Hubungi Kami
Terlupa kata laluan?
Tutup
Troli kosong
: 978-983-3892-35-8
Siapa kata mereka yang lahir pada tarikh 29 Februari itu hanya dapat menyambut hari lahir empat tahun sekali? Bagi Jasmine, tarikh 29 Februari itu sentiasa ada dalam setiap tahun. Dia akan melakarkan sendiri tarikh itu pada kelendarnya.
Tapi… ada satu masalah besar yang harus dihadapi oleh Jasmine menjelang ulang tahun yang ke-17nya itu. Dia terpaksa menjalani hukuman selama 100 jam. Apakah hukuman 100 jam itu, dan mengapa dia sampai dikenakan hukuman itu?
: 978-983-3892-23-5
Sejujurnya, ungkapan di atas lebih mudah diucapkan kepada orang lain daripada diri sendiri, bukan? Khususnya ketika seseorang itu sedang dilanda banyak masalah.
Kira-kira begitulah keadaan yang dialami oleh Lila. Sejak tamat kuliah, dia tidak kunjung mendapat pekerjaan. Sebagai adik bongsu daripada empat bersaudara, Lila satu-satunya yang masih belum berkahwin. Calonnya sudah ada, tetapi entah kenapa, jejaka yang sedang belajar di seberang sana masih belum melamarnya. Keadaannya diperparahkan lagi dengan kehadiran lapan orang anak saudaranya yang lebih suka membuatkan dirinya pening kepala berbanding orang tua mereka sendiri. Segalanya harus dilalui Lila seorang diri, kedua orang tuanya telah meninggal dunia, sedangkan abang-abang dan kakaknya sibuk dengan kehidupan masing-masing.
: 978-967-369-000-8
: 978-967-5783-49-4
: 978-967-369-038-1
: 978-983-3654-65-9
The Wannababes mahu ke New York? Tetapi jumlah peserta sudah penuh! Hmm… terpaksalah The Wannababes melakukan apa sahaja demi mencapai misi yang satu itu! New York, tunggu kedatangan The Great Wannababes!
: 978-983-3654-61-1
Mengapa jadi begini? The Wannababes sudah sampai ke New York. Tetapi New York itu nyata indah khabar dari rupa! The Wannababes tidak sanggup berlama di New York! The Great Wannababes sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat tinggalkan New York!
: ISBN 983-3653-50-2
Penulis : Ain Maisarah Jumlah Muka surat : 240
: 978-967-0411-026
Mengisahkan pergaduhan yang tercetus antara pelajar yang menggelar diri mereka The Size �S� dengan tiga orang pelajar gemuk dari Kelab Size XL.
: 978-967-0411-03-3
Widya melancarkan perang dunia ketiga dengan Edrina? Semata-mata kerana Edrina meneguyr kemerosotan pelajaran Widya. Widya diberi kata dua. Memilih Mr.LobakLobak, Si Teman Tapi Mesra ataupun mementingkan keputusan peperiksaan demi masa hadapan.
Apa yang berlaku antara mereka sebenarnya?
Kata best friend forever?
Ketahui segalanya dalam Aku Mahu Teman Tapi Mesra.
: 978-983-3892-46-4
Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik jangan makan coklat.Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda.
Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta! Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomata atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa!
Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah?
Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?
: 978-967-5783-07-4
: 978-967-5406-18-8
: ISBN 983-3357-31-8
Penulis : Alif Firdaus Azis, Jumlah Muka surat : 144 Pages
: 978-967-5226-90-8
: 978-967-5226-48-9
: 978-967-5406-04-1
Zwart hagala tidak pernah putus asa dalam misi menghancurkan Aizad. Kali ini Zwart Hagala memaksa Aizad ke Indonesia bagi menghadiri perkahwinan Gusti Ayu Ratnasari, gadis yang berjaya menawan hati Aizad. Perkahwinan itu dirancang sedikit sebanyak membuat Aizad kecewa.
Ibu bapa Gusti Ayu Ratnasari begitu mengagumi bakal suami Gusti Ayu, Hasjmy. Sebarang kata-kata buruk yang dilemparkan pada Hasjmy akan disanggah. Pada mereka Hasjmy sangat layak mengahwini anak mereka.
Tetapi ada sesuatu berkenaan Hasjmy yang menyebabkan Gusti Ayu dalam bahaya.
Siapakah Hasjmy? Adakah perkahwinan itu berlangsung dengan meriah?
