Sedang diproses...

Hantar Percuma

HARGA BUKU PBAKL 2014

Aura Personaliti Warna

Aura Personaliti Warna

: 978-983-3604-90-6


Harga Asal: RM19.50  

Harga: RM16.57

Anda Jimat: RM2.93 (15%)
-15%
Tiada stok
10 hari
Tambah ke Wishlist

 

Tahukah anda setiap orang mempunyai auranya tersendiri?
Tahukah anda aura ini mempunyai warnanya tertentu?
Tahukah anda warna-warna ini mempunyai kaitan dengan personaliti kita?

 

 

Penghargaan    
Pendahuluan    

Bahagian 1    
Bab 1: Suatu Kisah tentang Warna    
Apa Itu Warna?    
Bagaimana Sesuatu Benda Kelihatan Berwarna?    
Sejarah warna    
Warna menurut Islam    
Warna Membentuk Suatu Personaliti    

Bab 2: Warna dan  Gelombang Cahaya    
Warna asas    
Roda Warna     
Warna panas    
Warna sejuk    
Hukum keseimbangan    
Hukum keseimbangan dalam warna    
Hukum Keseimbangan Warna Alam dan Manusia    

Bab 3: Warna dan Sistem Tenaga Manusia    
Bahan Fizik dan Bukan Fizik (Metafizik)    
Ilmu Aura    
Adakah Aura Itu Mistik?    
Fungsi Aura    
Tujuh Lapisan Aura    
Sistem Chakra Manusia    
Kedudukan Tujuh Chakra Utama    
Fungsi Tujuh Chakra Utama    
Aliran Tenaga Hayat - Kundalini    
Jaluran Tenaga : Nadi  atau  Meridian    

Bab 4: Fakta Menarik Mengenai Warna    
Warna dan Kehidupan Manusia    
Warna dan Fungsi Tubuh Badan    
Warna dan Amalan Berdiet    
Warna Sebagai Bahasa Isyarat    
Warna dan Fenomena Alam    
Warna dan Aktiviti Manusia    
Warna dan Kediaman
Pengaruh Warna     
Adakah ini Suatu Misteri?    

Bab 5: Manusia dan Warna    
Kehidupan Manusia Tanpa Warna    
Warna Sebagai Bahasa Minda    
Warna Sebagai Bahasa Global    
Orang Buta dan Warna    
Faktor Tindak Balas Terhadap Warna    
Warna dan Fasa Kehidupan Manusia    
Pengaruh Warna Pilihan (Minat)Terhadap Diri    


Bahagian 2
Bab 6: Rahsia Personaliti Warna    
Ujian Warna    
Serba Sedikit Informasi Tentang Ujian    
Arahan Ujian    
Soalan    

Bab 7: Personaliti Tujuh Warna    
Personaliti Merah    
Personaliti Jingga    
Personaliti Kuning    
Personaliti Hijau    
Personaliti Biru    
Personaliti Indigo    
Personaliti Violet     

Penutup    
Teknologi Foto Aura    

Bibliografi

 

