Fiksyen yang menggalakkan kanak-kanak menjalankan bisnes kecil-kecilan sesuai dengan umur mereka. Mawardi dan Marzuki adalah dua beradik kembar. Mereka mendapat idea menjual biskut ciptaan mereka sendiri di sekolah. Pada awalnya kegiatan membuat biskut dibuat pada waktu malam bagi mengelakkan daripada diketahui oleh ibu bapanya. Mereka menjual biskut itu di sekolah dan kepada jiran-jiran.
Akhirnya rahsia mereka terbongkar apabila ibu dan bapa mereka menyedari banyak barang dapur cepat habis dan ada biskut misteri dalam balang kuih. Namun mereka tidak dimarahi, malah ibu bapa mereka memberi galakkan dan tunjuk ajar supaya mereka dapat memajukan bisnes kecil-kecilan mereka. Ibu bapa mereka menunjukkan cara mendaftar perniagaan dan mendapatkan logo halal untuk produk biskut mereka. Mereka akhirnya berjaya membuka kedai biskut dengan bantuan ibu bapa. Ibu mereka juga sanggup berhenti kerja bagi membantu anak-anak mereka menjaga kedai dan menguruskan kewangan kerana mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan UPSR yang bakal menjelang.
Buku ini sesuai bagi ibu bapa yang ingin mendidik anak menjadi usahawan dan berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Jalan cerita yang menarik dan penggunaan bahasa yang sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Paling Popular
Maklumat
Kategori
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