: 978-967-5226-35-9
Sudah menjadi tradisi, Sekolah Menengah Sri Bangsar mempunyai tim sidang redaksinya yang tersendiri. Tim ini bertanggungjawab menerbitkan satu buletin setiap bulan dan sebuah majalah sekolah pada penghujung setiap tahun. Tahun ini, ketua pengarang yang baru akan meneruskan tradisi. Ketua pengarangnya adalah Wilma! Wilma sangat tak sabar nak menaiki takhta. Memegang jawatan ketua pengarang yang disegani. Oh! Tentu sangat glamor!
: 978-983-3892-66-2
Di bilik 301, pertama kali mereka bersua. Karaktar dan latar mereka berbeza, pelbagai ragam dan warna, namun itu yang menjadikan mereka seia sekata.
: ISBN 983-3357-44-X
Penulis : Farihah Iskandar, Jumlah Muka surat : 160 Pages
: ISBN 983-3653-33-2
Penulis : Farihah Iskandar Jumlah Muka surat : 240 Pages
: ISBN 983-3653-77-4
Penulis : Farihah Iskandar Jumlah Muka surat : 240
: 978-983-3654-30-7
Kali ini, Jihan dah tamat sekolah. Macam mana agaknya hidup Jihan di rumah tanpa teman-teman yang menemaninya selama 5 tahun. Apa keputusan SPM Jihan dan kawan-kawannya? Berdebar-debar pula rasanya...
: 978-967-5406-33-1
Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
: 978-967-5136-61-0
: 978-983-3654-77-2
Zara gadis pemalu yang selalu tampil bertudung hitam. Gadis pemalu yang mendapat kerja sebagai kerani di syarikat penyiasatan kerana sanggup bekerja dengan gaji yang rendah. Gadis pemalu yang memerlukan wang bagi membiayai kos pembedahan ayahnya. Menyiasat kes pembunuhan? Ganjaran RM50,000? Mampukah Zara yang pemalu ini menyelesaikan kes itu?
: 978-967-5406-69-0
: 978-983-3654-44-4
Lima tahun Azmi menyepikan diri. Farah tidak dapat berbuat apa-apa. Sehinggalah dia mendapat hadiah wang tunai apabila cerpennya memenangi tempat pertama. Berbekal RM10 ribu, Farah ke Switzerland. Pencariannya bermula. Farah bertekad tidak kembali sebelum bertemu abangnya.
: 978-983-3892-65-5
Kisah pengajian tinggi pada masa hadapan. Pada waktu itu, yuran pengajian perlu dibayar lumpsump bagi seluruh tahun pengajian. Pada waktu itu pelajar juga semakin ramai cemerlang dan perlu bersaing. Kolej-kolej baru juga banyak yang dibina termasuk sebuah kolej baru yang dibina di Sarawak ‘Kolej Melayu Tinggi’ yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Dijadikan cerita, Kamarul seorang yang lurus bendul dan takut dengan perempuan, antara mereka layak menyambung pelajaran di KMT. Kamarul terlewat mendaftar dan penempatan di dalam kolej sudah penuh. Dia terpaksa menyewa dengan seorang lagi pelajar kolej yang pendiam dan murung.
Pada suatu hari teman serumahnya hilang, diganti pula dengan seorang lelaki yang tegap, berwajah ganas dan suka mengarah. Lelaki itu menetap dirumah sewanya tanpa kebenaran. Lalu bermulalah kisah Kamarul, mencantumkan semua yang terjadi bagi menjawab persoalan yang datangnya tiba-tiba, di mana terangnya bulan.
: 978-983-3892-22-8
Roni dan Ina pernah saling mencintai, namun secara tiba-tiba Ina melangsungkan pertunangannya dengan lelaki lain. Hati Roni remuk. Walaupun Roni menyimpan rasa perih, dia tetap bersyukur kerana luka itu telah menyedarkannya dan menjauhkan dirinya dari maksiat, perbuatan yang amat dibenci Allah.
Ketika mendung di relung hati Roni masih belum lagi reda, Adelia muncul dalam hidupnya. Gadis berjilbab itu berjaya mengusik hati Roni. Wajah dan peribadi yang menawan bukanlah punca dia mendekati Adelia, tetapi kerana Adelia mirip sekali dengan Ina, gadis dari masa lalunya.
Mengapa bayangan Ina sering kali mengganggu Roni ketika dia merasakan luka di hatinya sudah mulai sembuh? Adakah perasaan yang mula berputik pada Adelia adalah semata-mata kerana Adelia mirip Ina? Lalu, siapa sebenarnya pasangan sejati yang dipilih Allah untuk Roni?
Periksa status pesanan:
No Tel : +603 6188 0316 (Ext : 129)
E-mel : bookcafe@pts.com.my