Pengenalan Warna
Nabi Muhammad berkata seperti yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud, “Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”
    Melalui hadis ini, kita beroleh pengajaran bahawa anak-anak adalah umpama kain putih. Ia dapat dicorakkan dengan warna apa sahaja mengikut kemahuan ibu bapa. Sekiranya ia diwarnakan hitam, maka hitamlah ia. Sekiranya ia diwarnakan putih, maka putihlah ia dan sebagainya. Dengan perkataan lain, cara atau bentuk didikan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak menjadi penentu sama ada seseorang anak itu menjadi orang yang baik dan berjaya ataupun sebaliknya.
    Kita sudah sering kali mendengar hadis ini. Biarpun pelbagai tafsiran yang terkandung di dalamnya, pernahkah kita menganalisa secara mendalam maksud dari sudut pandangan warna? Kata ‘Suci Bersih’ mengingatkan kita kepada warna putih. Warna ‘putih’ ini bukan hanya menggambarkan keaslian dan kefitrahan kejadian kita yang belum tercorak, ia juga menggambarkan suatu asas ilmu warna. Putih adalah warna yang belum berubah menjadi warna yang lain ataupun warna asas yang tersedia bagi dicorakkan. Secara kias, maksud ‘corak’ pada hadis ini tidak lain adalah bagi menggambarkan kewujudan warna-warna lain seperti warna-warna yang ada dalam kejadian dan keindahan alam.
    Hadis ini juga memberi gambaran tentang sebuah perjalanan manusia yang bermula daripada bayi. Perkembangan kita dari satu tahap ke satu tahap umpama mencorakkan kehidupan kita di alam ini. Malah, kita dianugerahkan penglihatan yang diberi oleh Tuhan bagi membolehkan kita mengenali warna-warna alam yang berada di sekeliling kita. Bermula dari alam kegelapan yang tiada warna semasa di dalam kandungan ibu, kita memasuki alam penuh warna tatkala lahir ke dunia. Bermula daripada ketidakfahaman minda mentafsir warna-warna ini, sehinggalah perkembangan minda berupaya mentafsir dan menamakan satu persatu warna-warna itu. Kita mula kenal alam dengan label-labelnya. Awan itu biru, daun itu hijau, tanah itu kehitaman, senja itu kemerahan dan sebagainya.
    Tidak cukup dengan itu, Tuhan menganugerahkan manusia dengan cahaya ilmu sebagai penunjuk jalan. Diturunkan Quran sebagai rujukan dan panduan. Padanya terdapat pelbagai maklumat, sejarah, panduan, manual, perundangan, arahan dan pedoman hidup. Padanya juga dicorakkan kisah dan tauladan sebagai gambaran apa yang mungkin tidak terfikir dan tidak terlihat oleh pandangan manusia.
    Maka, apakah sebenarnya aspek warna ini terhadap manusia? Adakah sekadar untuk menghayati keindahan alam yang dapat dijiwai oleh pancaindera? Ataupun adakah ia punya kesan lain yang lebih daripada itu?
     
