Hubungi Kami
To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.
Terlupa kata laluan?
Troli kosong
: 978-983-3892-24-2
Ada stok
PTS Litera Sdn Bhd
Jauhari, lahir dalam masyarakat Minangkabau yang kuat memegang adat sewaktu berkembangnya gerakan Ulama dalam tempoh masa 1800-1830an. Sebagai ketua gerakan Ulama yang bermimpi membangun masa depannya, dia bernikah dengan Nilam, seorang guru mengaji yang dikaguminya. Namun, mimpi itu menjadi mimpi ngeri kerana satu kumpulan jahat yang menyebabkannya diusir keluar dari kampung.
: 978-983-3892-28-0
Bidadari-Bidadari Surga bercerita tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta) di Lembah Lahambay agar adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka, meski ia harus bekerja diterik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta dimalam hari menganyam rotan, meski pada dasarnya keempat adik-adiknya tersebut berasal dari darah yang berbeza dengan dirinya.
: 978-983-3603-63-3
PTS Millennia Sdn Bhd
Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa. Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.
: ISBN 983-3604-82-X
Penulis : Maya Iris Jumlah Muka surat : 576
: 978-983-3892-29-7
Mengisahkan Aliff yang ingin membalas dendam kepada Anding, teman lelaki Rina, adik perempuannya yang menyebabkan kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga menyebabkan Rina koma dan cacat kakinya. Ini menjadikan Aliff berdendam pada Anding dan bertekad mahu membalas segala kesedihan yang dilalui dan dia mahu Anding merasai segala kesedihannya. Aliff cuba memikat Murni, adik Anding. Niat awalnya mahu membalas dendam akhirnya bertukar menjadi cinta dan sayang apabila Murni seorang isteri yang patuh dan baik. Tatkala Aliff mengakui cintanya pada Murni, rahsianya terbongkar. Murni kecewa apabila mengetahui niat sebenar Aliff mengahwininya. Murni melarikan diri daripada Aliff. Akhirnya setelah banyak liku yang dilalui, Murni mengakui kejujuran Aliff dan kembali kepada Aliff.
: 9789833892440
Siti Musalmah, selepas kematian ibu, dia tetap menyandang pesan dan nasihat ibunya bagi kemakmuran diri. Lalu dengan hanya kemampuan membaca kitab, dia berhijrah ke kota bagi mencari bahagia, juga bagi menemui Hamzah, lelaki yang mengajarnya mengenal huruf. Di kota, ujian baru datang bertimpa-timpa. Apatah lagi pada saat dia berjaya menemui Hamzah, hanya untuk mengetahui, dia terbenam dalam masalah yang lebih berat, menyinggung hati dan kasih. Lalu hanya kepada Tuhan dia memohon, dia berdoa.
: 978-983-3892-20-4
Kisah isnpirasi selepas tsunami di Acheh. Sebuah kisah kehidupan yang diceritakan daripada pandangan seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun.
Tiada stok
: 978-967-5136-05-4
PTS Fortuna Sdn Bhd
Sazali begitu setia dengan cintanya pada Rahayu. Mereka menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah lagi. Sazali sering memberikan kata-kata semangat kepada Rahayu supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, Rahayu mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Sazali berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti manakala Rahayu hanya bekerja sebagai pembantu di kedai perabot milik sepupunya, Jazlan.
Sikap Rahayu berubah sejak bekerja di kedai perabot itu. Hubungan Rahayu dengan Jazlan juga kian rapat sejak Sazali melanjutkan pelajaran di universiti. Akhirnya Rahayu berkahwin dengan Jazlan. Tarikh perkahwinannya sama dengan hari konvokesyen Sazali di universiti. Sazali datang juga pada majlis perkahwinan Rahayu bagi mengucapkan tahniah kepadanya.
Rahayu tetap bertahta di hati Sazali. Walau bagaimanapun, akhirnya Sazali memilih Fatimah, rakan sekampungnya, yang juga rakan sekampusnya. Gadis bertudung labuh ini pernah ditemui dalam mimpinya selepas melakukan solat istikharah. Hanya Tuhan yang Tahu… jodoh pertemuan ditentukan oleh-Nya.
: 9789673660117
Keluarga atau agama?
Mengapa sampai perlu memilih? Dia mencintai kedua-duanya. Keluarga dan agama yang dibawa kekasih Allah itu. Tetapi cinta juga bererti pengorbanan.
Namun untuk sekali ini, dia berharap tidak perlu memilih. Tidak perlu ada pengorbanan.
