Sedang diproses...
Apa Bakat Saya?

Apa Bakat Saya?

: 978-983-3603-76-3


Harga Asal: RM12.90  

Harga: RM10.96

Anda Jimat: RM1.94 (15%)
-15%
Tiada stok
10 hari
Tambah ke Wishlist

Rahsia mengenal pasti dan membangunkan bakat didedahkan secara terperinci dalam buku ini.

Prakata                       
Warren Buffet Individu Terkaya di Dunia        

BAB 1: Fantasi Cerita Dogeng           
Kisah Arnab Kecil                   

BAB 2: Cerita Danial               
Apa Kata Mereka Mengenai Saya?           
Mereka Kata “Saya Pelajar Lemah”           
Mereka Kata “Saya Tidak Fokus”            
Mereka Kata “Saya Pemalas dan Tidak Ada Masa Hadapan”               
Mereka Kata “Keputusan Peperiksaan Saya Memalukan Keluarga”           
Mereka Kata “Saya Perlu Pergi ke Kelas Pemulihan”               
Mereka Kata “Saya Tidak Sepandai Abang Saya”   
Mereka Kata “Saya Suka Perkara yang Tidak Ada Kaitan dengan Subjek di Kelas”       
Mereka Kata “Saya Tidak Bermotivasi”       

BAB 3: Membunuh Mitos Kejayaan       
Apa yang Tidak Kena dengan Saya?       
Mitos 1: Sama Ada Saudara Pandai
ataupun Tidak Pandai, Itu Sahaja           
Mitos 2: Belajar Rajin-rajin, Cemerlang dalam Peperiksaan dan Saudara Pasti Berjaya dalam Hidup                   
Mitos 3: Pergi ke Sekolah Bermakna Pergi Belajar   
Mitos 4: Hanya Guru di Sekolah Sahaja Pengajar Kita                   
Mitos 5: Dengan Hanya Belajar Bersungguh-sungguh Sahaja Kita Mampu Berjaya dalam Hidup       
Mitos 6: Perkara yang Tidak Masuk dalam Peperiksaan Tidak Relevan           
Mitos 7: Skor A Sebagai Lesen Agung Kejayaan   
Mitos 8: Jika Saudara Dapat Nombor 34 di dalam Kelas, Maknanya Saudara Tidak Bermotivasi, Bermasalah dan Tidak Ada Masa Hadapan               
Mitos 9: Jika Saudara Tidak Suka Belajar di dalam Kelas, Bermakna Saudara Bermasalah   
Mitos 10: Jika Saudara Terlalu Kreatif dan Inovatif, Saudara Pelajar yang Sukar Dikawal       
Mitos 11: Jika Saudara Gagal dalam Peperiksaan, Saudara Gagal dalam Hidup       
Mitos 12: Transkrip Ijazah adalah Segala-galanya   
Mitos 13: Seseorang Dianggap Pandai Jika IQ Tinggi                   
Mitos 14: Hanya Satu Cara Sahaja bagi Berjaya   
Mitos 15: Hanya Mereka yang Pandai Logik dan Bahasa Sahaja Dianggap Pandai       
Mitos 16: Sudah Ditakdirkan Ada Pelajar Genius dan Pelajar Lembap          
Kini Segalanya Jelas               

BAB 4: Proses Pembangunan Bakat       
Tahukah Saudara?                   
Apa Itu Bakat?                   
Peringkat Pembangunan Bakat           
Ilmu                       
Kemahiran                       

BAB 5: Kek dan Bakat               

BAB 6: Semua Orang Mempunyai Bakat       
Kita Semua Mempunyai Bakat           
Bangunkan Bakat Saudara               
Garis Panduan Fokus Peratusan Perhatian        

BAB 7: Pareto                   
Bakat dan Konsep Pareto               

BAB 8: Bagaimana Mereka Berjaya
dengan Bakat                       
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah       
Dato’ A. Samad Said               
Datuk Siti Nurhaliza               
Tun Dr. Mahathir Mohamad           
Datuk Lat                       
Chef Wan                       
Ibrahim Hussein                   
Datuk Nicol Ann David               
Hijjas Kasturi                    
Faisal Tehrani                   
Rozita Bte Ibrahim                   
Habsah Hassan                   
Datuk Abdul Wahid Omar               
Datuk Dr. Jamilah Mahmood           

