleh membangunkan bisnes Internet dalam tempoh 24 sahaja”

Adakah anda berminat menjana pendapatan melalui internet?
Adakah membina laman web bisnes masalah kepada anda?
Adakah kita pernah menghadiri kursus bisnes internet tetapi masih kabur tentangnya?

Melalui buku ini, anda didedahkan dengan panduan lengkap bagaimana hendak memulakan bisnes internet. Di samping itu, turut diterangkan sistem-sistem yang diperlukan bagi membolehkan kita berurus niaga melalui internet. Ia memberi jawapan yang membolehkan anda mengatasi masalah yang berkaitan dalam memulakan bisnes internet.
Tekun dan berdisiplin adalah faktor utama bagi berjaya dalam bisnes internet. Internet membuka ruang kepada kita bagi mempromosikan produk ke peringkat global tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis dalam menjayakan bisnes internet. Dapatkan maklumat lanjut dengan layari http://www.niagainternet.com


Buat Duit Dari Rumah
Buat Duit Dari Rumah

: ISBN 983-3585-26-4

RM25.00
 
RM18.75
-25%

Ada stok

Penulis : Mohd Rozani Pawan Chek,
Jumlah Muka surat : 277 Pages


Buat Duit dengan Blog

: 978-967-5226-09-0

RM14.50
 
RM10.87
-25%

Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka.

Tiada stok


Buat Duit Dengan Cacing Tanah

: 978-967-5226-17-5

RM15.50
 
RM11.62
-25%

Ada stok

Ternakan Cacing Tanah secara komersil mula diperkenalkan di Malaysia pada sekitar tahun 80-an atas inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia. Cacing Tanah adalah haiwan yang bertanggungjawab mengurai bahan organik reput dengan pantas dan menjadikan tanah kembali subur. Apa yang lebih menarik, proses penyuburan berlaku secara seimbang tanpa melibatkan sebarang pencemaran kepada ekologi dan alam sekitar.

Cacing Tanah bertindak menghasilkan vermikompos yang digelar ‘Emas Hitam’ dan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Cacing Tanah bekerja untuk anda dan menghasilkan wang walaupun ketika anda tidur.


Buat Duit Dengan Cendawan

: 978-983-3585-89-2

RM13.50
 
RM10.12
-25%

Ada stok

Siri Buat Duit menerangkan cara menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah, murah dan cepat. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan.

Mengandungi panduan yang lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes. Diterangkan dengan format yang mudah difahami, pembaca boleh terus membuka bisnes selepas tamat membaca.

Sektor pengusahaan cendawan semakin mendapat permintaan. Ramai yang masih menganggap proses menanam cendawan rumit. Sebenarnya ia mudah serta senang dijaga. Anda boleh mulakan projek di kawasan rumah dengan permulaan modal kurang daripada RM1,500 dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip.

Turut dimuatkan langkah-langkah membiakkan cendawan yang mudah, lengkap dengan panduan pelan projek dan susunan rak memudahkan lagi anda untuk memulakan bisnes ini.


Buat Duit dengan Cenderamata Korporat

: 978-983-3585-70-0

RM14.00
 
RM10.50
-25%

Ada stok

 

Kemeja-T, tuala, topi, pen, diari, buku nota, beg kertas, beg seminar dan sebagainya adalah antara cenderamata korporat yang mampu menghasilkan keuntungan yang lumayan. Bisnes ini tidak memerlukan modal yang tinggi. Dengan modal serendah RM500, anda sudah boleh menjalankan bisnes bila-bila masa sahaja.

Ikuti rahsia Buat Duit dengan Cenderamata Korporat yang dikutip daripada temu bual dengan usahawan-usahawan yang hidup mewah dalam bidang ini. Sifat dan cara kerja bisnes cenderamata yang dipaparkan memudahkan pembaca menambah pendapatan sampingan dan mula berbisnes sebaik selesai membaca buku ini.

Mulakan dengan projek pertama, keuntungan akan diterima sebaik selesai projek.

 

 


Buat Duit Dengan Foto

: 978-967-5226-22-9

RM14.50
 
RM10.87
-25%

Ada stok


Buat Duit dengan Ikan Keli

: 978-983-3586-93-6

RM14.00
 
RM10.50
-25%

Ada stok

Siri Buat Duit menerangkan cara menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah, murah dan cepat. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan.

Mengandungi panduan yang lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes. Diterangkan dengan format yang mudah difahami, pembaca boleh terus membuka bisnes selepas tamat membaca.

Pada masa kini, pihak kerajaan menggalakkan rakyat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Pelbagai insentif dan kemudahan disediakan bagi membantu rakyat menceburkan diri dalam pertanian.

Sektor ternakan ikan air tawar semakin mendapat permintaan ramai terutama ikan keli kerana harganya lebih murah dan rasanya yang sedap. Selain mudah dibiakkan, cepat membesar dan tahan lasak ia boleh dimulakan dengan modal rendah. Turut menyentuh berkenaan pemakanan, penjagaan dan pengurusan bagi rujukan penternak dan juga bakal penternak. Rebutlah peluang ini dengan menjana pendapatan dengan ikan keli.


Buat Duit Dengan Jual Pakaian

: 978-967-5226-23-6

RM13.50
 
RM10.12
-25%

Ada stok

Bisnes jual pakaian menyediakan pelbagai jenis pakaian dewasa dan kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan. Bisnes mudah ini mampui dilakukan oleh semua golongan yang bekerja ataupun suri rumah. Empat cara bisnes jual pakaian dengan modal yang rendah adalah:

- Dari rumah ke rumah

- Kawasan Tumpuan

- Pasar Malam

- Secara online

 


Buat Duit Dengan Lembu

: 978-967-5226-26-7

RM14.00
 
RM10.50
-25%

Ada stok

Buku ini pernah diterbitkan dengan judul Siri Mula Bisnes Lembu.