Suatu Kisah tentang Warna    
Mari kita berkenalan dengan warna melalui satu cerita yang menarik. Pada tahun 1977 seorang ahli terapi yang terkenal mendapat satu panggilan. Panggilan itu datang daripada Tuan Reverend Everest Strang (Reverend adalah gelaran atau panggilan bagi Ketua Agama Kristian). Beliau meminta ahli terapi itu merawat isterinya yang sedang menderita penyakit kanser kolon ataupun dikenali sebagai kanser usus. Isteri beliau enggan mengambil ubat kerana kecewa dengan kesan ubat yang diambilnya buat sekian lama. Isteri beliau bukan hanya semakin uzur, emosi dan tekanan perasaannya juga terganggu teruk hingga tidak mahu lagi mengambil ubat penahan sakit. Malah, isterinya ini tidak mahu lagi bertemu doktor. Gusar dan bimbang dengan keadaan ini, Tuan Reverend Everest meminta ahli terapi itu mengusahakan sesuatu supaya dapat menghilangkan kesakitan isterinya tanpa memberi tekanan ataupun memaksa isterinya mengambil ubat atau vaksin lagi.
    Apabila ahli terapi masuk ke bilik si pesakit, perkara pertama yang disedarinya adalah keadaan bilik. Dia mendapati kebanyakan benda di dalam bilik itu berwarna merah. Langsir di jendela berwarna merah, kelambu yang digunakan pada katil perempuan juga berwarna merah, permaidani indah yang bercorak berwarna merah, alas meja kecil di sisi katil berwarna merah malah cadar dan selimut yang menutupi perempuan itu juga berasaskan warna merah. Suatu yang jarang dilihatnya. Walaupun unik dan cantik, namun ada suatu yang tidak kena dengan semua aturan warna ini, bisik hati ahli perawat itu.     
    Lantas dengan segera beliau merasakan inilah kunci kesilapan yang mungkin menyebabkan mengapa tahap kesihatan isteri Tuan Reverend Everest semakin teruk walaupun sudah mengambil ubat dan berehat secukupnya. Maka, beliau pun mencadangkan supaya sedikit perubahan dilakukan pada bilik berkenaan. Ahli terapi itu meminta langsir bercorak merah ditukar kepada warna yang kehijauan. Cadar merah ditukar kepada putih bersih. Selimut biru muda menggantikan selimut bercorak kemerahan. Alas-alas meja diganti dengan yang berwarna lembut. Karpet merah digulung lalu dikeluarkan dari bilik itu. Tidak cukup dengan itu, ahli terapi itu juga mengecat mentol bilik itu dengan warna biru.
    Apa yang terjadi selepas itu? Selepas perubahan kepada tema warna bilik itu dilakukan, mereka membiarkan isteri Tuan Reverend Everest berehat kembali ke katilnya. Selepas setengah jam berlalu, resah gelisah wanita itu semakin menurun. Dia kelihatan dapat berehat dan dapat menahan rasa kesakitannya. Dia juga mula mahu mengambil ubatnya kembali. Walaupun bukan pada dos yang penuh, ia suatu perubahan yang ketara dan besar. Malah selepas beberapa hari, wanita ini mula nampak segar dan berselera untuk makan. Hasilnya, dua minggu kemudian, beliau kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti biasanya.
    Menakjubkan bukan? Apa keajaiban yang berlaku di dalam kisah ini? Apakah kuasa magik yang digunakan oleh ahli terapi itu?
    Segalanya adalah pada rahsia keajaiban yang tersembunyi di sebalik ‘warna’. Merah sering dikaitkan dengan sesuatu yang merangsangkan. Keterlaluan dalam aplikasi warna merah mengakibatkan keadaan menjadi hiperaktif. Ia merangsangkan sistem badan dengan terlalu kuat dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya. Untuk badan yang tidak sihat, kesan ini memudaratkan dan memperlahankan proses penyembuhannya. Manakala biru pula dikaitkan dengan sesuatu yang melegakan, tenang dan damai kepada sistem badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda. Dalam keadaan kes di atas, tubuh yang sakit memerlukan kerehatan yang cukup bagi membolehkan ia menjana kembali kekuatannya. Waktu kerehatan juga membantu sistem imun tubuh dapat melawan penyakit atau virus dalam tubuh. Tanpa kerehatan yang cukup atau sempurna, badan bekerja dalam situasi tertekan. Lalu penyembuhan sukar tercapai.  
    Warna menghantar isyaratnya dalam bentuk getaran. Getaran itu mungkin tinggi ataupun rendah. Manusia pula bertindak sebagai penerima getaran akan memberi reaksi terhadap getaran itu. Seseorang mungkin berasa teruja ataupun mungkin akan berasa lebih tenang pada waktu itu. Ini semua bergantung pada kadar getaran yang diterima oleh sistem manusia.
    Sebelum kita kembara lebih jauh, ayuh kita meneliti beberapa fakta, cerita, kisah, kesan dan segalanya tentang perihal warna.

Apa Itu Warna?
Warna jika dirujuk pada Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud ‘kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya’. Selain itu warna menurut kamus ini membawa maksud berbagai-bagai dan corak. Sesuai dengan penemuannya, warna sememangnya adalah cahaya yang dipantulkan oleh objek, dalam bentuk pelbagai dan bercorak.
    Jika kita merujuk sumber lain iaitu McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms, warna ditakrifkan sebagai ‘general term that refers to the wavelength composition of light, with particular reference to its visual appearance’.
    Berdasarkan dua rujukan maksud warna di atas, dapat disimpulkan bahawa warna adalah hasil daripada kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Panjang ini membuatkannya berbeza antara satu sama lain jika dilihat secara visual. Contohnya apabila kita melihat sesuatu benda berwarna, sebenarnya benda itu memantulkan komposisi cahaya pada panjang gelombang tertentu.
    Warna yang berbeza adalah disebabkan kesan pantulan berbeza yang bergantung kepada panjang gelombang yang dipantulkan.

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer