Wan Azmi, pelajar tingkatan lima mahu menyertai kumpulan Seroja, sebuah kumpulan geng motosikal kapcai yang berlagak di sekolahnya. Bagaimanapun, dia gagal menjadi ahli kerana tidak memiliki motosikal.
Wan Azmi mahu menubuhkan kumpulannya sendiri. Dia meminta ayahnya membelikan motosikal tetapi gagal kerana alasan bagi memudahkannya ke sekolah tidak dapat diterima. Jarak antara rumah dan sekolahnya hanya 10 minit dengan berjalan kaki. Ayahnya menceritakan kesusahannya semasa muda menyebabkan Wan Azmi terpaksa menyerah kalah. Wan Azmi diberikan ladang getah untuk ditoreh dan hasilnya dibahagi dua dengan datuknya. Dia menoreh pada waktu petang dan susu getah dijadikan getah beku.
Dia dapat mengumpulkan wang dan membaiki motosikal vespanya. Dia mengecat vespanya dengan corak awan dan langit yang membiru dan meletakkan tali berumbai seperti yang biasanya ada pada handle motosikal Herley Dividson. Sekarang dia sudah bersedia mencari ahli kumpulan. Kumpulan ini dinamakan Vespa Kool. Syarat bagi menyertai kumpulannya:
1. Ada motosikal vespa.
2. Top 5 dalam peperiksaan
3. Menghormati ibu bapa.
4. Ada kerja sampingan (supaya ahli sentiasa berduit dan boleh bergaya)
Bab 1 Kumpulan Seroja Pujaan Bab 2 Wartawan Murahan Bab 3 Sup Ketam Bab 4 Jojo Suprianto a.k.a. Teuku Wisnu Bab 5 Jawatan Pengarah Penerbitan Bab 6 Operasi Laskar Pelangi Bab 7 Vespa Terpakai Bab 8 Lawatan ke Kota Johor Lama Bab 9 Hang Nadim Mencuba Nasib Bab 10 Vespa Kool Bab 11 Tabung Kebajikan Bab 12 Ahli Vespa Kool Bab 13 Sepasang Warga Emas Bab 14 Perigi Datuk Leman Bab 15 Lagi-lagi Vespa Kool Bab 16 Operasi Bermula Bab 17 Susu Getah Bandung Bab 18 Dua Saudara
Paling Popular
Maklumat
Kategori
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







