Penulis : Ahmad Zabidi Ab Razak
Jumlah Muka surat : 192 Pages
Sinopsis
Buku ini patut ada di dalam perpustakaan sekolah-sekolah bagi membantu para pelajar membina kemahiran memimpin diri sendiri. Buku ini juga sesuai dibaca oleh individu yang ingin meningkatkan motivasi diri.
Memimpin diri sendiri adalah sebuah buku yang menerangkan bagaimana hendak membentuk kemahiran memimpin diri. Kemahiran ini penting bagi setiap pelajar supaya mereka dapat menguasai diri sendiri, tahu merancang masa hadapan dan tidak mudah mengalah dengan cabaran.
Buku ini turut merangkumi cara-cara mengukuhkan kemahiran memimpin diri yang sedia ada dan bagaimana hendak menilai setiap tindakan dan melakukan perubahan apabila perlu.
Dengan memahami isi buku ini dan mengamalkannya, pembaca dapat meningkatkan motivasi diri seterusnya sentiasa bersikap positif dalam setiap perkara yang dilakukan.