Sedang diproses...
Tukang Gunting Terbang

Tukang Gunting Terbang

: 978-967-5226-36-6


Harga Asal: RM15.00  

Harga: RM12.75

Anda Jimat: RM2.25 (15%)
-15%
Ada stok
10 hari

Ameer Faris mula menyedari bakatnya sebagai tukang gunting apabila dia menggunting pokok bunga kertas ibunya. Namun, bakatnya itu terpaksa dipendam kerana ibu dan ayahnya tidak membenarkan Faris meneruskan hobinya kerana bimbang pelajarannya terganggu.

Walaupun begitu, dengan keyakinan selepas membaca buku Pemimpin Pilihan Terakhir, Faris meneruskan hobinya secara diam-diam. Dia memberanikan diri membuka ‘kedai gunting rambut’ di sekolah. Sahabat baiknya, Fakhrul tidak yakin dengan tindakan Faris pada mulanya. Namun, dengan pelbagai rintangan yang dilalui Faris, membuatkan Fakhrul memberi sokongan hebat kepada rakannya itu.

Pelbagai tohmahan dan gelaran yang diberikan rakan-rakan sekolah Faris seperti Mr Uwek-Uwek, Mr. Toilet dan sebagainya, kerana dia menawarkan khidmat menggunting rambut di tandas sekolahnya. Perniagaan Faris pada mulanya tidak mendapat sambutan, bahkan dia menerima cacian daripada rakan-rakan. Hinggakan rakannya, Syafeeq sanggup membotakkan kepala demi memboikot kegiatan Faris. Namun, Faris tidak mempedulikan perbuatan rakannya itu. Suatu hari, tanpa disangka-sangka, Faris mendapat ramai pelanggan. Rupa-rupanya guru disiplin sekolahnya membuat spot check.

Faris tidak henti-henti memikirkan mahu meluaskan lagi kawasan perniagaannya. Wajah kampung sebelah iaitu Kampung Melati terbayang-bayang di mindanya. Dia mula membuat flyer yang mengiklankan kegiatannya bagi diedarkan kepada penduduk Kampung Melati. Nasibnya kali ini malang lagi, kerana penduduk Kampung Melati tidak percaya kebolehan seorang budak berumur 13 tahun sepertinya menggunting rambut. Seperti biasa, Faris memang tidak berputus asa. Dia tetap meneruskan perniagannya di Kampung Melati dan memberi nama kedai guntingnya itu Tukang Gunting Terbang, kerana dia hanya berbasikal mencari pelanggan.

Kedai Buku Online PTS Bookcafe

Cara Beli Buku Online

Tawaran Harian Bookcafe

Tawaran Hujung Minggu

Promosi Haji

 

Zulkifli Abdullah

Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email :
zulkifli@pts.com.my
YM :
zul.malc@yahoo.com
HP :
016 - 6618 159

En. Husaini

Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email :
husaini@pts.com.my
HP :
 016 - 6615 262

Cik Diana

Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email :
diana@pts.com.my 
HP :
016 6611 972