BAB 9: Kepandaian Pelbagai           
Kepintaran Bahasa                   
Kepintaran Matematik dan Logik           
Kepintaran Muzik                   
Kepintaran Ruang                   
Kepintaran Gerak Badan               
Kepintaran Interpersonal               
Kepintaran Intrapersonal               
Kepintaran Alam Semula Jadi           
Semua Kepintaran Sama               

BAB 10: Kelebihan Semula Jadi           
Pengenalan                   
Pencapaian                   
Aktif                       
Fleksibel                       
Analitis                       
Penyusun                       
Kepercayaan                   
Arahan                       
Komunikasi                   
Persaingan                       
Disiplin                       
Empati                       
Fokus                       
Futuristik                       
Harmoni                       
Idea                       
Penglibatan                   
Individual                       
Input                       
Intelek                       
Belajar                       
Maksimum                   
Positif                       
Hubungan                       
Tanggungjawab                   
Pemulihan                       
Kepercayaan Diri                   
Signifikan                       
Strategi                       
Membina Hubungan Baru               
Penghubung                   
Konsisten                       
Perspektif                       
Teliti dan Berhati-hati               
Pembangun                   

BAB 11: Personaliti Saudara               
Apakah itu Ujian MBTI?               
Kod Pertama: Ekstrovert ataupun Introvert?   
Kod Kedua: Sensor ataupun Intuitif       
Kod Ketiga: Thinker ataupun Feeler           
Kod Keempat: Judger ataupun Perceiver       
Kesimpulan                   

BAB 12: Jangan Sia-siakan Bakat Saudara                   
Kisah Si Unta                   
Membangunkan Bakat

 

Apa Kata Mereka Mengenai Saya?

Danial seorang pelajar tahun enam, dia sentiasa bersemangat pergi ke sekolah setiap hari. Di sekolah, dia sentiasa melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana tidak lama lagi dia akan menempuh ujian yang agak besar dalam hidupnya iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Namun, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Keputusannya kurang memberangsangkan.

Dia tidak mempunyai ramai kawan. Dia tidak sebijak rakannya, Hafiz yang sentiasa mendapat nombor satu di dalam kelas. Hafiz mendapat pujian daripada ramai guru kerana keputusannya yang sentiasa cemerlang. Bukannya dia tidak berusaha, malah dia selalu tidur lewat semata-mata bagi mengulang kaji mata pelajaran yang kurang dikuasainya.
Dia tidak sukakan hari Rabu, sebabnya pada hari itu dia dan murid lain diwajibkan menyertai aktiviti rumah sukan. Danial tidak suka aktiviti sukan kerana dia dan rakannya diminta berlari satu pusingan padang. Mereka juga diminta berlatih membuat latihan lompat tinggi dan lompat jauh. Dia tidak selesa dan seandainya boleh dia mahu aktiviti itu tamat awal ataupun dibatalkan sahaja.

Kawan-kawan selalu memerlinya disebabkan gred keputusan peperiksaannya yang selalu berwarna merah. Mereka bagaikan tidak percaya yang dia adalah adik Darwish, bekas pelajar cemerlang sekolah itu.
Kawannya juga tidak suka bergaul dengannya kerana dia tidak aktif bersukan. Mereka semua menjauhkan diri daripadanya. Mereka mengatakan dia bodoh. Mereka mengatakan dia tidak sebijak abangnya. Mereka mengatakan itu dan ini. Semua ini memberi tamparan hebat kepadanya.
Danial berbisik, “Mengapa hidup saya begini?”

Selepas beberapa bulan, Danial memperoleh keputusan peperiksaan UPSR. Keputusannya tidaklah sebaik kawan-kawannya yang lain. Ibunya tidak berhenti-henti memarahinya sambil membandingkan keputusan itu dengan kawan-kawannya yang lain.
Sesungguhnya cukup sukar melalui kisah hidup seperti Danial. Namun, Danial perlu menghadapinya. Sudah tentu orang di sekelilingnya berkata sesuatu mengenai dirinya. Apa yang pasti, mereka berkata sesuatu yang tidak sedap didengari dan yang paling penting ia sama sekali tidak benar.

Mereka Kata “Saya Pelajar Lemah”
Mereka kata saya mengambil masa yang lama bagi  memahami sesuatu. Saya begitu hairan melihat kawan saya yang lain begitu mudah memahami sesuatu perkara yang diajar.
Saya rasa diri saya tidak berguna. Perkara yang mudah pun perlu diterangkan banyak kali sebelum saya dapat memahaminya. Mungkinkah saya tidak pandai? Saya rasa sememangnya saya ditakdirkan menjadi seorang yang gagal. Saya adalah pelajar bodoh.