Cahaya itu datang sejak sekian lama. Bersinar terang menerangi relung hati. Puvanes mahu menjadi Norjannah. Tetapi, bagaimana dengan hati seorang ibu? Bukankah Islam juga mengajar, syurga itu di bawah telapak kaki ibu?
: 978-983-3604-71-5
Ibaraki, atau lebih tepatnya perdaerahan Hitachi di tanah Sakura; tempat seorang pelajar Malaysia mendalami ilmu kejuruteraan mengambil tempat sebagai lokasi penceritaan. Bandar Hitachi; sebuah daerah di timur kotaraya Tokyo, bersempadan dengan laut, bukit-bukau yang hijau, tasik membiru menjadi latar sebuah permulaan percintaan, Umar Thilmisani dan Ayumi.
: 978-983-3892-69-3
Memang sudah tidak ada lagi yang peduli terhadap surau itu. Dibiarkan dimamah usia dan nyaris roboh. Hanya Ibrahim seorang sahajalah yang berjuang... More
: 978-983-3892-81-5
"Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan... More
: 978-983-3892-19-8
Kalam Cinta daripada Tuhan merupakan suatu kisah yang gambarannya menyentuh kalbu, dan berkisar pada perkara yang berlaku pada masa ini. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan mahasiswa-mahasiswa di Universiti Islam Negeri (UIN), Indonesia.
Kisah cinta yang melanda para mahasiswa tanpa terjebak dalam nafsu dan syahwat haiwani, tetapi berorientasikan makna cinta dan kehidupan. Kisah cinta dihuraikan dalam perilaku-perilaku yang bermoral, memanfaatkan cinta sebagai semangat hidup untuk terus berjuang dan berkarya, dan mengaplikasikan kesejatian cinta. Masalah yang melanda tokoh utamanya, Jony, biasa terjadi kepada kebanyakan pelajar. Masalah cinta dan jati diri, masalah biasiswa dan wang kiriman, masalah masa hadapan, dan sebagainya.
Gambaran tentang keadaan sekililing, rumah sewa yang padat dengan penyewa dan keakraban para penghuninya sungguh realistik. Juga gurauan, ungkapan, dan amalan para pelajar di rumah sewa. Latar belakang cerita UIN Ciputat juga sangat jelas dan mudah difahami, seolah-olah hasil suatu penelitian yang serius atau yang diambil daripada pengalaman langsung. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi juga segi sejarah dan falsafahnya. Daripada semua itu, yang paling menyenangkan adalah rujukan-rujukannya, cukup terperinci dan argumentatif.
Semangat tauhid juga sangat kental dalam novel ini. Diceritakan dengan cara yang memukaukan dalam bingkai kisah pergolakan batin seorang insan. Mengurai sesuatu berlandaskan agama Islam dengan cara yang mudah dan sederhana, dan memotivasi diri setiap pembaca. Menggerimiskan kalbu dan menghidupkan akal.
: 978-983-3604-34-0
APAKAH makna sebenar sebuah CINTA? Persoalan itu sering singgah mengetuk pintu hati. Hisham Izzudin yang keliru. Antara kasih suci terhadap Nur Aisyah dan egonya ingin memiliki hati Suhailah. Kerana keliru itu juga dia diterjah pada kemelut yang menggugah rasa. Kalau benar Suhailah yang di hati, wajarkah pula dia mengkhianati sesucinya kasih Nur Aisyah?
: 978-983-3892-05-1
Gadis itu wajahnya seperti seribu bulan, si jejaka pula seperti seribu langit. Kedua-duanya anak ketua desa yang dikagumi. Namun kerana desa mereka seperti langit dan bumi, mereka terpisah. Si gadis datangnya dari desa yang bercahaya amalan agamanya berbanding si jejaka dari desa yang gelap pekertinya. Namun irama kasidah-kasidah cinta tetap beralun merdu. Saat si gadis rupawan cuba membimbing dan si jejaka cuba kembali ke jalan yang benar, mereka disalah sangka oleh penduduk kedua-dua desa. Hasilnya, pertelingkahan antara desa memuncak, berdarah. Si gadis dan si jejaka terpaksa membuat sesuatu demi keamanan. Sesuatu yang mampu menghentikan putaran matahari.
RM28.90
RM15.30
RM20.40
RM16.57
RM22.10
RM19.55
RM16.15
RM22.52
RM20.82
Periksa status pesanan:
Sign up for our newsletters!