Malaysia mengimport lembu dari Australu hampir 6 000 ekor sebulan yang menelan belanja hampir RM10 juta hingga RM120 juta sebulan. Kenapa tidak kita sendiri yang menjadi pembekal kepada negara?

Walaupun nampak remeh, tetapi bisnes lembu ini mendatangkan pulangan yang lumayan. Buku ini memberi gambaran jelas cara membuka bisnes lembu termasuk penternakan, penjualan dan juga menjual daging lembu.

Kita boleh memilih sama ada ingin menternak, menjual atau kedua-duanya. Semua jenis in diceritakan secara terperinci daripada segi modal, keperluan, keuntungan, cara memulakan bisnes dan berbagai-bagai perkara penting yang perlu kita tahu. Mulakan dengan kecil-kecilan dan jika ingin mengembangkan bisnes, rujuk semula buku ini bagi mengetahui cara mendapatkan pembiyaan.


Buat Duit dengan MLM

: 978-983-3586-34-9

RM18.00
 
RM13.50
-25%

Ada stok

Ketahui cara menjadi menjadi orang biasa yang mendapat pendapatan luar biasa.

 

Industri MLM mencatat untung pada tahun 1998 dengan jumlah jualan sebanyak RM3.8 bilion. Ia mendorong rakyat Malaysia menceburi bidang MLM bagi menjadi jutawan dan menjanjikan pulangan lumayan untuk usahawan yang mengambil langkah tepat dalam bisnes MLM. Ketahui 52 rahsia menjadi usahawan MLM yang berjaya.

 

Antara rahsianya adalah:

  • Mengenali syarikat

  • Mengkaji pelan pemasaran

  • Mengeluarkan modal

  • Melakar pelan pendapatan bulanan

  • Sentiasa menghubungi upline

  • Hindari 6 perkara

  • Membina rangkaian jualan

  • Menghargai orang lain

  • Prinsip 5S

 

Gaya penulisan yang bersahaja dengan contoh semasa akan membuat anda membaca dan seterusnya bersetuju mempraktikkannya.


Buat Duit Dengan Restoran

: 978-967-5226-27-4

RM15.50
 
RM11.62
-25%

Ada stok

Sekiranya kita tahu apa jenis restoran yang mahu dimulakan, mulakan langkah dengan membaca buku ini. Lengkap dengan maklumat asas yang diperlukan bagi memulakan bisnes penyediaan makanan khasnya memulakan bisnes restoran. Guna kreativiti kita dan cantumkan idea bagi menjadikanya bisnes restoran yang istimewa ciptaan sendiri. Apa yang penting, ikut kehendak pelanggan dan kita akan hasilkan duit darinya.

Juga dimuatkan langkah-langkah yang sepatutnya diambil bagi melancarkan aktiviti membangunkan restoran, pengendalian operasi restoran, susun atur yang disukai oleh pelanggan dan pengurusan pentadbiran. Turut dikongsi maklumat berkenaan sumber-sumber pinjaman bagi mengembangkan bisnes kita.


Buat Duit Dengan Tuisyen

: 978-967-5226-14-4

RM15.50
 
RM11.62
-25%

Ada stok

Modal: RM50 – RM200
Lokasi: Rumah / Pusat Tuisyen
Masa: 4 - 6 jam seminggu
Bayaran diterima: RM300 – RM3,000 sebulan


Tuisyen ialah sesi pembelajaran tambahan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Selain belajar di dalam kelas di sekolah, ibu bapa dan pelajar melihat ada keperluan bagi mendapatkan sesi pembelajaran tambahan. Ini bagi mengukuhkan pengetahuan dalam subjek-subjek yang sedang dipelajari.

Secara umumnya, ada tiga cara tuisyen memberikan pendapatan:
1.Mengajar tuisyen di rumah pelajar.
2.Mengajar tuisyen di rumah sendiri.
3.Menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen.

Panduan lengkap bagaimana hendak bermula dan bagaimana hendak menjana duit dengan tuisyen. Ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan juga berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa guru tuisyen yang berjaya.


Buat Duit Sebagai Ejen Insurans dan Takaful

: 978-967-5226-24-3

RM16.50
 
RM12.37
-25%

Ada stok


Internet Marketing dengan Facebook, Myspace dan Twitter

: 978-967-5226-39-7

RM16.50
 
RM12.37
-25%

Ada stok

“Sebelum ini, ia dianggap aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Kini ramai yang mula sedar kehebatannya sebagai medium terbaik internet marketing.”

Facebook, Myspace dan Twitter adalah laman web social networking yang merangkumi pelbagai peringkat komunikasi. Ia menekankan kepada kerjasama online dan perkongsian antara pengguna. Rangkaian sosial ini adalah medium yang mampu memasarkan bisnes anda ke satu tahap yang menguntungkan.

Lengkap dengan penerangan bagaimana ingin menyertai laman web social networking ini. Turut diterangkan secara terperinci, teknik dan strategi pemasaran yang efektif. Miliki buku ini kerana ia adalah rujukan terbaik bagi anda mempertingkatkan bisnes internet anda.

 

Ulasan

*****

12-03-2009, 12.19 PM

"Dengan satu harga terdapat berbagai doa yang dihimpun untuk bacaan pembeli.
Pendekatan yang baik."

New post

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.