Mereka Kata “Saya Tidak Fokus”
Di dalam kelas, mereka kata saya sukar memberikan fokus. Saya sukar memberikan tumpuan kepada apa yang diajar di dalam kelas. Guru memberitahu emak yang saya tidak fokus dan suka berangan di dalam kelas. Bukannya saya tidak sukakan subjek yang diajar oleh guru, cuma saya rasa perkara itu tidak menarik minat saya. Tambahan pula, membaca buku teks sahaja tidak relevan dengan kehidupan di luar sana. Sebab itu saya tidak fokus. Subjek di sekolah kurang menarik perhatian saya.

Mereka Kata “Saya Pemalas dan Tidak Ada Masa Hadapan”
Guru mengkategorikan saya sebagai pemalas. Saya bukannya malas, cuma saya tidak berminat dengan apa yang diajarkan. Lebih-lebih lagi saya tidak nampak kepentingan apa yang saya belajar di sekolah dengan realiti di luar. Mereka menyatakan yang saya tidak mempunyai masa hadapan. Saya bukan malas, cuma saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Ia sukar bagi saya. Oleh sebab terlampau banyak soalan yang tidak difahami, saya mengambil keputusan menangguhkannya.

Mereka Kata “Keputusan Peperiksaan Saya Memalukan Keluarga”
Saya paling takut apabila keputusan peperiksaan akhir diumumkan. Sebabnya saya tahu keputusan saya tentu tidak seronok didengari. Mereka kata keputusan peperiksaan saya memalukan keluarga. Saya tahu keputusan saya teruk tetapi bukan saya menginginkan keadaan itu. Saya sudah mencuba sehabis baik, tetapi tetap gagal. Saya memang bodoh.

Mereka Kata “Saya Perlu Pergi ke Kelas Pemulihan”
Mereka kata saya perlu pergi ke kelas pemulihan. Mereka kata saya pelajar yang teruk. Bukan saya tidak mahu mencuba. Ia agak berserabut bagi saya. Saya sukar memahaminya.

Mereka Kata “Saya Tidak Sepandai Abang Saya”
Mereka selalu membandingkan saya dengan abang. Mereka selalu gunakan abang sebagai contoh. Mereka kata saya tidak sepandai abang. Mereka selalu menyuruh saya belajar dan berjaya seperti abang. Masalahnya, bukan saya tidak mahu, tetapi saya tidak menyukainya. Saya tidak mahu menjadi orang lain tetapi saya mahu menjadi diri saya.

Mereka Kata “Saya Suka Perkara yang Tidak Ada Kaitan dengan Subjek di Kelas”
Saya tidak suka kelas subjek sains dan matematik. Saya suka kelas Cikgu Nadiah. Di dalam kelas Cikgu Nadiah, saya dapat melukis dengan gembira. Mereka kata saya suka perkara yang tidak ada kaitan dengan subjek di kelas. Memang betul saya sukakan subjek lukisan dan pendidikan jasmani. Subjek ini memberi kepuasan kepada saya berbanding perkara lain.

Mereka Kata “Saya Tidak Bermotivasi”
Mereka kata saya tidak ada motivasi. Pada mulanya saya tidak tahu apa itu motivasi hingga saya bertanya kepada Syafiq. Dia beritahu saya yang motivasi itu lebih kurang seperti bersemangat dalam melakukan sesuatu. Jadi, jika saya tidak bersemangat di dalam kelas, saya tidak bermotivasi.
Mereka juga berkata, orang yang berjaya adalah orang yang bermotivasi. Maka, jika saya tidak bermotivasi, peluang saya berjaya adalah tipis. Apa yang tidak kena dengan saya? Mengapa saya tidak ada motivasi itu. Mengapa orang lain bersemangat dalam kelas dan mengapa saya tidak. Mengapa ada rakan-rakan yang mampu mengulang kaji pelajaran berjam-jam sedangkan saya hanya dapat bertahan kurang daripada 30 minit?

Kedai Buku Online PTS Bookcafe

Cara Beli Buku Online

Tawaran Harian Bookcafe

Tawaran Hujung Minggu

Promosi Haji

 

Zulkifli Abdullah

Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email :
zulkifli@pts.com.my
YM :
zul.malc@yahoo.com
HP :
016 - 6618 159

En. Husaini

Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email :
husaini@pts.com.my
HP :
 016 - 6615 262

Cik Diana

Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email :
diana@pts.com.my 
HP :
016 6611 972